when is the NEXT?

kemarin seseorang telah menyuarakan soalan maut kepada saya, “danieL sudah mau ada adik kah?” sambil matanya merenung ke arah perut saya. adedeh.. ni soalan serius ker saje je nak perli lemak yang dah membuncit ni. hahahaha.. anyway, saya anggap kakak tu serius la sebab dia pun bukannya slim sangat. hehehe.. saya jawab, “belum lagi la kak.. rehat-rehat dulu.”

renungannya berpindah ke mata saya, mungkin sedikit hampa kerana perut yang disangka berisi itu hanyalah lemak semata. hohohoho.. masih terbayang-bayang kesayuan renungan itu, seolah-olah dia rasa simpati dengan saya.

dia membalas, “lebih bagus penat sekali jer. kalau kau bagi jarak jauh sangat, mesti kau rasa susah bila kau terpaksa melalui semula cabaran menjaga anak kecil. kalau jarak dekat-dekat, kau penat sekejap jer pastu bila anak-anak semua dah besar, baru lah kau berehat puas-puas.”

oh.. nasihat itu!! nasihat yang sangat tidak unik.

saya menjawab, “kalau tak kerja, boleh la kak.. susah la kalau kerja ni. saya masih ingat lagi cabaran menjaga danieL masa baby dulu, malam selalu nangis-nangis sampai saya sendiri pun tidak sempat masak dan makan malam. tidur dalam keadaan kelaparan sedangkan baby mau menyusu badan.”

aduh.. itu lah jawapan atau lebih tepat lagi, luahan perasaan saya. sedang saya menaip jawapan itu, sekilas terlintas di fikiran saya, kenapa saya cakap macam tu eh? saya rasa jawapan tu memang agak tidak masuk akal, sebab.. sape kata menjaga anak itu mudah? anyway, saya cuba untuk berlaku jujur, memang itu perasaan saya dan tiada jawapan lain yang boleh saya berikan. tidak bermakna saya menganggap semua cabaran tu sebagai suatu seksaan tapi tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang sangat… ughh!! tiada perkataan sesuai yang dapat saya gambarkan di sini. sesape yang telah bergelar ibu, pasti memahaminya. tapi… yang paling best, semua tu adalah sangat… berbaloi!!

dipendekkan cerita, kakak tu pun berkongsilah sedikit petua berkenaan penjagaan baby yang baru lahir. ada satu petua yang saya rasa unik skit. tak tau la korang pernah dengar ker tak tapi bagi saya, itu adalah kali pertama saya mendapat tahu bahawa baby yang baru lahir tidak digalakkan memakai pakaian baru. sebab??.. baby akan jadi cerewet.

adeh.. memang macam tak masuk akal kan? baby bukannya tau pun dia pakai baju baru ke tak. hahahaha.. petua orang-orang tua, biasa la tu.. kadang-kadang macam tak masuk akal, tapi kadang-kadang ada jugak kebetulannya.

dalam perjalanan balik ke rumah, fikiran saya menerawang. lawak spontan dari DJ di KKFM yang selalu membuat saya tersengih sorang-sorang sudah tidak menjadi. sampai petang tadi, soalan itu masih menghantui, bila masanya yang sesuai untuk saya pregnant lagi? sekarang? bersedia kah saya untuk pregnant lagi?

actually, kakak tu bukan lah orang pertama yang menyoal saya sedemikian. tapi, entah kenapa kali ni soalan tu betul-betul buat saya berfikir. damn it!!

my precious danieL, are you ready to be a big brother?

mungkin kah sebab usia danieL yang dah lebih setahun? mungkin kah sebab nurse pernah memberi nasihat, kalau nak beranak, bagi jarak sekurang-kurangnya dua tahun? mungkin kah masa yang sesuai telah tiba? mungkin kah sebab saya sememangnya sudah bersedia?

err.. honestly, saya memang mau!! tapi saya tak pasti adakah keadaan saya sekarang cukup baik untuk menerima kehadiran ahli baru?

sebab dah tak larat nak fikir sorang-sorang, saya pun meluahkan rasa hati dengan senior kat ofis, kak rina. kalau share dengan my husband, confirm jawapannya.. yeah, let’s do it!! hahahaha..

menurut kak rina, doktor pernah bagitau family planning ni ok gak, tapi kena lah pertimbangkan faktor umur si ibu. kalau si ibu sudah mencapai umur 35 tahun ke atas, baby yang akan lahir agak tidak seberapa sempurna DNAnya. selain itu, si ibu juga berisiko untuk mengalami keguguran atau kesukaran melahirkan anak secara normal.

bagaimana plak dengan faktor kewangan? kalau menurut orang-orang tua, setiap anak itu ada rezekinya. tak perlu lah dihuraikan panjang lebar mengenai kenyataan ini, tapi kalau setakat dua orang anak dengan gaji mak bapanya 5K ke atas, takkan lah tak boleh survive duduk kat Sabah ni kan? lagipun rezeki Tuhan ada di mana-mana, cuma tunggu kita ambik jer..

so.. that’s it! justification yang cukup dan kukuh untuk saya cuba pregnant semula. jauh di sudut hati saya ni memang nak tengok danieL membesar bersama-sama dengan adiknya, takde la dia keboringan sorang-sorang. teringin nak tengok dorang adik beradik ketawa bersama, bergaduh dan saling merajuk, belajar bersama.. dan macam-macam lagi lah.

kesimpulannya, I am ready for my second pregnancy whenever it is… yang paling penting, this second pregnancy pastinya dilalui dengan lebih baik dengan persediaan mental dan fizikal yang lebih rapi.

ooppss.. sebelum berakhir, just quick updates about my precious little boy, danieL. baru 3 hari lepas sembuh dari demam, takde la panas sangat, suam-suam je so, bagi dia makan ubat je. skang ni plak batuk-batuk dan selsema skit. agak cengeng dari biasa.. besar kemungkinan disebabkan gigi geraham dia yang dah nak kuar. 4 ketul sekaligus ok!! kesian danieL.. pastu, danieL dah pandai marah-marah dan memukul. tapi, pukulan yang comel la.. style merajuk adalah nangis-nangis sambil sujud ke lantai. huhu…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

6 Responses

  1. mummy aliya says:

    Seriau je rasa…hehehe
    tolong seriau untuk Lora. :p
    btw, my personal oppinion la, u should go for dat. if i were u, sha akan pk mende yang sama, since daniel dah 1tahun lebih. dun worry, u r not alone, i’ll follow u behind. :p

  2. p i d a says:

    Oh Tuhan, saya mahu berkeluarga sekarang juga! =P ngeh3..

    Menjadi ibu adalah satu pengalaman yg bila diceritakan semua manusia pun boleh explain itu-ini. Tapi apa yg dirasakan atau di alami oleh si ibu bukan mudah untuk diluahkan (sepertimana merujuk apa yg kau tulis di atas =P )

    Macam sy yg msh single ni, sudah berkali-kali baca dan dengar tentang pengorbanan ibu, perasaan ibu etc! Tapi, jauh di sudut hati “Bagaimana agaknya dan bagaimana yg sebenarnya perasaan secara mental dan fizikal diri sy apabila menjadi ibu kelak”

    Maksudnya di sini ialah; korang yang dah menjadi ibu dan seorang yg berkarier pulak tu adalah seorang ibu yg hebat. Sy selalunya balik dari sekolah memang penat sgt sampai tidur saja la dlm pikiran. Balik rumah tidur, balik rumah tidur. Mentang2 msh single konon =P If sy ada anak nnt bagaimana? Patut la kau tidur dlm keadaan kelaparan. Wah, pengorbanan jugak tu ;’)

    Daniel sorang dan kini dalam planning mau adik kpda Daniel lagi (iya kan? hee) maka bertambah lagi gedung. Iaitu gedung pahala dlm rumahtangga kamu ;’) Tiap2 pengorbanan pasti berbalas dengan kebaikan dunia & akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan kali ini dan seterusnya insha Allah.

    Eh komen i terlebih sudah hoho (baik terus tulis entri haha)

    • ibumadeeha says:

      waaa.. komen macam ni la yang saya suka baca. hehe..

      jangan risau, suatu hari nanti ko pun akan merasa pengalaman ni, pida. just enjoy this moment, sementara masih single2 ni, penuhi la segala macam keinginan ko, sebab bila sudah menjadi ibu, seringkali keinginan sendiri dengan rela hati diabaikan demi si anak.

      danieL dari baby sampai skang, tidak mau tidur malam kecuali dengan uminya. tu lah sebabnya tertidur dalam kelaparan. balik kerja, baru ingat mo masuk dapur, baby sudah nangis2 nak menyusu, pastu tidur. bila uminya bergerak skit, tangisan bersambung semula sambil mencari susu. huhu.. gastrik ibarat bestfren la time tu.. hehe..

      apapun, memang berbaloi melalui semua pengalaman ni dan memang tak sabar untuk melaluinya semula, cuma kadang2 timbul rasa ragu2.. tapi, saya yakin, pengalaman kedua mesti lebih baik daripada pengalaman pertama kan? Insya-Allah…

  3. MrsHairina says:

    huih.. aku suke la entry ko ni… mmg best.. ade kene sket ngan aku… sblm ni mmg la planning… tp bile dh x planning… rezeki tu xde lagi.. redha jelah.. org still anggap aku planning… sape xnk bg adik kat anak kt yg satu² nye tu.. sian tgk main sorg².. daniel xpe lg.. baru setahun lebih.. Dina dh 2 tahun lbh.. nk main je.. sorg².. sian pn ade.. tp as parent.. aku n husband aku lak jd teman main die… dh nk wat camne.. kan? teruskan berusaha… ade rezeki x kemane.. nk kate bersedia… jujur katekan.. aku lom sedia… still teringat mase muntah² n time beranak dulu tp hati mau… camne tu? hahahaha… hadapi jelah owk? hahaha

  4. ibumadeeha says:

    yup, memang kalau ikutkan hati, malas la nak susah2kan diri, jaga anak bukan kerja mudah, kan?.. tapi, bila tengok rakan2 sebaya, anak ramai, dah sekolah plak tu. adui.. jeles lah plak. terpaksala berfikiran jauh skit.. biarpun susah, kena persiapkan diri juga.

Leave a Reply