gara-gara bersukan..

walaupun saya ni bukan peminat sukan, tapi entri kali ni bukan lah bertujuan untuk menghina sukan. actually, ayat penuhnya begini..

gara-gara bersukan.. saya terpaksa menunda aktiviti tidur walaupun jam skang ni adalah masa rutin untuk tidur bersama danieL. ditambah lagi dengan suasana hujan dan sejuk di luar sana, ermmm.. nyamannya tidur. malangnya, mata masih belum mau tertutup.

ya.. jangan tak tau, skang saya tengah giat berlatih main bola jaring. hahahaha.. sesape yang pernah jadi schoolmate saya, korang pastinya tau sukan adalah subject yang paling saya tak suka. dari dulu sampai skang, ikut sukan sebab terpaksa. ya, betul.. sukan kali ini juga pun adalah kerana terpaksa.

hari ni hari ketiga bersukan, best jugak rupanya ya.. part yang best tu bukan lah sebab dah teror main, tapi sebab bila sampai rumah, badan masih rasa cergas. kalau macam ni, hari-hari bersukan pun takpe, tapi.. memandangkan aktiviti sukan ni adalah untuk mewakili jabatan dalam sukan staf UMS, maka boleh lah dapat kelepasan untuk kuar bersukan jam 3.30pm. kalau bukan kerana itu, belum tentu ada masa nak bersukan. huhu..

dulu pernah gak merancang, kunun2nya nak berjogging di sekitar kawasan perumahan. hehe.. biasa lah tu, azam tak kuat sangat, mana nak menjadi.

errr.. cakap pasal azam, dah nak masuk tahun baru ni… apa status azam korang tahun ni? hehehehe.. saya pun belum sempat buat review lagi. adedeh… sibuk sangat dengan kerja, sampai personal development pun dah terabai. huhu.. don’t make me start writing about my work. urgghhh… tekanan!!

nanti-nanti la k.. kalau dah setel semua kerja-kerja berat yang pending, baru saya buat entri pasal azam lama dan azam 2011. until then, maju lah sukan untuk negara!! hohoho..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply