salam Ramadhan..

mesti ramai yang sudah terjeling-jeling ke arah jam skang ni.. dan mesti ada yang sudah tidak berdaya untuk meneruskan kerja-kerja opis yang sejak awal pagi cam tak reti nak setel! hahaha.. kalau bukan anda, saya la tu. alhamdulillah.. puasa hari ni takde la berat sangat, mungkin sebab tak berapa sehat, so nafsu makan tu takde la melampau-melampau. tapi, rasanya esok suara saya yang lunak ni akan hilang. hahahaha…

kehidupan selepas takde maid? memang sedikit mencabar tapi.. masih boleh bertahan la. nak tak nak, saya kena disiplin kan semula diri ini yang sudah sekelian lama bermalas-malasan. nak tak nak, saya terpaksa memegang watak utama dalam drama Queen Control. huhu.. kesian la kat sesapa yang menjadi mangsa terutama my hubby sendiri. tapi, apa boleh buat kan.. kalau takde kerjasama, masing-masing buat kerja sendiri.. bukan la namanya suami isteri kan?

kemarin ada gak member bagi informasi tentang amah yang nak cari kerja. mula-mula tu memang rasa teruja, tapi bila fikir-fikir balik.. ermmm.. nanti-nanti la kut. rasanya bulan Ramadhan ni banyak memberi ruang untuk saya arrange balik masa saya untuk keluarga dan kerja-kerja rumah. mana tau, lepas Ramadhan saya dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan baru ni kan?

selamat berpuasa semua.. perbanyakkan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan ini dan hindarkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa. semoga amalan kita diterima Allah hendaknya. amin..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply