online shopping?!..

ermm.. entri sebelum ni baru je citer pasal orang IT. yelah tu, saya memang orang IT la kununnya.. tapi, percayakah anda kalau saya cakap, saya tak berani ber-shopping secara online?

hahaha.. memang kelakar. adakah saya masih layak digelar orang IT? tapi, kalau guna online banking macam expert jer, terutama bab-bab membayar bil dan hutang. so, persoalannya disini, saya tak berani ber-online shopping bukan lah kerana rasa tak selamat dengan teknologi IT, tapi kerana saya memang tak pandai membeli-belah di alam maya.

saya tak tau lah masih wujudkah spesis manusia macam saya ni yang mana bila nak ber-shopping, mesti nak pegang-pegang, nak ramas-ramas dulu barang yang nak dibeli tu. pastu kalau dah bayar, mesti nak barang tu dah berada dalam tangan. adeh.. dua benda ni lah yang tak dapat dibuat melalui online shopping kan?

tapi, skang ni saya dah ada hobi baru tau. hahahaha.. hobi membeli kain ela! sebab, dah jumpa tailor yang ‘boleh tahan’ dan sebab dah bekerja dengan badan berkanun, so kenalah berpakaian formal setiap masa iaitu pakaian paling common ialah berbaju kurung. jadi.. disebabkan hobi baru ni, saya rasa, saya kena belajar-belajar ber-online shopping kerana kain-kain ela yang di jual di alam maya ni kebanyakannya nampak cantik. ‘nampak’ jer la kan.. tak tau la kalau dah berada di depan mata. huhu..

erkk.. apesal buat entri yang kurang best ni? huhu.. saje jer, nak bagitau korang bahawa di zaman moden ini, masih ada orang yang ketinggalan dalam bab-bab ber-online shopping. selain tu, rasanya saya nak conquer this little fear and list it down in my 2011 personal goals.

wow!! cakap pasal goal.. you know that I like this topic! korang macamana? tinggal sebulan jer lagi kita berada di tahun 2010, sudahkah anda membuat review ke atas azam 2010 anda? hari tu saya sempat buat review sket dan skang tengah men-draft goal untuk 2011 plak. tak best la kalau publish awal-awal kan?..

pengunjung-pengunjung blog yang saya kasihi sekalian, please do your homework. saya tau, mesti ada yang tak suka senaraikan goal dorang, kununnya ‘just go with the flow’. you know what? dulu saya pun macam korang gak. tapi bila saya dah start buat senarai goal, take actions and see the results.. punya best!! macam ketagih la plak..

ada gak yang bagi alasan.. tak nak la berazam apa-apa, kang kalau tak tercapai, buat frust jer. adedeh.. yang ko berazam melebih-lebih tu buat apa?! untuk permulaan, buat la azam yang senang-senang jer. even saya pun masih tak berani nak senaraikan goal yang gempaq2. ala kadar jer dulu.. orang kata, ikut kemampuan. yang penting dari senarai goal tu kita tau bahawa hidup kita ada matlamat dan matlamat itu penting untuk kita kecapi.

sesuai la dengan motif blog ini… make a LIFE, not just a living.. so, make a LIFE, please…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. MrsHairina says:

    huhu.. aku pn xreti nk online shopping… rase xpuas… nk gak merase kain tu gane.. sedap pakai ke.. jarang ke…sejuk ke.. lembut ke.. padan ke.. kalu baju budak.. musti nk ukur kat badan anak dulu… baru decide nk beli… huhu.. ni baru baju².. ade org beli sampai ratus² n ribu² beli online… camno eh.. dorg puas ati kut…

  2. ibumadeeha says:

    hihi.. kita serupa.. 😉

Leave a Reply