Mr. Ah Chau JR

ok la, quick update before start bekerja dengan penuh dedikasi. ceh, kunun la.. padahal, sejak kebelakangan ni rasa malas jer nak gi ofis. malas nak bangun awal, malas nak drive.. tapi, kerja kat ofis bertimbun! kalau duduk rumah, tak tau nak buat apa selain melayan karenah danieL yang semakin memenatkan. adoii.. tak baik la cakap camtu kan? tapi, seriously.. danieL semakin aktif dan macam-macam benda dia dah boleh capai. kadang-kadang kesian gak tengok my hubby, cepat sangat tensen melayan danieL. hahhahahah..

“ermmm.. apa lagi yang boleh dikacau ya?” bisik danieL di dalam hatinya

bila tengok perangai danieL, teringat plak citer my MIL masa dalam pantang dulu. kununnya dolu-dolu my hubby ni digelar Mr. Ah Chau. nak tau nape? sebab.. sejak kecil lagi, dia memang seorang yang ‘pengacau’! orang tengah repair keta, dia pun nak join masuk bawah keta. orang tengah buat wiring, dia pun nak pegang screw-driver skali. mana tak tensen orang dibuatnya sebab semua benda-benda tu merbahaya ok. sakit gak hati my MIL bila orang gelar anak dia camtu, tapi sabar jer la. rupa-rupanya, bila my hubby dah semakin membesar, baru lah dia sedar my hubby ni seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru. sentiasa ada perasaan ingin tahu yang mendalam. adedeh… patut la sejak kecil lagi tak makan saman!!

“adeh.. penat la asek terbongkok-bongkok dari tadi. rehat jap.. pasni, sambung projek!” ujar danieL

lepas dengar citer tu dari my MIL, sejak hari tu saya dah bertekad, kalau lah danieL mewarisi perangai abah dia, saya kena la banyak bersabar. huh.. tengok la sekarang! bukan main pengacau lagi si danieL, sampai tak terlayan oleh abah dia sendiri. mana tak nya, barang-barang yang menjadi kegemaran danieL adalah barang-barang abah dia sendiri. habis semua hardware abah dia menjadi alat permainan. belum lagi ditambah dengan karenah naik meja, tarik kerusi, tarik meja, hempas-hempas barang.. kesian kat jiran-jiran terutamanya jiran kat tingkat bawah, mesti kebisingan kan?

percubaan masuk ke dunia dinosaur melalui laci ajaib doraemon!!

apapun, ini lah cabarannya menjadi parents. tak sedar masa berlalu begitu cepat. dulu danieL hanya mampu terlantar di atas baby-court sambil bersuara kecil.. skang danieL dah pandai berjalan dan tak reti duduk diam, banyak bersuara tak tau la bercakap ke menyanyi, ketawa, menjerit-jerit, dah ada 8 batang gigi, dah pandai merajuk dan macam-macam lagi la. tak dapat saya bayangkan kalau dia dah pandai bercakap, mesti penat melayan cerita dia kan? tapi, actually, ini la moment yang saya nanti-nantikan skang. the moment dia dah boleh bercakap dan bercerita. hehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply