my 2011 personal goals

sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni, kali ni saya ada 3 jenis personal goals iaitu ongoing, short-term dan long-term goals. check it out..

on going

  1. to work hard on my personal development
  2. to grow my skills and performances
  3. to develop my leadership skills
  4. to maintain my idea journal
  5. to jog at least 3 times a week
  6. to drink milk at least once a day)

short-term

  1. to invest money (RM 1.2K per month)
  2. to learn new skill (chess)
  3. to be mentally and physically prepared for the second pregnancy
  4. to print-out selected pictures for our photo albums
  5. to decorate my house

long-term

  1. to see my son successful in life
  2. to buy my second house (2013)
  3. to open a company (2015)

untuk kesekian kalinya saya nak bagitau, tujuan benda ni di publish bukan lah untuk menunjuk-nunjuk melainkan ingin berkongsi-kongsi sahaja dengan kawan-kawan. mana lah tau kita ada matlamat yang sama, boleh la kita rancang strategi bersama-sama. selain tu, benda ni di publish dengan harapan dapat lah meningkatkan self-esteem saya dan juga sebagai reminder bila mana saya dah tersasar jauh dari matlamat. believe it or not, kalau tulis kat kertas, bila-bila masa boleh hilang kan?!

so, untuk memanjangkan lagi cerita kita.. saya nak berceloteh sedikit bahawa untuk on going goals 4-6 tu, generally it’s about developing good habits, tapi saya sengaja list down all good habitsĀ  yang saya nak praktis mulai tahun depan, so that it becomes more specific. ‘habits’ means.. once I’ve started practicing the habits on 2011, hopefully pada tahun-tahun selepasnya, saya masih terus bersemangat melakukannya.

kenapa dan mengapa plak short-term goals nombor (4) dan (5) tu boleh wujud? alkisahnya begini..

untuk nombor (4) tu, nampak cam mudah jer kan.. memang dari sejak saya kawen, dah mula bercita-cita nak buat photo album. what?! kami belum ada photo album?! ya.. memang betul!! semua photo yang ada hanyalah softcopy semata-mata dan boleh hilang dalam sekelip mata. bukannya kedekut sangat nak print, tapi sebab dah terlalu banyak (more than 5 GB), maka tak larat lah nak pilih yang mana satu nak print. so, kerja-kerja filtering and editing ni lah yang paling mencabar sekali. dah pernah start buat, tapi baru 15%. so, tahun ni kena pasang azam kuat skit, hopefully di akhir tahun 2011 nanti dapat lah saya tunjukkan timbunan photo album yang kami ada. Insya-Allah..

untuk nombor (5) plak, pun nampak cam mudah kan.. tapi, untuk orang yang kekurangan daya kreativiti dalam bidang decoration seperti saya ni, ia adalah satu kerja berat ok. memula tu plan nak cat semula rumah, pasang wallpaper and plaster, tapi bila fikir-fikir balik, kami bukannya duduk lama dalam rumah ni. Insya-Allah, kalau takde halangan, 2013 nak pindah rumah lain plak, so.. cam tak berbaloi la kan? tapi.. nak gak rumah cantik skit, at least tak nak lah tengok dinding kosong cam dalam gambar tu. hihi.. buat skit-skit ok lah, rumah bukannya besar sangat pun. sebarang idea dari you all sangat dialu-alukan ok.

last but not least, mungkin ada yang tertanya-tanya, apesal takde goals berkenaan spirituality? ermmm.. saya akui, saya memang banyak kelemahan dalam bab ni dan sepatutnya lebih banyak goal disetkan dalam bahagian ni, tapi saya rasa macam tak sesuai untuk di publish secara umum. maklum lah, bab-bab agama ni memang agak sensitif kan? kalau nak tunjuk-tunjuk kat sini amalan-amalan kebaikan, macam tak ikhlas jer.. kalau tak ikhlas, takut tak berkat plak. wallahu ‘alam..

kalau korang perasan, tahun ni saya tetapkan goals yang agak specific berbanding tahun-tahun lepas. memang betul lah kata Jim Rohn, cara kita membuat penetapan goals akan berubah mengikut usia dan pengalaman. tapi benda ni kita hanya akan perasan bila kita amalkan selalu konsep penetapan goals. just for sharing, jom dengar some important tips on ‘How to have Your Best Year Ever’ dari Jom Rohn.

I know, the video is quite long, still… it’s FREE. rugi kalau korang tak tengok and didn’t learn something today. happy new year, everyone!! hopefully we make it the best year ever!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. January 25, 2011

    […] ini sudah dijawab sebelum ni. kalau anda tengah rajin, boleh baca di sini. owhh.. banyaknya […]

Leave a Reply