cuti yang bukan cuti

Disclaimer: entri kali ini ditulis dalam dialek sabahan. harap maklum..

apply cuti di FB, ramai plak yang mengaku jadi bos. kalau betul-betul kan bagus..

kunun hari ni saya ambik cuti semata-mata mo bersihkan rumah yang sudah tunggang terbalik. mula-mula tu mo juga tunggu sampai hari 6, tapi setiap kali saya nampak rumah saya kotor, sakit tul hati saya! last-last, saya ambik keputusan minta cuti.

ingatkan kemas rumah tu boleh la siap dalam masa setengahari. belum apa-apa, sudah pasang angan-angan mo pi Giant lepas siap semua kerja, dalam jam 4.00 pm gitu. skalinya, sampai jam 5.30 pm pun belum siap bah. huhu…

  1. lipat kain
  2. cuci kain
  3. tukar cadar tilam
  4. kemas dapur
  5. kemas ruang tamu
  6. kemas bilik tidur
  7. iron baju-baju kerja

ni lah kunun saya punya goal hari ni, macam simple jak kan, lagipun rumah saya bukan la besar sangat. tau-tau, sampai list no. 6 jak saya sempat buat. mo sambung iron baju malam ni, tapi saya betul-betul pancit sudah, kehabisan tenaga. huhu.. nda sangka bah, banyak sudah sawang bergantungan di syiling rumah saya ni, kipas pun berhabuk. tu la yang bikin lambat siap tu. padahal kami baru ja masuk rumah ni bulan 5 yang lepas.. kalau macam ni, 6 bulan sekali mo kena apply cuti untuk kasi bersih rumah kan? waaa.. macam apa jak.

anyway, si danieL pandai berjalan sudah. lama sudah dia cuba-cuba mo berjalan bah tu, tapi baru setapak dua, sudah give up. kemarin kak shila bukan main excited lagi kasitau saya, “si danieL pandai berjalan suda”, dia bilang. saya rileks jak la sebab saya memang tau dia pandai berjalan setapak dua. skali petang tadi, waaaa… betul-betul dia pandai jalan sudah oooo… mula-mula tu 3 langkah jak, pastu.. dia boleh jalan dari rak kasut sampai meja tv, mo lebih 5 langkah juga tu. good job, danieL! umi and abah so proud of you!!

p/s: amacam post saya dalam dialek sabahan? ok jugak ka? boleh faham jugak? adui.. kesian kawan-kawan yang dari semenanjung sana, mesti pening-pening lalat baca entri ni. tapi, ok jugak bah kan, mana ada macam bahasa Indon, seperti yang si Luca Lucas tu cakap. anyway, sebagai menghormati kawan-kawan lain, nda boleh la saya selalu blogging dalam dialek sabahan, nanti lari peminat-peminat saya. aiseh, perasan!! macam la ada peminat.. o’ya, sebelum tu, saya mo tanya pembaca-pembaca yang mengaku sabahan ni, kamu sudah dengar tu KKFM 91.1? adui.. kenapa kamu belum dengar?! siok tu.. saya ni nda la juga terlampau free sampai ada masa mo dengar radio, tapi setiap kali pulang dari kerja, memang ni lah channel yang saya buka, so ter-dengar juga la kan, nda la saya keboringan time-time jalan jammed. best bah plak.. hehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. East Dust says:

    Hi lola..waaa..ada blog x cakap pun..hehehee…sorry lambat reply reQuest kat chat box tu..east try cari..new album ke?

  2. Kakak onong says:

    Memang… kalau mengemas rumah tdk akan pernah cukup satu hari. Malah boleh bring forward to tomorrow lagi tu. Apalagi kalau ada anak kecil yg baru dpt kaki. Sikit2 kau kena jaga dia takut jatuh. Wah… bestnya Daniel sdh boleh jalan. mmmm… bilalah aunty boleh balik peluk dan cium kau ni. Abby, kirim kodut jak lah sama si Daniel kio! Si Irzzan baru kemarin pandai meniarap sendiri. Balik2 dia usaha akhirnya dapat. Kalau tdk dpt dia menangis kepenatan. Kasian… Mentua ckp jgn sesekali tolong dia tiarap. Nanti sampai besar minta tolong orang jak tu tdk mau berdikari sendiri.

Leave a Reply