cron job

oh tidak!! ini bukannya jawatan kosong untuk sesiapa yang bergelar penganggur profesional. ini adalah istilah untuk orang-orang IT. bukan niat untuk menghalau, tapi kalau anda tidak bersedia untuk mengalami pening-pening lalat, sila baca entri lain. hihi..

masa kerja kat Terengganu dulu, pernah gak dengar citer mengenai sistem yang boleh run certain PHP script during certain time, walaupun system admin sedang tidor bertemankan air liur basi. terfikir gak dalam kotak fikiran ni, ermmm.. macamana dorang boleh buat camtu ek? nak kena set dalam server kut.. huhu, kalau bab-bab server ni, malas lah nak belajar. baru belajar 1 language pun dah tunggang terbalik, ini kan plak nak belajar bahasa server.

pastu, masa kat BET, ada gak request nak buat sistem yang macam tu. alamak! camna nak buat ek?! hah.. padan muka, sape suruh tak nak belajar awal-awal. so, dengan daya kreativiti yang ada, buat gak la PHP script tu, tapi everyday kena remind diri sendiri untuk run secara manual. nasib baik lah benda tu tak critical sangat, means kalau ter-skip sehari dua pun masih ok.

ingatkan dah boleh lari dari masalah ni, rupa-rupanya masuk UMS, timbul lagi request sebegini. adoi.. nampaknya benda ni memang tak suka tengok saya senang! so, pagi tadi bermula lah kajian demi kajian dijalankan secara perseorangan. masa ni lah saya berkenal-kenalan dengan cron job. jam 11.30 am, saya dah give up.. sumber info semua cam dah perfect, tapi output yang dijangkakan masih tak dapat-dapat. huhu.. apelagi la yang tak kena ni!!

sebelah petang, baru lah dapat berguru dengan azwan (banyak sungguh la blog ko ni wan, tak tau nak hyperlink yang mana satu). nak dekat setengah jam gak kami berkurung dalam bilik server tu, mencari dan menganalisa output, masih tak dapat-dapat. last-last bila tukar format date sebagai 15 25, file cannot execute!! alamak.. rupanya salah format untuk date aje lah. hahahaha.. patut la output-nya tak kuar, sebab script akan di-run di tengah malam!

dipendekkan cerita, just for sharing, korang boleh guna code ini untuk run certain PHP script on certain time, tanpa perlu meng-install apa-apa plugin lain. contoh: file reminder.php perlu di-run setiap hari pada jam 3.30pm.

30 15 * * * wget http://yourdomain/reminder.php

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menjawab teka-teki saya selama ni. tak sangka ianya semudah itu!! command 1 line jer pun 1 hari baru nak success!! anyway, lepas ni boleh lah saya bercuti-cuti panjang tanpa perlu risau pasal auto-reminder yang dihantar melalui sistem. yeahhh!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Rina says:

    bagus.. bagus.. lepas ni aku lg berguru sama ko..

Leave a Reply