where is my maid?

where is she?… where??!… already fired lorrr..

actually, memang tak sampai hati nak berlaku kejam dengan orang terutama orang susah macam my maid tu, tapi.. keadaan sudah tidak dapat diselamatkan lagi. tak dinafikan, dia memang sorang maid yang rajin, banyak pengalaman.. tapi, bermula sejak 3 bulan lepas, dia semakin kerap ambik emergency leave. bila dia cakap, dia sakit. saya tau dia tak tipu sebab boleh nampak dari muka dia yang pucat lesi. tapi.. kalau selalu sangat emergency leave, kami macamana? terpaksa la emergency leave gak kan? dan situasi ini memang tak sihat untuk pekerja yang berdedikasi macam kami ni. hahaha..

so, dengan hati yang berat, kami terpaksa la buat keputusan ini.

skang ni masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kerja-kerja rumah. kalau ikutkan hati, memang tak nak pecat maid tu.. sangat-sangat dalam dilema. mulai dari saat ini, setiap kali nampak rumah bersepah, hati berbisik, “huhu.. maid dah takde. semua ni saya yang kena buat.”

bak kata orang, saya skang sedang mengalami perubahan hidup. mujur la danieL dah besar sket. tapi, kalau sikap mengada-ngada dia tu menyerang, adeh.. abah dia pun dia tak nak pandang, nak umi jer. anyway, saya tau, semua ni adalah cabaran hidup yang harus di tempuh. waaa.. sungguh bosan ayat ini.

ermmm.. napa blog ni semakin terabai ek??..

hahaha.. tiba-tiba lak tertaip soalan cepu emas tu.

esok kita semua beramai-ramai akan mendengar pengumuman tarikh bermulanya puasa. selamat berpuasa kawan-kawan sekalian. huhu.. sedih, time-time nak dekat puasa la plak terpaksa fired orang. ingatkan boleh la buka puasa sama-sama dengan maid, tapi.. dia dah takde kat rumah. sedihnya.. betul ka apa yang saya dah buat ni?!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply