malasnya hari ini..

sebenarnya skang ni baru nak kelam kabut siapkan kerja-kerja rumah sebab siang tadi asek temankan danieL tidor. dah lah bangun jam 7.30 am, tu pun sebab tak tahan dengar tangisan danieL nak kuar main kat ruang tamu. pastu, sambung plak tidor depan tv jam 8 – 9 am, tu pun sebab danieL dah pooh, so nak kena mandikan danieL . lepas tu, badan masih lemah-lemah so, baring kejap kat guest room, tak lama danieL plak join sekali baring-baring. lebih kurang jam 10 am, kedua-dua makhluk dalam guest room tu dah berpelukan dan lena diulit mimpi.

bangun jam 12.15 tengahari, tu pun sebab danieL nangis-nangis kelaparan. saya pun sama, buka mata jer teringat Nasi Ayam Antarabangsa (NAT). cepat-cepat buatkan susu untuk danieL, hubby plak takde. so hantar SMS jer, takut mengganggu, tanya hubby kat mana, bila nak balik, boleh tak tolong tapaukan NAT? 15 minit berlalu, SMS masih tak berjawab. saya pun rasa cam nak kuar dari umah, kalau tak gerenti sambung tidor lagi. so, hari ni adalah hari pertama saya dan danieL kuar tanpa abah dan tanpa baby car seat sebab benda tu simpan dalam keta abah. hohoho.. NAT bukannya jauh sangat pun dari rumah kitorang. memula rasa nak makan kat situ jer, berdua-duaan candle-light dengan danieL, tapi memandangkan dorang takde baby chair, so terpaksa la ditapau sahaja.

sampai umah, abah pun dah sampai, so dapatlah lunch sama-sama dengan NAT yang ditapau tadi.  sangat best sebab danieL dah boleh makan almost everything yang kami makan, so tak perlu lagi sediakan makanan berasingan untuk danieL. jam 3 pm kununnya nak tidorkan danieL sebab nak bersihkan rumah, tapi rupa-rupanya sampai jam 5.30 pm saya dan danieL bangun dari tidor bersama-sama. hahaha… sekali lagi, abah menghilangkan diri…

jam 6 pm abah sampai umah, terus ajak bersiap. err… nak gi mana? owh, lupa.. kemarin abah dah bagitau awal-awal malam ni nak dinner kat 10AM. ok la, perintah dituruti dengan senang hati sebab takde mood pun nak masuk dapur. hahaha.. sampai umah, dalam jam 9 pm, terus menuju ke bilik untuk tidorkan danieL tapi, kali ni dah bertekad, saya mesti bangun juga untuk siapkan kerja-kerja rumah!!

huhu.. banyaknya tidor hari ni. temankan danieL konon.. tapi, jangan salahkan saya mahupun danieL, kerana cuaca di luar sana mendung dan gerimis sepanjang hari. sejuk ok!! my hubby pun.. so damn busy skang ni!! banyak sangat kerja part-time dia yang nak disiapkan.

huhuhu.. malasnya nak cuci dan lipat kain.. malasnya nak bersihkan pinggan mangkuk yang dah berlonggok dalam singki tu.. malasnya nak kemas barang mainan danieL yang bersepah.. malasnya nak sapu dan mop lantai.. beratnya kelopak mata saya ni.. tapi, nak tak nak, kena buat juga sebab besok nak gi Papar, tengok member kawen.

sempat ker siapkan semua kerja-kerja ni? skang dah pukul 11.10 pm. huhu… oh ya, saya nak merasmikan spin-dry mop saya yang baru dan baru lah boleh menjawab komen sha.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. mummy aliya says:

    sebelum beli kena baca review dulu. good prektis. :p

    im waiting…;-)

Leave a Reply