danieL demam lagi..

tapi, kali ni agak teruk dari demam sebelum-sebelum ni. sebabnya, sepanjang hari danieL asek nak tido di pelukan saya.. batuk dan bersin silih berganti, hidung dan mata berair, so mata pun bengkak dan kuyuh. kesian danieL..

kebetulan my hubby nak kena gi outstation ke Labuan, so seawal pukul 6 am, saya dan danieL bersama-sama menghantar hubby ke stesen taxi. hehe.. nak hantar ke airport, boleh jer tapi.. sebab airport jauh, takut tak sempat balik semula ke rumah dan bersiap, so hantar sampai stesen taxi jer la yer..

danieL masih bisa tersenyum walaupun kurang sihat. be strong, danieL!

sampai rumah, demam dan selsema danieL semakin menjadi.  akhirnya saya ambik keputusan untuk emergency leave. disebabkan danieL tak nak berenggang walau seinci pun dengan saya, maka pukul 9.30 am saya bertolak ke klinik tanpa mandi pagi. hahaha.. cuma sempat berus gigi dan cuci muka (tanpa sabun) sebab tangan sebelah kiri menggendong danieL.

sampai klinik, mujur tak ramai sangat pesakit yang menunggu. tapi, bila dah masuk bilik Penolong Pegawai Perubatan U29, berlaku lah insiden yang sungguh menyakitkan hati dan rasa nak muntah…

ceritanya begini..

U29: baby masih menyusu badan?

saya: tidak..

U29: hah?! tidak?! kenapa?

aiii.. mamat ni. saya bukannya datang buat review anak, saya datang mau minta ubat demam jer. yang dia sibuk-sibuk nak tanya lebih-lebih apsal? teringin nak kerja bahagian kesihatan ibu dan anak ke? lagipun, selama ni kalau buat review, tak pernah pun nurse (pompuan) terkejut bila dengar jawapan saya macam tu. dengan menahan rasa malu, saya jawab la jugak.. takkan la saya nak biarkan bilik tu tetiba sunyi kan?

saya: errr.. susu dah kering.

U29: baru setahun, dah kering? mustahil la..

aiii.. tak caya plak? dia pernah menyusukan anak ke?

saya: ya.. dia menyusu badan sampai umur 4 bulan jer.

U29: lepas tu?

saya: susu tin la..

U29: kerr.. ‘beliau’ yang sambung menyusu?

haishh!! ape kena la dengan mamat ni arhh?? dia ni nak buka topik apa arhh??

saya: takde la..

U29: eleh.. tipu la tu..

aiii??! kurang asam!! memang patut la kau ni Penolong Pegawai Perubatan jer, memang tak layak la jadi doktor! nasib baik sorang pompuan yang bekerja kat kaunter masuk dalam bilik tu, so saya pun cepat-cepat tukar topik.

saya: macamana paru-paru dia, ok?

U29: ok..

pastu, saya dah tak sabar keluar dari bilik tu. bila dapat jer slip farmasi, saya terus berambus. cis!! kalau korang dalam situasi saya, korang rasa ‘something wrong’ tak dengan mamat tu? huhu..

ok la, kita lupakan bab tu. kita sambung cerita danieL plak..

pagi tadi, dalam jam 3 am, badan danieL masih panas. ingatkan nak ambik emergency leave lagi, tapi pukul 7 am, danieL dah bangun dengan keriangan bila dengar suara abah dalam handphone. kepala dia pun dah tak panas sangat, suam-suam jer.. so, baru la saya kelam kabut kemas tempat tidur (kami tidur kat ruang tamu), mandikan danieL, masak bekal danieL, bersiap, hantar danieL dan sampai ke ofis jam 9.28 am.

alhamdulillah.. danieL dah sihat dan saya boleh menyambung kerja yang terbengkalai di ofis.

o’ya, pukul 9 am, FIL call dan bagitau, esok cuti. what?! nasib baik bukan hari ni, kalau tak.. saya sorang jer masuk ofis. hahaha.. terima kasih kepada team bola sepak Malaysia sebab bagi kami cuti esok. yeahh!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. p i d a says:

    Alololooo.. demam yea Daniel. harap2 cepat sembuh. Amin :’) nasib la bisuk cuti kan, bule la jaga anak tanpa kerisauan heee. Apapun, congrats untuk team Malaysia sebab agak terel main bola sampai jadi juara (eh tiba2 pulaks) -_-”

    GET WELL SOON, DANIEL ! hee

Leave a Reply