Salam Lebaran 2010

salam lebaran buat anda-anda semua. wow, lama giler tak update blog!! nape agaknye yer? takkan la asek-asek alasan yang sama, busy with work. ermm.. busy main game ada la kut. isk isk isk.. sejak bila la penyakit ni menular dalam diri ini. malangnya, aku hanya insan biasa, yang bisa terjerat dek pengaruh-pengaruh semasa. hohohoho..

ok, ok.. back to the topic. tak kesah la apapun alasannya, yang penting I’m still here..

so, semua orang update cerita mengenai cuti raya masing-masing. setelah membaca kesemua cerita-cerita anda, saya rasa… saya pun tak nak berdiam diri. hihihi..

anyway, untuk makluman, cerita ini tidak la semeriah seperti yang anda-anda semua alami. tak habis fikir, patut ke saya share cerita syahdu saya ni dengan y’all semua. tapi, memandangkan sharing is caring.. kunun.. so, saya share gak la. walaupun ianya pahit untuk dikongsikan, but.. this is life! remember, LIFE is not fair.

2 hari sebelum raya, saya memang dah amik cuti. awal sangat? ceh, orang lain lagi awal tau!! bagi saya, 2 hari tu dah memadai untuk saya kemas-kemas rumah sendiri sebelum ditinggalkan, walaupun saya tau kerja mengemas ni memang the never-ending story gara-gara punya anak kecil yang ‘pengacau’. my hubby plak sempat menguruskan documentation untuk tarik kereta baru, Persona Elegance. saya pun sempat gak la buat kek batik. kuih raya hanya ada 5 jenis jer, tu pun semuanya beli, buatnya takde. huhu…

sehari sebelum raya, saya dah dapat SMS dari my stepma. berita yang sangat sedih dan mengejutkan! dalam SMS tu dia bagitau that my dad baru jer dihantar ke hospital bukit padang. actually, ni adalah kali kedua my dad dihantar ke sana dan ia adalah atas sebab yang sama, iaitu percubaan untuk memukul my stepma. ermmm.. I thought, my dad dah semakin sembuh, tapi nampaknya semua tu hanya sementara. sakit dia datang semula.

menurut doctor, penyakit high blood yang my dad alami semakin menjadi-jadi sebab dia tak nak makan ubat, so darah dia mudah naik mengakibatkan dia gagal mengawal emosi marah. saya tau my stepma dah cuba buat yang terbaik (walaupun tak cukup baik dari pandangan mata saya) tapi, at least dia masih bertahan dengan kedegilan my dad. akhirnya, atas nasihat adik-beradik my dad, dia pun dihantar ke hospital bagi membolehkan dia dijaga dengan rapi.

pun begitu, plan asal tetap diteruskan iaitu raya pertama di rumah my dad. so, selepas menunaikan solat sunat raya di kampung, saya, my hubby, danieL dan my stepma beramai-ramai datang melawat my dad kat hospital. memandangkan hari itu adalah public holiday, keluarga dibenarkan melawat bila-bila masa saja. pun begitu, suasana di hospital agak sunyi. takde ke keluarga-keluarga lain yang datang melawat di pagi raya ni?

kami menunggu my dad di ruang tamu yang agak sederhana. beberapa minit kemudian my dad datang dalam keadaan yang tidak terurus. rambut beruban yang panjang dan bentuk fizikal badannya yang semakin gempal. warna kulitnya sudah berubah hitam kemerah-merahan, mungkin akibat pengaliran darah yang tidak lancar. tanpa berlengah, saya mengucup kedua-dua tangannya dan kedua-dua belah pipinya sambil memohon maaf atas segala kesilapan yang tak tersengajakan. airmata hampir tertumpah namun, saya mesti tabah. tak nak la buat scene di pagi raya yang sepatutnya disambut meriah ni.

ok la.. cukup setakat itu yang saya ingin kongsikan mengenai my dad. yang lain-lain tu, korang bayangkan sendiri la kesedihannya yer.. huhu..

petang tu kami balik semula ke kampung. oleh kerana keesokan harinya kami perlu berangkat ke Beaufort, maka hari tu saja la masa yang kami ada untuk melawat keluarga-keluarga lain di kampung. my stepma kununnya takde mood nak beraya so, langsir rumah tak dibuka, pintu rumah terkunci rapat. saya tak boleh nak kata apa, sebab saya faham perasaan my stepma. biar la kami saja yang datang ke rumah-rumah keluarga terdekat, at least takde la orang kata kami ni sombong atau apa-apa jer la yang sewaktu dengannya kan?…

apapun, salam lebaran buat anda semua..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. pida says:

    Selamat hari raya Laurah & family :’)

    erm, sy sedih baca entri ko kali ni :'( apa pun, kita mesti tabah kan? itu ja la KUNCI kesabaran kita. sy t’pikir 1 hari nnt sy jg akan di uji sebegini (kita x tau qada & qadar Allah kan?) harus ‘siap sedia’ hendaknya :'( sy doakan ur dad cepat sembuh, bi-iznillah.

    Firman Allah dalam surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud, “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab”

    Wallahu ‘Alam

Leave a Reply