pertandingan & nervous.. tak boleh dipisahkan

bila sebut perkataan ‘pertandingan’, banyak kisah silam yang dapat saya imbas semula. zaman sekolah dulu, agak aktif gak la masuk pertandingan terutamanya pertandingan tilawah al-Quran dan nasyid. kedua-dua pertandingan ni dah rasa macam nak muntah sebab setiap tahun ada penyertaan. pernah gak disuruh masuk pertandingan syarahan dan memang tak sangka boleh menang. hahahaha.. first time masuk terus menang, tapi second time masuk, no. dua jer… pastu, dah give-up la.. memang tak minat sangat bab-bab nak bersyarah ni. hehe..

rasanya orang yang normal pasti rasa nervous di hari pertandingan kan? lebih-lebih lagi kalau pertandingan solo. sebelum pertandingan tu plak, macam-macam persediaan nak kena prepare. semasa duduk di kerusi para hadirin sementara menunggu nama sendiri di panggil naik ke pentas, huhu.. Tuhan jer la tahu betapa gementarnya perasaan time tu. adoi.. ingatkan bila dah masuk alam pekerjaan ni, takkan lagi merasa nervous seperti itu. rupanya..

baru-baru ni saya dah hantar penyertaan untuk masuk pertandingan OSS, atas arahan bos. masa saya buat dokumentasi tu, memang dah rasa something wrong sebab macam lari topik jer.. tapi, tak kesah, buat jer.. yang penting arahan bos telah ditunaikan. so, dua hari lepas dah dapat confirmation daripada penganjur pertandingan bahawa penyertaan saya tak layak ke peringkat akhir. wow.. langsung tak rasa kecewa sebab memang tak berminat pun.

pagi tadi baru jer membuat pembentangan untuk anugerah inovasi perkhidmatan awam bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain. walaupun ada group, tapi time presentation tu, nervous gak la sebab hanya suara saya yang kedengaran di awang-awangan. errgghh.. sungguh tak selesa dengan perasaan nervous! nasib baik sesi soal jawab dibantu oleh ahli kumpulan. tu lah kelebihan teamwork berbanding lone-ranger kan?.. anyway, keputusan pertandingan tu di luar tahap jangkauan saya buat masa ini. eseh! kalau menang, Alhamdulillah. kalau tak pun, nevermind.. sekurang-kurangnya dah ada pengalaman.

1 Disember ni plak nak kena masuk satu lagi pertandingan. hopefully ini lah pertandingan terakhir yang saya join tahun ni. banyak dokumentasi nak kena buat lagi. hahaha.. semalam pun baru jer siapkan slide presentation untuk pagi tadi. untuk 1 Disember ni tak boleh buat last minute, kena buat preparation yang lebih rapi sebab penilaiannya memang agak kedekut. kalau menang, akan menjadi wakil universiti ke peringkat IPTA. adoi.. lagi senak rasa perut ni!!

kenapa lah nasib diri ini dari kecil hingga la sudah menjadi umi, masih lagi terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang memberi tekanan emosi!!

tapi, actually kan.. programmer macam saya ni, setiap kali buat demo untuk sistem baru, perasaan nervous tu sentiasa datang mengiring. maybe kalau pun 1000 kali buat presentation, tak pernah walau sekali pun perasaan nervous tu meng-escape-kan dirinya, kan? wujud tak manusia yang buat public speaking tanpa rasa nervous?! I wonder…

anyway, there’s no better way to conquer your nervous unless… well preparation. pun begitu, walaupun dah prepare 100%, masa mula-mula tu, perasaan nervous tu pasti akan datang menjenguk gak sekejap, paling-paling pun dalam 5 minit yang pertama. believe it or not? believe it..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply