lebaran + danieL’s birthday

raya kedua, kami bertolak dari kampung my dad ke Beaufort seawal pagi, 10.00 am. sebelum tu, sempat singgah rumah sendiri, sempat cuci kain plak tu. hahaha… so, dalam pukul 2.00 pm, baru lah kami bertolak terus ke Beaufort.

keluarga di Beaufort sedang sibuk. memang sudah dirancang, mentua saya akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga, seterusnya meraihkan hari ulang tahun danieL yang pertama, walaupun dah terlewat 3 hari ok. so, my hubby berkali-kali cakap, sempena tahun yang pertama, hadiah danieL ialah Persona Elegance. adedeh.. apakah maknanya itu? danieL bukannya pandai drive pun. saje la tu nak escape dari penagihan hadiah. hohoho..

danieL makes friends time orang semua tengah baca doa kesyukuran..

upacara memotong kek dah tiba. danieL sungguh tak suka!!

(click image to enlarge)

ok la, dah lama tak update citer mengenai anak lelaki saya ni kan? 9 September, iaitu sehari sebelum raya adalah review clinic danieL untuk yang ke 1 tahun. berat dia time tu dah masuk 8.6 kg dengan ketinggian 72.5 cm. kiranya masih berada di tahap normal la tu, tak berat sangat, tak ringan sangat, sedang-sedang saja..

danieL belum pandai jalan lagi, tapi dah boleh berdiri sendiri. harap-harap  tak lama lagi la tu kut. kalau bab-bab merangkak, memang dia no. 1! danieL dah pandai tepuk tangan, menari goyang-goyang pinggang dan tangan, melambai, menggeleng sebagai tanda ‘tak nak’, panjat katil/ cushion/ coffee table dan pandai turun sendiri..  ni lah aksi yang paling merisaukan umi dan abah dia. selain tu, danieL dah ada 6 batang gigi, 4 kat atas, 2 kat bawah. of course, memang kuat menggigit!! lagi.. dia dah pandai hulur barang kat orang (jika diminta), kalau orang buat muncung bibir kat dia, dia akan dengan rela hati menghulurkan puting palsunya ke mulut orang tu, hahahaha.. pemurah betul la anak lelaki saya ni kan?!

tabiat tidur dia semakin mudah diramal. sebelah pagi dia akan mula mengantuk dari jam 9.00 – 11.00 am, kadang-kadang terlajak tidur sampai jam 12 lebih. sebelah petang, dia akan tidur sekitar jam 2.00 – 4.00 pm. pastu, sebelah malam plak sekitar jam 7.30 – 9.00 pm. dah lebih kurang 5 hari danieL dipisahkan daripada buaian elektriknya, sebab skang dia dah boleh tidur sendiri atas tilam, tapi.. dengan bantuan bau ketiak umi dia. hahahaha..

tabiat makan.. ni yang buat saya risau skit ni. dulu ok, tapi sejak cuti raya tu, dia dah start tak nak makan bubur. tapi suka join umi dan abah makan nasi. so, saya berpendapat dia dah bosan dengan makanan yang terlalu lembek. saya pun bagi la dia makan nasi berkuahkan sup. itupun seleranya masih tak begitu memberangsangkan, baru 6 suapan kecil, dia dah mula menggeleng-geleng. huhu.. risaunya kalau berat badan dia menurun. tapi, takpe la.. saya kena bersabar. banyak gak baca kes-kes macam dalam forum. so, I think it’s normal..

o’ya, lokasi kegemaran adalah dapur umi.. sebab di sana banyak pinggan mangkuk yang boleh diketuk-ketuk dan dijadikan barang mainan. kesimpulannya, rumah saya memang tak pernah nampak kemas.  huhu.. but at least, buaian,  baby-walker dan baby-court dia dah di pack dan sumbat dalam stor, luas skit la ruang tamu kami. ermmm.. lepas ni nak kena belikan dia basikal 4 roda la plak.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. pida says:

    sangat suka baca entri ini…! heee =P daniel oh daniel! :’)

  2. adeq says:

    daniel cute ngan baju melayunya..hahha..happy belated betday to u ^^

Leave a Reply