14 kids..

the title above is not my dream ok. it’s about a single mom, Natalie Denise Suleman who has 14 kids. try google it for more info..

saya baru jer tengok interview dia dalam rancangan Oprah malam tadi. terdetik di hati untuk menulis tentang pompuan yang juga dikenali sebagai octomom ni. dari interview tu, dia bagitau ramai orang dah salah sangka kat dia sebab orang fikir dia saja-saja jer nak melahirkan anak kembar 8 untuk glamer. huhu.. ni semua angkara media massa dah tak boleh cari makan kecuali dengan cara memburuk-burukkan nama orang.

menurut Nadya, dia merupakan anak tunggal dan sejak kecil lagi dia sentiasa diselubungi kekosongan. bila dia dah ada 6 orang anak pun dia masih merasa kekosongan dan sebab tu lah dia bersetuju untuk mengandungkan anak kembar 8. jadi skang hidup dia 24/7 didekasikan untuk anak-anak dia yang seramai 14 orang tu.

ditanya adakah dia menyesal dengan keputusan itu? dia menjawab, “kita tidak boleh menyesal kerana melahirkan anak. tapi saya akui, keputusan itu adalah berasaskan teori yang tidak matang. saya tidak sepatutnya mengisi kekosongan itu dengan melahirkan ramai anak, tetapi kekosongan itu perlu diisi dari dalam (spirituality).”

macamana dia cari makan? macamana dia nak penuhi kehendak anak-anaknya? itu lah cabaran yang sungguh tough bagi dia sehinggakan pada satu ketika dia sanggup menerima tawaran untuk bergambar dalam sebuah majalah hiburan dengan memakai bikini atas bayaran sebanyak 100K. kini dia akui secara terbuka bahawa itu adalah kesilapan yang dia tak patut lakukan. sebab tu, hingga kini ramai pihak dari industri hiburan menawarkan macam-macam program untuk dia termasuk lah membuat filem lucah dan membuat rancangan realiti tv, semuanya ditolak mentah-mentah.

sungguh pun begitu mencabar kehidupannya sebagai ibu tunggal, dia bertegas tidak akan menyerahkan walau seorang pun daripada anak-anak tu kepada orang lain. sungguh pun orang itu mungkin mampu memenuhi kehendak anaknya, tapi baginya, setiap pagi dia bangun dari tidur adalah untuk anak-anaknya. walaupun dia tidak dapat memenuhi kehendak anak-anaknya, tapi dia akan cuba buat yang terbaik. saya setuju sangat bila dia cakap, “tiada seorang pun yang dapat memenuhi kehendak anak walaupun anaknya hanya seorang.”

gambar diambik dari website http://hollywoodgiants.com/

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply