I’m in the room..

tanggal 21 September 2010 adalah hari pertama bilik yang sudah lama tak berpenghuni itu dirasmikan. sunyi… kosong… bosan… memang itu la yang dirasakan. macam tak biasa plak duduk sorang-sorang dalam bilik tu. sebab.. takde kawan nak di ajak mengumpat! hohohoho..

isk isk isk.. insaf la wahai insan…

so, dengan ter-rasminya bilik itu.. sesudah merasa kesunyian selama beberapa hari. eh eh.. macam best la plak! rasa tenang jer buat kerja. game FB kena block pun, tak kesah langsung! waaa.. sungguh produktif! kalau macam ni, boleh la berazam benda-benda baik kan?

azam apa ya?? ermmm.. bekerja dengan penuh dedikasi? hahh?? baru mau berazam macam ni? bukankah ini sememangnya kewajipan sebagai sorang pekerja makan gaji?

hahahaha.. ok la, ok la.. memang sebelum ni agak terpesong skit. so, nak insaf la ni kunun.. tapi, kalau update blog skit-skit, boleh la bah kan??… apapun, no more game, ok?! game main kat umah jer la..

babai Cafe World, babai Tiki Resort, babai Treasure Madness, babai Baking Life, babai Millionaire City.. errgghhh.. banyaknya game yang dah pernah main. huhu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply