mango fried rice..

gara-gara mr. hubby dah ketagih makan kat 10AM, maka terpaksa la saya tiru resepi Mango Fried Rice favourite dia. walaupun takde mangga, asalkan rasanya sama, aci la tu.. so, semalam kami dah save RM10 per person!

atas permintaan my sister.. resepinya sangat simple seperti di bawah:

bahan-bahan:

  1. bunga kantan di potong halus
  2. udang kering di tumbuk (jangan terlalu halus) kemudian ditumis kering
  3. isi ayam goreng, dipotong kecil-kecil
  4. telur goreng dihiris-hiris
  5. lobak dihiris halus
  6. timun dihiris halus
  7. mangga yang sudah masak (berwarna kekuning-kuningan), dihiris memanjang
  8. minyak masak
  9. bawang putih
  10. bawang merah
  11. garam secukup rasa

penyediaan:

tumis bawang putih dan merah, kemudian masukkan nasi putih dan bunga kantan. kalau anda suka makanan pedas, tambahkan cili padi yang telah dipotong kecil-kecil. masukkan garam secukup rasa, perasa Maggie “Secukup Rasa” is highly recommended.

bila nasi goreng dah sebati dengan campuran-campurannya, padamkan api. letakkan bahan-bahan tadi ke dalam piring, susun seperti dalam gambarajah di atas. letak hirisan mangga di bahagian tengah nasi goreng, kemudia taburkan udang kering di atas mangga. kalau takde mangga, taburkan udang kering di atas nasi.

senang jer kan? selamat mencuba!!..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. adeq says:

    waaaa…nampaknya dah bule jdichef nie By..hahaha bgus2…sda ada recipe nie bule la aku cuba nanti..hehe

  2. Rina says:

    nanti mau try la ni tau…thanks 4 sharing 😉

  3. Kakak onong says:

    oklah nanti saya try…

Leave a Reply