Citra Ayu.. ** saya soal, saya jawab

sebelum korang buat apa-apa spekulasi berkaitan tajuk entri di atas, saya nak bagitau awal-awal bahawa tujuan entri ini dibuat bukan lah untuk menjual atau mengkondem produk kecantikan ini. tidak sama sekali, ok!!

dah faham?! silakan.. boleh teruskan dengan spekulasi korang (kalau ada). hehehe…

jadi.. apesal plak tetiba je kuar topik ni? dah takde topik lain ker?..

err.. memang takde topik lain sebab kalau ikut jadual, detik ini bukan lah masanya untuk menulis blog.

abis tu, kalau takde dalam jadual, kenapa masih nak tulis?

bukan tulis la.. taip! hihihi..

ok la, taip.. abis tu, kenapa nak taip?!

sebab.. saya dah tak tau nak buat apa.. hohoho…

jangan marah ya.. entri kali ni memang agak tak betol sket. setelah hampir sebulan bermain dengan kata-kata skema dan ayat-ayat power (nak menang pertandingan la katakan..) akhirnya hari ini saya bebas menggunakan sebarang jenis perkataan dan format untuk ditaip. so relieve…

kalau korang masih ingat, saya pernah bagitau yang 1 Disember ni ada pertandingan yang lebih mencabar berbanding pertandingan inovasi hari tu. setelah lebih 2 bulan bertungkus lumus menyiapkan laporan, akhirnya kemarin saya mengambil keputusan untuk tarik diri dan keputusan ini disokong 200% dari ahli-ahli lain. memula tu timbul gak rasa ragu-ragu nak bagitau bos, tapi bila dah berjaya pujuk bos.. wow!! sampai skang saya masih relax dan tak tau nak buat apa!! bestnyaa!!!

errr.. apa kena mengena ngan tajuk entri?!!

alamak!! dah lari topik rupanya. takpe la, bukan pertandingan pon!! hahahaha..

kenapa topik ni muncul?.. sebab, skang ni kan musim sukan, kebanyakan pompuan mula la mencari-cari sunblock yang sesuai supaya kulit muka tak gelap. kalau tanya saya, saya ada 1 jawapan jer.. Citra Ayu Sunblock.

saya tak kata pun produk ni is the BEST! tapi, sebab saya dah bertahun-tahun pakai produk ni dan takde niat nak tukar produk lain. kalau nak cuba, boleh beli dan pakai tapi, saya tak jamin apa-apa ya. semua pompuan dalam keluarga saya pun dah try produk ni dan semua tak mengalami sebarang masalah, so… lu fikir la sendiri!!

tapi, kalau korang rajin.. cuba google. mesti korang jumpa forum-forum yang mengatakan produk ni dah menyebabkan kulit dorang mengelupas, berjerawat.. dan sebagainya. kesian gak la kat orang-orang yang telah mengalami masalah ngeri ni. sebab tu saya dah kata awal-awal, saya tak jamin apa-apa ok!

actually, apa-apa barang pun, tak semestinya produk kecantikan jer.. sesuai ker tak, bergantung pada si pemakai. lagipun setiap daripada kita ni adalah unik, so kalau kita pakai barang yang sama, pasti kesannya berbeza dari orang lain. kesimpulannya, belum cuba, belum tau la kan?..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply