Atoz dah kembali..

bestnya Ramadhan! selain daripada fadhilatnya yang banyak, kita juga boleh balik awal dari ofis kan? hehe.. lebih-lebih lagi bila Atoz suda kembali ke pangkuan sejak kemarin (klik sini sekiranya anda belum baca mengenai kes accident si Atoz)

tepat pukul 4.15pm tadi saya bergerak keluar dari UMS, kemudian straight ke Giant Kolombong untuk shopping juadah berbuka puasa. tak sangka pukul 5.10pm saya sudah sampai di rumah. skang ni masih menunggu my hubby dan danieL sampai. kalau korang nak tau, skang my hubby masih drive keta Kancil bapa dia. so memandangkan Kancil tu takde sape nak pakai, my hubby’s family cadangkan kami yang pakai sebab kami cuma ada sebuah keta, sedangkan jarak tempat kerja saya dan my hubby agak jauh. actually, takde la jauh sangat UMS tu, dalam lebih kurang 13++ KM jer, tapi kalau jalan jammed.. huhu, nak lebih sejam gak baru sampai rumah.

punya dua keta, sape kata tak membebankan? memang sangat-sangat membebankan dari sudut kewangan. orang-orang kaya pun selalu berpesan, selagi anda belum mempunyai 2 buah rumah, jangan sesekali membeli keta yang kedua. means, beli rumah tu lebih berbaloi la daripada beli keta. tapi, nak buat camna, disamping terpaksa menolong my hubby’s family, sekurang-kurangnya saya dan hubby pun takde la asek kelam-kabut nak pulang balik dari kerja. win-win situations la kiranya. walaupun ada dua keta tu membebankan dari sudut kewangan, tapi ia juga banyak membantu menjimatkan masa.

memandangkan sudah ada 2 keta, saya dan hubby pun dah bersetuju untuk atur semula jadual perjalanan kami. setiap pagi, my hubby yang akan hantar danieL ke rumah Kak Shila, kemudian lepas habis kerja, dia gak yang akan ambik danieL memandangkan tempat kerja dia paling dekat ngan rumah Kak Shila. saya plak akan drive sendiri ke tempat kerja dan bila pulang, tak payah tunggu my hubby ambik macam selalu, so boleh la sampai rumah sebelum pukul 6.00pm. hehe.. I loike!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply