dilema seorang anak.. isteri.. dan ibu

yesterday I called my stepma, so according to her, my dad masih di hospital. actually, last sunday, me, hubby and danieL ada datang melawat my dad. I did ask, “bila daddy boleh kuar?”. surprisingly, my dad replied, “nanti kita kuar sama-sama”.

huhh? sama-sama kami, today?

memang la macam tak masuk akal kan.. cos biasanya doctor akan inform awal-awal. bila my hubby asked, “doctor dah bagi ubat ka?”. he answered, “ubat tu di klinik Tamparuli pun boleh ambik”. aiii.. lagi la weird. my hubby wanted to reply more, tapi saya cepat-cepat menyampuk, “nanti kita sendiri tanya doctor k..”

so, kami pun tanya la salah sorang pegawai kesihatan yang ada, betul kah my dad can pulang rumah today? pegawai tu cakap, memang dah boleh pulang, tapi doctor belum bagi ubat dan buat next appointment untuk my dad. doctor hanya akan ada pada Selasa depan, so time tu lah my dad can pulang rumah.

kesian.. dari raut wajah my dad, tergambar jelas kehampaan. mungkin dia memang dah bosan tinggal dalam wad.. atau.. dia tak nak jumpa ustaz tu.

actually, my stepma ada bawa sorang ustaz datang kat wad untuk merawat my dad, cos my stepma percaya yang my dad bukan saja ada high blood, tapi juga mengalami gangguan makhluk halus atau.. kena sihir orang.

honestly, dulu saya pun macam korang gak, tak percaya pada cerita-cerita karut macam tu. tapi, bila dah lihat sendiri keadaan my dad masa dia mula-mula sakit dulu, pendirian saya semakin tergugah. mungkin juga ada makhlus halus yang kacau my dad, tapi.. kalau sihir tu.. ermmm.. sape la yang berhasad dengki kat my dad ni?

so, berbalik pada topik kita, that’s why yesterday saya called my stepma, cos nak tau betul ka my dad dah boleh pulang rumah. balik-balik my stepma bagi jawapan yang sama iaitu “doctor cakap, tengok keadaan daddy. kalau dah ok, baru boleh kuar.” adui.. jawapan terlalu general. tapi, kali ni my stepma juga bagitau yang doctor nasihatkan bila my dad dah pulang rumah, dia tak boleh tinggal serumah dengan my stepma selama 6 bulan. sebab, dia tak suka tengok my stepma ada dalam rumah tu.

what?! 6 bulan?! jadi, sape yang nak jaga my dad? nak tau my stepma jawab apa?!

“naaa.. pandai-pandai la kamu atur macamana nak jaga daddy tu.. dalam masa 6 bulan tu, saya akan balik Semporna.”

atau, mungkin juga maksud tersiratnya, “naaa.. akhirnya saya ada chance nak lepas tangan!”

saya bukan la nak berburuk sangka dengan my stepma, tapi.. bukan kah itu jawapan orang yang dah give-up. memang la saya sebagai sorang anak ada tanggungjawab ke atas my dad, tapi… apa gunanya dia sebagai isteri? saya bukan cuba lari dari tanggungjawab, tapi saya juga sudah punya suami dan anak, tanggungjawab pun semakin bertambah. on weekend mungkin saya boleh temankan dia di rumah, tapi.. weekdays macamana?

dilema.. memang saya dalam dilema!

pastu, my stepma ni plak selalu keluarkan ayat-ayat power dia, “ko mesti ingat, daddy dah banyak berjasa dengan ko.” well, hello…. benda tu saya tau la. sampai akhirat pun saya takkan lupa jasa my dad, tapi.. agak-agak la! adakah dia rasa dengan menjaga my dad 24/7 itu sudah cukup untuk membalas jasa my dad? adui.. saya tak faham la apa maksud di sebalik ayat power dia tu.

ok, sedikit intro mengenai my stepma. dia ni kununnya seorang ustazah yang mengajar kelas KAFA pada setiap hari Sabtu dan Ahad. pekerjaan yang murni kan? malah, kalau bab-bab berceramah @ menembak kelemahan orang, memang dia boleh kuarkan macam-macam hadis dan ayat Quran. dari dulu, saya la bahan eksperimen untuk dia praktis kemahiran berceramahnya itu dan dari dulu juga, saya adalah pendengar setia yang tidak pernah menidakkan apa jua yang dia sampaikan.

ok, sedikit intro mengenai saya plak. saya ni hanya seorang programmer yang dulunya belajar di sekolah agama walaupun hanya separuh jalan. pun begitu, didikan agama yang saya pelajari itu Alhamdulillah mampu menjaga iman dan pendirian saya sebagai seorang muslim. saya tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penceramah agama, tapi.. kalau ikutkan hati, bila-bila masa jer saya boleh tembak my stepma dengan 2 fakta ini sahaja iaitu:

  1. kebersihan separuh daripada iman
  2. syurga isteri di telapak kaki suami

fakta pertama, kalau dia tahu kebersihan itu separuh daripada iman, kenapa dia biarkan rumah berselerak, daki-daki habuk macam dah bertahun-tahun melekat kat lantai? dia cakap, dia selalu penat dan tak cukup masa untuk kemas rumah. errr.. ke mana agaknya masa-masa itu menghilang ya sedangkan, dia hanya bekerja setengahari pada hari Sabtu dan Ahad? pelik kan.. then, dia cakap, dia hanya ada masa menonton tv beberapa jam jer sehari. errr… nonton tv pun jadi isu ker? kalau nak dibandingkan dengan saya, yang bekerja di ofis 5 hari seminggu kemudian melayan karenah anak dan suami di rumah 24/7, saya tak pernah komplen pun tak tengok tv. dan saya masih ada masa untuk mop lantai rumah seminggu sekali.

sepatutnya dia ada lagi banyak masa la sebab tidak punya anak dan sekarang ni plak, dia cakap, my dad tak mau dia buat apa-apa untuk my dad. kesian kan my dad.. urus pakaian dan makan minum sendiri. korang rasa kenapa my dad jadi macam tu? kalau la anda seorang isteri, apa perasaan anda bila suami anda berkelakuan aneh macam my dad? mesti rasa bersalah kan? sebab.. suami anda tak percaya anda boleh jadi isteri yang mampu menjaga makan minum dia. so, apa guna hidup sebagai suami isteri?

fakta kedua, syurga di bawah telapak kaki suami. saya tau, ini memang isu yang sangat kontroversi bila seorang anak sudah menjadi isteri. itu memang satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan, tapi tidak bermakna si isteri boleh mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibubapa. saya akui, saya memang jarang pulang kampung, dalam tempoh 3 bulan, mungkin sekali dua jer saya dapat pulang. bukan kerana tidak mau balik, tapi keadaan yang tidak mengizinkan. yalah, setelah bekerja 5 hari seminggu, hujung minggu jer la masa yang kami sekeluarga dapat berehat, spend time together, kemas rumah dan sebagainya. dan lagipun, keadaan rumah di kampung tu bukan sahaja kotor malah tidak selamat untuk anak kecil seperti danieL. tapi, korang rasa, hanya kerana saya gagal untuk balik kampung tiap-tiap bulan, adakah itu menandakan saya telah mengabaikan tanggungjawab saya terhadap my dad?

and then, saya tak tau kenapa my stepma selalu cakap, “ko jangan lupa, daddy sudah banyak berjasa.” apa sebenarnya yang dia nak? dia nak saya balas balik jasa-jasa itu? macamana? tinggal bersama-sama my dad 24/7? sediakan makan minum dan pakaian my dad 24/7? macam tu ka? jadi, apa la guna dia jadi isteri my dad?

ok, sedikit intro mengenai my dad. saya rasa, dalam dunia ni, saya la orang yang paling memahami my dad. kalau buat kuiz mengenai my dad, memang saya sorang la yang akan dapat markah 100%. sebab saya la satu-satunya orang yang telah tinggal bersama my dad selama 25 tahun. saya tau sangat yang dia sangat-sangat mementingkan isu kebersihan dan saya akui, saya sendiri pun dah terdidik untuk menjaga kebersihan. yalah.. 25 tahun tinggal bersama-sama my dad, mesti la terkena tempias skit kan?..

err.. balik-balik isu kebersihan?! memang nampak kecil kan, tapi not for my dad, ok. mungkin sebab tu la my dad tak nak my stepma urus makan minum dia. dari dulu pun, dia memang tak nak my stepma cuci pakaian dia, saya juga la orang harapan. tapi bila saya sendiri dah berumahtangga, tak sangka my stepma langsung tiada peranan sebagai seorang isteri.

kesian gak la kat my stepma kan?.. saya faham perasaan dia, sebab saya pun sorang isteri gak. tapi, saya tak faham bila dia suka-suka jer nak balik kampung, tinggalkan my dad sorang-sorang kat umah. amboi amboi.. berlagak bujang nampak! memang la my dad ada anak sendiri, tapi anak-anak dia pun masing-masing dah ada keluarga sendiri, sepatutnya dia la yang perlu bersama-sama dengan my dad 24/7 kan? bukan kah syurga dia di telapak kaki my dad? dia tak ingat ka?? atau.. buat-buat lupa?..

dah banyak saya membebel, bukan untuk mengaibkan sesape, tapi untuk renungan kita bersama. benda ni membuatkan saya terfikir apa akan jadi pada saya di masa tua nanti? sekarang saya hanya ada sorang anak, tapi sorang jer pun, dah cukup untuk menghabiskan 24 jam sehari yang saya ada. saya tau, my dad pun rasa benda yang sama semasa membesarkan saya dulu. dan saya juga tau, my stepma tak pernah rasa apa yang saya rasa sebagai sorang ibu. mungkin sebab tu dia selalu kuarkan ayat power dia tu.. sebab dia tak tau, actually sebagai ibubapa adalah tidak wajar untuk mereka mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak mereka.

come on la, skang bukan lagi zaman batu. dari detik lahirnya anak ke dunia ini, dari detik itu la bermulanya tanggungjawab kedua ibubapa terhadap anak itu, dan bukannya dari detik itu la bermulanya tanggungjawab anak terhadap ibubapa itu. saya tak tau samada mesej saya ni sampai kat korang, but I’m trying my best. pada saya, cukup la kalau ibubapa itu buat yang terbaik untuk membesarkan anak-anaknya serta memberikan pendidikan agama dan duniawi yang cukup, selagi si anak tidak lupa pada Tuhan, Insya-Allah si anak tidak akan lupa pada ibubapanya. walaupun tidak dapat bersama 24/7, yang penting anak itu tau jalan pulang.

apapun, ini cuma pendapat saya dan saya sangat-sangat mengharapkan pendapat korang. sesungguhnya, dari malam hingga ke siang, dari siang hingga ke malam, saya asyik tertanya-tanya, adakah saya ni anak yang lupakan jasa ibubapanya?

p/s: kalau betul la dia tergamak tinggalkan my dad dalam masa 6 bulan tu,  jangan harap saya nak dia balik semula ke rumah tu! erggghhh…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Kakak onong says:

    Actually, saya pun ada ber ‘sms’ dgn mak tiri on last few days utk tanya khabar dady. dan saya juga tau pasal ‘6 bulan’ tu. Saya tanya ‘kenapa doktor cakap mesti tinggal berasingan selama 6 bln?’ Mak tiri jwb ‘utk keselamatan diri dia sendiri. nanti keluarga di kiwoi tolong tengok2kan dady. Mak tiri akan tinggal di rumah abang dia di kk.’ Lepas tu diakhir sms dia cakap, apapun ujian kita harus tabah menghadapinya. Manusia merancang Allah yg tentukan segalanya.’ Saya pelik apa maksud disebalik kata2 akhirnya itu.
    **saya simpulkan sendiri, walaupun dia tdk pernah tinggal solat, walaupun setiap kata2 yg dia tuturkan penuh dgn nasihat, dan walaupun setiap perlakuan dia penuh tertib, tetapi sebenarnya sebagai isteri yg taat kpd suami dia tdk akan sesekali tgglkan suami walaupun suaminya sakit. Walaupun dady tdk suka dgn cara mak tiri, tetapi sekurang2nya mak tiri cari inisiatif utk tinggal dirumah saudara terdekat di kampung dady.**
    **saya pula sbg anak, rasa sungguh bersalah kerana duduk berjauhan dgn keluarga di Ranau dan Tamparuli. Tapi, nak buat macamana lagi, jodoh saya dengan org Pahang. Kini beranak 3 org. Walaupun sbg surirumah, 24/7 itu tdk memadai. Tengok tv? curi pandang adalah… tapi masa utk membersihkan rumah, membasuh kain, memasak, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan mentua..dan sebagainya… termasuklah melayari internet saya masih mampu lagi meng’arrangekan’ masa. Sepatutnya mak tiri tidak perlu wujud perkataan TIADA MASA, kerana dia tiada anak.**
    **Insyaallah saya akan pulang di Tamparuli**

  2. ibumadeeha says:

    huhu.. thanks, kak. komen yang sekurang-kurangnya meringankan beban di kepala walaupun tidak dapat menyedarkan perempuan itu. erghhh..

Leave a Reply