aktiviti menjual ikan kering..

short entry before masuk tidur…

sepanjang minggu ini, sudah dimaklumkan sejak minggu lepas bahawa saya akan berada di laman graduan bersama-sama dengan rakan sekerja yang lain untuk agihkan kad touch & go kat UMS students yang bakal graduate pada 9 – 11 Oct ini. oh.. memang very-very the crowded. errr.. nak tau nape saya letak topik ikan kering?

sebab.. awal pagi tadi, group kami di tempatkan di suatu kawasan yang betul-betul di bawah sinaran mentari yang hangat. orang seperti saya yang sememangnya suka berfikiran positif selalunya malas la mau komplen, tapi memandangkan our leaders sudah bersuara, so kami pun join the crowd jer la.. pindah tempat.

tetiba, sorang staf dari jabatan lain yang saya tak kenal sape dan tak berminat pun nak kenal sape, seolah-olah menyergah kat kami, “kenapa pindah ni?”. opocot!! terkezut my heart.. tak tau nak jawab apa sebab suara dan ketegasan dia tu macam bapa askar. nasib baik our leader, Mr. Chong cepat-cepat mencelah, “panas la, bos. apa? ko ingat mo jemur ikan ka?”

hahahaha.. I very the like that statement, sampaikan tak sabar-sabar nak share dalam blog ni. yang penting, bapa askar tu pun terdiam dan ‘padan muka’! next time, korang pun boleh la guna statement tu ek..

dan atas sebab tu lah, saya menganggap aktiviti mengagihkan kad touch & go tu sebagai aktiviti menjual ikan kering. nampaknya ikan kering hari ni belum habis di jual lagi, besok perjuangan akan diteruskan.

anyway, memang rasa tak puas hati sebab ada orang tu sekarang tengah bercuti selama seminggu semata-mata nak turun KL untuk hantar pinangan, sedangkan 2 minggu lepas saya tak dibenarkan ikut kursus selama seminggu atas alasan, konvo UMS dah dekat. ini tidak adil! saya sangat benci orang yang tidak berlaku adil itu. cis…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. adeq says:

    hahahahaha..i love the statement too..npa nda ajak jak dia join d club..bule jgk dia rasa camna rasanya jadi ikan kering..hahah

Leave a Reply