danieL.. anak abah dan umi..

anak lelaki saya ni semakin hari semakin aktif berjalan. banyak benda dia dah boleh capai. semalam dia baru jer pecahkan remote control Astro, kebetulan abah dia plak kuar, hantar kontraktor balik Papar. saya tengah syok sendiri tengok citer Top Chef, tak sedar danieL dah berjaya mencapai  remote kat atas meja. adedeh.. selalunya takde la sampai hancur dia kerja kan remote tu. maybe remote tu memang dah tak dapat bertahan kut. mujur abah dia takde time insiden tu berlaku, kalau tak.. habis kena bebel si danieL.

hahaha.. tu baru remote control yang pecah kan? tak tau la apa lagi yang jadi lepas ni. but, hopefully.. takde la yang teruk-teruk sangat.

malam semalam plak, dia tengah hisap susu kegemaran dia. bila dah habis, dia main cucuk-cucuk plak puting susu tu kat mulut dia. belum sempat saya ambik botol tu, dia dah menangis macam orang kesakitan. cek punya cek, rupanya bibir sebelah atas dia dah luka berdarah. adoi.. macam nak pitam jer tengok darah cair tu kuar dari mulut dia. dalam keadaan panik, cepat-cepat saya sumbat mulut dia dengan lengan saya yang masih berbaju kurung. habis berdarah baju saya, tapi.. tak kesah, yang penting darah tu cepat-cepat la berhenti mengalir. ceh.. suspen jer!! sket jer pun.. tangisannya bukan main kuat lagi, bikin panik umi dan abah jer! nasib baik nenek beaufort takde, kalau ada.. boleh kena histeria dia tengok keadaan danieL time tu. hehehe..

skang danieL dah boleh habiskan 6 ounces susu, selang dua jam ok.. semakin lama semakin kuat menyusu dia ni. o’ya, kami masih bagi dia  susu Snow Brand, tak jadi tukar, sebab malas nak fikir susu apalagi yang sesuai dengan danieL. biarpun mahal, tapi takpe la.. yang penting dia suka dan membesar dengan sihat. kalau tukar susu lain, takut tak sesuai atau tak dapat memenuhi selera dia nanti.

anyway, dulu kalau menyusu, umi atau abah kena duduk sebelah dia sebab nak pegangkan botol susu untuk dia. tapi, skang dia dah pandai pegang botol sendiri, so dah boleh tinggalkan dia menyusu sorang-sorang. lepas habis menyusu, dia dah pandai tutup semula botol susu tu. hehe.. so cute.. nak gak ajar dia letak botol yang dah kotor tu kat singki, tapi memandangkan singki tu agak tinggi, so keinginan tu ditangguhkan dulu hinggalah sampai masa yang sesuai.

kalau nak tau, saya memang sengaja pakaikan danieL stokin dari dia lahir sampai la umur dia setahun. kat dalam rumah pun pakai ok.. ada gak orang tanya kenapa? sebab, saya takut kaki dia kesejukan so, bila umur dia dah genap setahun saya terpaksa buat keputusan untuk berhentikan dia pakai stokin kat rumah supaya dia boleh belajar berjalan dengan mudah. tak sangka, baru sebulan tanggalkan stokin, dia dah boleh berjalan. so, skang ni, dia dah tak pakai stokin tapi kalau keluar rumah, saya pakaikan kasut. dia memang tak suka kasut,  nak pakaikan kasut ni memang agak mencabar. as parents, mana boleh cepat give-up kan?

seperti yang pernah saya kongsikan dulu, pattern tidur danieL dah semakin mudah diramal. dia dah tak perlukan ayunan untuk tidur, tapi malangnya dia agak memilih sket. dia hanya boleh tidur kalau ditemankan oleh umi dia. so, kat rumah kak shila, dia masih tidur atas ayunan tapi kadang-kadang jer la sebab, menurut kak shila, danieL dah boleh tidur bertemankan anak lelaki kak shila yang baru berumur dalam 3 tahun lebih. so, kalau anak dia tu tak nak tidur, terpaksa la danieL tidur sendiri atas ayunan.

tak dapat saya bayangkan macamana la danieL tu tidur ngan anak lelaki dia tu. sebab, kalau danieL tidur dengan saya, dia nak gak letak kepala dia di bawah ketiak ok.. kalau tak pun, dia akan naik atas badan saya dan tidur atas dada saya. adeh.. semput umi dia, tapi boleh gak tertidur sama-sama. bantal dan selimut memang dia dah tolak jauh-jauh. harap-harap, kalau dia tidur ngan anak lelaki kak shila, takde la sampai kena himpit anak dia yang baru berumur 3 tahun tu kan?? hahahaha…

ok la, sebelum saya tamatkan entri  kali ni, saksikan video iklan kegemaran danieL buat masa ni. belum pun sampai part menari tu, asal nampak jer Hugh Jackman minum Lipton Ice Tea tu, dia akan tinggalkan mainan dan cepat-cepat berdiri dan terus menari-nari. tak lama pastu, umi dan abah dia plak join menari. hihihi.. interesting kan? budak berumur setahun pun dah ada memori yang kuat.

thank you kerana masih menjadi pengunjung setia blog ini.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply