cobaan menjadi penjaga kaunter

well, I really can’t help it. walaupun kak rina dah post cerita ni di blog dia, saya tetap nak post benda yang hampir sama. almaklumlah, first time jadi penjaga kaunter, memang banyak yang ingin dicurahkan. hohoho…

anyway, sebelum korang baca entri ni, adalah digalakkan untuk membaca entri yang hampir sama dari blog kak rina dulu sebab kandungan entri saya ni agak ringkas, takut kalau-kalau korang tak faham hujung pangkalnya. terima kasih.. [klik sini untuk ke blog kak rina]

9 – 11 oktober 2010, saya menjadi petugas konvokesyen UMS ke-12 sebagai pengedar kad Touch ‘n’ Go. kad ni mengandungi cip yang menyimpan maklumat graduan seperti nama, no. matrik, nama sekolah dan nama program. oleh itu, tugas hakiki kami adalah seperti berikut:

  1. menyerahkan kad Touch ‘n’ Go kepada pelajar. untuk mempercepatkan proses dan mengurangkan ralat (salah bagi kad), kami kena susun kad-kad tersebut alphabetically mengikut sekolah dan kod program. so, setiap kali student datang, kami akan tanya beberapa soalan seperti: “sekolah apa?”.. “kod program?”.. “nama?”.. then, baru lah boleh jumpa kad dorang. adedeh… bayangkan lah kalau beribu-ribu graduan yang nak konvo, rasa nak termuntah je tanya soalan tu berulang-ulang kali.
  2. memberi short briefing tentang kad tu. yalah, kalau tak bagi briefing kang tak tau plak kad tu untuk apa kan? nanti tak pasal-pasal dorang pakai untuk cucuk duit kat mesin ATM.. atau gi shopping kat Giant. harap maaf dik, dalam kad tu takde nombor akaun sesape yer. kad tu untuk dibawa semasa nak naik pentas nanti, supaya bila komputer flash je kad tu, terpampang la nama korang kat atas skrin pentas dan akan berkumandang la nama korang di udara. masa tu, boleh la korang naik pentas dengan rasa bangga dan family members korang yang duduk kat bawah pun boleh la tumpang tersengih-sengih. kalau tak bawa, ermmm.. syok sendiri la korang naik pentas tu. huhu.. tugas ni pun agak mencabar gak, sebab kena ulang briefing yang sama untuk semua graduan. lebih-lebih lagi, kalau di saat-saat akhir dorang terlupa bawa kad ni, waaa.. time tu lah rasa macam nak bertukar jadi singa kelaparan!
  3. memastikan kad Touch ‘n’ Go yang diberikan tidak rosak atau bermasalah. tidak dinafikan, 10% daripada semua kad-kad tu ada yang bermasalah seperti sebutan nama tak kuar, sebutan nama salah, maklumat nama atau program salah dan sebagainya. so, untuk make sure semuanya ok, kat kaunter kitorang disediakan sebiji komputer untuk test kad tu. adeh.. sepatutnya kerja ni la paling senang kan? lagipun, mesin untuk flash kad tu pun dah lukis terang-terangan macamana nak flash kad, tapi… banyak gak soalan students yang perlu dijawab. “err… flash kat mana?”, “errr… kedudukan kad macamana?” huhuhu.. sungguh mencabar melayan karenah dorang ni.

kesimpulannya, saya memang tak sesuai untuk menjadi penjaga kaunter. nasib baik la 3 hari jer… kalau seminggu, memang dah bertukar menjadi singa kelaparan. moral of the story, jangan la persalahkan sesape pun yang menjadi penjaga kaunter sekiranya dorang bersikap agak kasar dengan korang, kerana sesungguhnya kerja dorang tu sangat la mencabar kesabaran. lain lah kalau dorang tak layan korang langsung.. tu memang dah boleh buat komplen. err.. tapi, buat komplen jer tau, jangan la sampai menangis depan kaunter plak. hahahaha…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply