alim.. tapi.. bodoh!!

first of all, nak minta maaf dulu sebab terpaksa menggunakan perkataan yang agak kesat untuk tajuk entri kali ini. tapi, ianya memang kisah benar dan ada kena mengena dengan orang yang masih hidup. so, kalau ada yang terasa pedas tu, renung-renungkan la ya..

biasanya kita akan cop orang tu sebagai ‘alim’ bila orang tu memakai tudung labuh, jaga sembahyang dan berwirid panjang-panjang, rajin baca Quran, lagu-lagu yang dinyanyikan pun selalu berunsurkan keagamaan atau zikir-zikir dan banyak lagi la yang sewaktu dengannya. memang tidak dinafikan,amalan-amalan seperti ini sangat dituntut oleh Islam.

saya tak salahkan orang alim, tapi.. yang saya nak cerita kat sini ialah orang alim yang bodoh. orang macam ni mendapat gelaran alim sebab mengamalkan perkara-perkara di atas, tapi dalam masa yang sama, dia mempunyai masalah untuk berfikir dan bertindak dengan bijak. sampai sekarang saya tak tau kenapa wujudnya orang sebegini. tapi, sepanjang pemerhatian saya, orang sebegini tidak berpeluang untuk belajar tinggi. bagi dorang ilmu agama sahaja sudah cukup untuk menjamin kebahagiaan hidup mereka di dunia dan di akhirat.

disebabkan saya ada ramai kawan yang alim-alim, maka saya tak mau la kawan-kawan saya ni jadi alim tapi bodoh. so, saya ada beberapa pesanan untuk orang alim:

  1. janganlah kamu kata bahawa kamu terlanjur mengahwini lelaki itu hanya kerana semasa kamu berkenal-kenalan dulu, lelaki itu telah terlanjur memegang tangan kamu. jadi, sejurus selepas kahwin, tanpa berlengah lagi kamu pun menuntut cerai dari suami kamu itu. ermmm.. apa faedahnya kamu buat macam ni? alim ker.. bodoh?
  2. janganlah kamu mengabaikan suami kamu semata-mata untuk beribadah sehinggakan makan pakai suami kamu tu tidak terurus. kalau kamu suka sangat beribadah, tak payah kahwin la. menambahkan dosa jer namanya tu…
  3. janganlah  kamu meninggalkan suami kamu atas nasihat orang lain, melainkan sudah mendapat keredhaan suami. walau siapa pun orang yang menasihatkan kamu tu, walau setinggi mana pun darjat dan kedudukan orang yang menasihatkan kamu tu, kamu hendaklah patuh pada suami kamu, sungguhpun suami kamu tu hanya bekerja sebagai penoreh getah, apatah lagi kalau suami kamu itu sedang sakit.

sekian dulu ‘ceramah’ saya untuk kali ini. saya tau, kawan-kawan saya ramai yang alim tapi bijak-bijak belaka, keluaran universiti. walaubagaimanapun, fenomena di atas penting untuk kita jadikan pedoman. apapun yang kita lakukan, biarlah berlandaskan hukum agama dan diperkukuhkan dengan akal fikiran. sesungguhnya Allah telah mengurniakan manusia akal fikiran yang tidak ada pada makhluk lain, oleh itu pergunakanlah ia sebaik-baiknya.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Kakak onong says:

    ada lagi… no.4, biasanya orang yang alim tapi bodoh ni selalunya baik di depan saja, tapi di belakang kita, masyaallah!!

Leave a Reply