Inception 2010

cerita ni dimulakan dengan persoalan, apakah benda paling mahal di dunia? anda pasti terfikir jawapannya ialah.. rumah paling besar di dunia, kereta paling canggih di dunia, intan berlian paling berat di dunia!! dan macam-macam lagi la jawapan yang boleh diterima akal. tapi, actually semua benda tu tidak akan wujud tanpa penciptanya kan? dan pencipta itu tidak akan dapat menghasilkan sesuatu tanpa idea kan? so.. benda yang paling mahal di dunia ialah.. IDEA.

nak dijadikan cerita, movie ini cuba mengeksploitasi the power of our subs-conscious mind yang mana konsep awalnya ialah sekumpulan manusia yang kerjanya adalah mencuri idea dari kepala otak manusia melalui mimpi. logik ke tak logik? anda fikir la sendiri.. tapi, dengan melakukan kerja ini, mereka boleh menjual idea tersebut dan menjadi kaya raya.

sehingga sampai satu tahap di mana mereka diminta untuk menanam idea dalam subs-conscious mind seseorang. ideanya ialah supaya orang itu melakukan sesuatu yang tanpa disedari dapat menjatuhkan prestasi perniagaan bapanya sendiri. kerja semacam ini sememangnya agak mustahil bagi dorang sebab selama ni dorang cuma pandai mencuri idea, tapi disebabkan ganjaran yang ditawarkan agak lumayan, maka ketua kumpulan (Leonardo Dicaprio) bertekad untuk melaksanakannya.

dipendekkan cerita, akhirnya misi dorang berjaya dicapai. kalau korang nak tau perjalanan penuh misteri dalam movie ni, tengok la sendiri yer.. tapi, warning untuk orang-orang seperti Kak Rina, jika anda menonton movie ini, besar kemungkinan anda akan meroyan selama seminggu kerana ke-tidak-logik-an yang sangat dahsyat telah berlaku di situ. movie ini sesuai ditonton untuk mereka yang inginkan kelainan dan sanggup bermain dengan imaginasi mereka. kalau korang pernah tengok The Matrix, movie Inception lebih kurang macam tu la tapi bagi saya imaginasinya sedikit ringan berbanding The Matrix. bukan apa.. walau dah lebih 3 kali saya tengok The Matrix, saya masih tak faham-faham konsep cerita tu. huhu.. dan saya tak faham kenapa my hubby suka sangat tengok movie tu berulang-ulang kali.

walaupun cerita ni banyak yang tak logik, tapi disebabkan konsep yang dibawakan agak menarik, maka saya berjaya menontonnya sampai habis. moral of the story, our subs-conscious mind sebenarnya mempunyai kuasa yang sangat besar dalam diri kita. apa saja idea yang masuk di dalamnya, our actions will follow tanpa kita sedari. sememangnya kita tidak dapat mengawalnya sebab tu lah ia digelar subs-conscious (separa-sedar), tetapi kita boleh melatihnya dengan cara mengawal idea-idea yang masuk melalui our conscious mind sebelum ianya masuk ke subs-conscious mind.

how to train your subs-conscious mind? baca la buku ini..

contoh: dari kecil lagi ibubapa kita selalu cakap, “nak.. kalau kau nak berjaya, kau mesti belajar bersungguh-sungguh sampai dapat ijazah.” jadi dari hari ke hari idea itu tanpa disedari masuk ke dalam subs-conscious mind kita dan tindakan kita hanya menurut iaitu berhempas pulas study dan menduduki exam, sampai lah kita dapat menggenggam segulung ijazah. adakah kita sudah berjaya? kalau kita membiarkan subs-conscious mind itu statik di situ, maka jadi lah kita seorang penganggur profesional yang mempunyai ijazah, tapi memilih kerja. orang lain yang hanya setakat SPM dah boleh beli rumah sendiri, sedangkan kita masih hidup menumpang, makan dan minum dengan ibubapa kita. adakah itu berjaya namanya? maka.. itu lah kepentingannya untuk kita belajar melatih dan mengawal pemikiran kita, jangan sampai kita masih hidup dalam kepercayaan kolot. sebenarnya, kejayaan itu datang dari usaha kita sendiri, tidak ada kena mengena dengan status pendidikan, keturunan, pangkat, darjat dan sebagainya. dan yang paling penting, aktiviti belajar sepatutnya diteruskan sehingga ke liang lahad dan bukannya berhenti apabila telah mendapat ijazah.

sebelum berakhir, saya ingin menanyakan beberapa soalan untuk menguji subs-conscious mind anda. adakah anda senang melihat kebahagiaan orang lain? adakah anda suka melihat kekayaan orang lain? apakah persepsi anda tentang orang-orang kaya? apakah persepsi anda tentang duit? jika semua jawapan tersebut adalah positif, Alhamdulillah.. percaya lah, anda juga boleh bahagia dan kaya seperti mereka. jika jawapan anda negatif, sudah sampai masanya untuk anda belajar mengubah idea yang telah masuk dalam subs-conscious mind anda.

jadi, challenge untuk parents seperti saya di zaman sekarang adalah… untuk melihat anak saya berjaya di dunia dan akhirat, ia hendaklah bermula dari diri saya sendiri kerana apa saja yang saya katakan atau lakukan akan menjadi bayangan hitam dalam fikiran anak saya.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. mummy aliya says:

    quite heavy entry dis time.

    with very light comment,
    sha suka tgok orang kaya, orang banyak duit, orang yang boleh beli itu dan ini dengan sangat mudah, orang kaya yang bahagia. all the +ve side of them, sume suka.
    BUT come with HUMBLE attitude.

    Kalaulah boleh jadi macam mereka….. 😉

    *berangan itu perlu, kan? :p*

  2. ibumadeeha says:

    ya, betul.. all things started with a dream (idea)..

  3. p i d a says:

    Very impressed with the knowledge you are write here :’) Mudah2an saya adalah orang yg positif kononnyeeee.. klu indak positif pun, harap2 insaf selepas itu =P

Leave a Reply