10% for 4 persons?..

waduh-waduh.. memang tak sangka boleh menang dalam pertandingan hari tu sebab slide presentation siap last minute, presentation pun tak practice, handouts untuk penilai pun takde, group lain plak diwakili oleh orang-orang besar contohnya dekan dan professor, sedangkan kami hanya diwakili oleh 2 orang pegawai, sorang pembantu tadbir dan sorang PAR. so, apa yang nak diharapkan? but, dah sampai sana, just buat yang terbaik jer la kan?

dapat no. 1 memang betul-betul tak sangka ok. belum pun sampai hari penyampaian anugerah, orang lain plak yang sibuk-sibuk tanya nak buat apa ngan hadiah 3K tu? adeh.. dah lah saya ni orang baru kat tempat ni, tak pernah masuk apa-apa pertandingan.. tapi, kalau zaman sekolah dulu, hadiah tu memang habuan untuk peserta tu jer, pihak sekolah takde la plak terhegeh-hegeh nak minta bahagian. so, first time la dengar polisi bahawa duit tu adalah duit jabatan.

dalam hati pun takde la rasa nak ambik semua duit tu. tapi, kalau semua duit tu untuk jabatan, memang ada rasa sedikit tak puas hati. kalau saya sorang jer pesertanya, takpe la kut.. boleh la saya memujuk sendiri hati yang lara. tapi.. kejayaan tu adalah usaha berkumpulan ok. kalau saya sebagai ketua hanya berdiam diri, apa kata ahli kumpulan saya yang lain? apa persepsi dorang tentang pertandingan-pertandingan akan datang? kalau saya nak join, mau ka dorang jadi ahli dalam kumpulan saya lagi?

kemarin isu ni pun dibangkitkan dalam mesyuarat jabatan. actually, bukan group kami jer dalam jabatan ni yang menang. tapi, biasa la.. semua orang memandang pada nilai wang. sape yang dapat lebih, dorang la yang kena serang, kan?!

cadangan pertama, nak buat makan-makan kat hotel. ok, yang tu saya dan ahli kumpulan memang dah plan nak buat. so, no problem. cadangan kedua, 4 orang peserta ni akan dapat sedikit royalti atas usaha dorang bertanding dan buat presentation. alhamdulillah, syukur la nak.. ok la tu, at least bijak gak dorang ni berfikir. then persoalan seterusnya, berapakah nilai royalti itu?

cadangan pertama, RM 10 seorang… what?!.. semua orang rasa cam tak logik.

cadangan kedua, RM 200 seorang. ermmm.. sebahagiannya mengangguk setuju, sebahagian yang lain.. terkedu.

cadangan ketiga, maksimum RM 50 seorang… yeahhh!! hampir semua bersorak riang kecuali peserta-peserta pertandingan. korang bayangkan la sendiri, kalau 4 orang peserta memenangi 3K boleh dapat RM50 seorang, so pemenang RM500 dapat baper? RM5 ker.. 50 sen? nak kena tanya pendapat ramai gak ni, besar agaknya nilai 50 sen tu yer..

cadangan keempat, 10% untuk 4 orang ahli kumpulan. bila dah start guna istilah percent, dah ada yang mulai buat kira-kira. dah siap kira-kira, masing-masing mengeluarkan hujah kemudian baru la semua mencapai kata setuju.

errr.. saya sebagai ketua kumpulan pun kena la buat kira-kira gak kan? takkan la main angguk jer… lagipun, sebelum ni ahli saya dah bisik-bisik kat saya bahawa 2 orang system developers sepatutnya dapat la percent lebih skit. so, pada perkiraan saya, 10% iaitu RM300 tu memang tak setimpal ok!

cadangan kelima, baru lah ketua kumpulan diberi peluang bersuara. huhuhu.. syukur la nak..

dengan rasa terketar-ketar menahan rasa tak puas hati, saya cakap..

“saya rasa, benda-benda macam ni, kita kena pandang lebih jauh ke hadapan. macam yang bos cakap tadi, lepas ni banyak lagi pertandingan yang kita akan ikut dan performance kita tidak sepatutnya hanya sampai di sini. jadi, keputusan untuk kasi RM50 seorang ni akan melemahkan semangat orang lain yang sudah merancang untuk ikut bertanding di tahun-tahun depan. lagipun kami sudah setuju, memandangkan ahli kumpulan kami terdiri daripada 2 orang developers dan 2 orang sokongan, jadi developers ni mungkin akan dapat lebih skit. actually, usaha untuk menang ni bukannya bermula semasa buat presentation tu, tapi bermula semasa sistem ni dibangunkan dan buat sistem bukannya kerja yang mudah. ermmm.. so, 10% tu memang sangat tidak setimpal. saya tidak dapat putuskan berapa skang sebab saya kena bincang semula dengan ahli yang lain.”

alhamdulillah, pendapat saya diterima oleh bos dah dia sempat menambah, “sebenarnya, kalau korang nak tau, dorang memang ada hak untuk ambik semua duit tu.”

uppss!! semua terdiam, terkedu… mungkin dalam hati dorang, “jadi… takde la makan?!..” 🙁

actually, time saya sedang menyuarakan pendapat tu, ada gak orang yang cuba menyampuk, “developing system tu memang kerja korang!”

honestly pertandingan tu pun atas arahan bos, bukan saya yang terhegeh-hegeh nak ikut. saya sedar kerja hakiki saya adalah membangun dan menyelenggara sistem dan bukannya ikut bertanding. dan.. saya belum pernah dengar lagi ada staf yang kerja hakikinya adalah bertanding sahaja. apa-apa jenis pertandingan pun, dorang ni wajib ikut serta. kesimpulannya, semua orang ada kerja hakiki dan kerja itu bukannya ikut pertandingan. jadi apabila seseorang staf atau sesebuah kumpulan staf tu sudi bertanding, sepatutnya dorang la yang dapat hadiah tu kan sebab dorang dah buat extra miles? kalau dorang ada perasaan ‘kekitaan’, boleh la dorang kongsi-kongsikan hadiah tu dengan staf yang lain ‘seikhlas’ mungkin. kalau budaya macam ni diteruskan, sudah pasti staf-staf lain pun berlumba-lumba untuk saling bersaing untuk menang dan merasa habuan kemenangan masing-masing.

jom berfikir secara logik.. actually, jumlah hadiah kemenangan di jabatan saya ialah 4.5K. kalau pun dorang nak makan-makan kat hotel, rasanya 2K pun dah cukup. balance 2.5K tu boleh la dibahagi-bahagikan kepada peserta yang menang. jadi, tak payah la dorang risau kebarangkalian tak cukup duit makan. errmm.. bila fikir-fikir balik, kesian gak la bila tengok orang yang bermatian-matian mempertahankan duit tu untuk makan-makan kat hotel. di hati kecil terdetik, “dorang ni tak cukup makan ker? agak-agaknya dah bertahun-tahun tak makan kut..”

kalau la keputusan 10% untuk 4 orang ni diteruskan.. lain kali semua orang boleh bercakap, “biar la orang lain yang ikut bertanding, sebab hadiahnya pun akan dikongsi bersama dengan kita yang tak buat apa-apa”.

p/s: gambar kemenangan akan ditampal kemudian.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply