open house di hari lebaran

errr.. open house ke ek? boleh la, tapi simple-simple jer. memang tak berniat nak jemput ramai sangat tetamu sebab masih tak yakin dengan kebolehan memasak. hahahaha.. 16 orang jer yang dijemput, tapi yang available hanya 6 orang. majlisnya pada 16 September, kebetulan public holiday sempena Hari Malaysia.

well.. at least, banyak gak pengalaman yang dipelajari. maklum la, buat open house sendiri, tanpa pertolongan dari sesape. hubby cuma tolong jaga danieL dan kemas rumah jer. tapi, ok la.. I didn’t expect him to cook.

so, saya dah buat checklist, antara benda-benda yang perlu diimprove untuk buat open house, mana la tau suatu hari nak buat majlis lain la plak kan?

shopping barang-barang hendaklah di buat at least, dalam masa sehari sebelum majlis tu. bukannya jam 6.00 pm baru nak terhegeh-hegeh nak kuar shopping! kalau macam tu, memang kelam kabut la jadinya, kang macam-macam resepi tak menjadi.

untuk hasilkan masakan yang sedap, kena guna kuali yang bermutu. kalau kuali yang cepat berkerak tu, chef antarabangsa pun boleh failed tau! so, kalau dah tau kelemahan diri, beli lah kuali tefal atau yang sewaktu dengannya.

so far, dua benda ni lah yang saya akan ingat sampai bila-bila. sebenarnya tujuan utama open house tu dibuat adalah untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan lama dan saje je.. teringin nak merasa kesibukan membuat persediaan makan-makan. maklum lah, takde pengalaman.. kalau zaman bujang-bujang dulu, orang-orang veteran semua sibuk memasak kat dapur, saya and the gang awal-awal lagi dah booking kontrak kupas bawang dan cuci piring. sebab.. kerja ni lah paling mudah dan paling relaks. kih kih kih…

anyway, thank you banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi datang dan merasa rendang ayam saya yang hampir hangus disebabkan kuali yang mudah berkerak. and.. thank you jugak kat hubby yang sungguh supportive untuk menunaikan hasrat hati saya untuk buat open house ni.

beraya di rumah nur, Tmn. Seri Maju

kalau nak tengok gambar yang lebih detail, boleh lawat facebook saya kat sini yer..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. September 12, 2011

    […] bantuan mentua dan ipar-ipar, open house tu betul-betul jadi macam open house. hahahaha.. tak macam tahun lepas, dah lah terpaksa masak sendiri, pastu jemputan pun skit jer. actually, tahun ni pun tak nak jemput […]

Leave a Reply