susu formula untuk daniel

setelah dua minggu berturut-turut kami gagal membeli susu Snow Brand dari supermarket2 yang berdekatan kerana kehabisan stok, jadi kami berhasrat nak tukar jenama susu daniel. bukan apa.. menurut pekerja kat supermarket tu, dorang pun dah lama order stok baru tapi tak sampai-sampai. ermmm… malas la nak tanya lebih-lebih kan, mujur hari Khamis lepas my hubby berjaya gak beli 4 tin susu Snow Brand dari supermarket yang agak jauh, tu pun menurut my hubby, tinggal beberapa tin jer lagi yang tinggal.
kalau korang nak tau, every month kami akan beli 5 tin susu Snow Brand untuk daniel sebab dia akan habiskan kelima-lima tin ni dalam masa sebulan. so, nampaknya bulan depan proses pencarian akan bermula lagi. kalau memang dah tak boleh dijumpai, terpaksa la kami tukar susu kegemaran daniel. huhu.. nak tukar ni pun bukannya kerja senang tau.. 
mula-mula dulu, pernah bagi daniel minum susu Anmum dan Dumex, tapi kedua-duanya tak sesuai bila daniel mengidap kesukaran untuk membuang air besar (aiseh.. ayat bersopan santun). atas nasihat my aunt, kami pun try Snow Brand sampai la ke hari ni. errmmm.. nak tukar susu, harap-harap la daniel dah boleh terima. at least, jimat skit la berbanding susu Snow Brand yang mahal tu. seriously.. saya pun tak sangka susu tu lebih mahal dari Anmum sebab tak pernah pun tengok iklan dia kat mana-mana. baru jer dalam bulan lepas saya dapat tau betapa mahalnya susu Snow Brand.

daniel baru je gi review hari Khamis lepas. berat dia skang 8.2kg dengan ketinggian 72cm. kalau dulu nak ambik ukuran berat, daniel kena baring atas timbangan tu, tapi skang dia tak nak baring, dia nak duduk atas timbangan. hehe… tak lama lagi, nak ambik ukuran tinggi pun tak payah baring, berdiri atas pengukur jer.

hari ni daniel sangat supporting.. umi main internet, daniel tak jeles macam selalu. umi gi toilet pun tak nangis, dah pandai main sendiri. Alhamdulillah.. anak umi semakin lama semakin matang.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. ummu says:

    Askum kak,

    Sayangnya nape tak breastfeed Daniel. Dalam majalah Pa&Ma banyak cerita dan kisah berpengalaman mereka yang bermasalah (samada susu badan tak banyak) or masalah2 lain yang tetap giat berusaha susu badan. Pelbagai situasi tetapi semuanya susu badan. Kerjaya. Terpaksa bersusah payah tukar susu formula ke badan setelah 4 bulan mcm2 lagi

  2. Ibumadeeha says:

    dulu breastfeed sampai 3 bulan jer. pastu, air susu dah habis, lagipun daniel cam tak kenyang jer, asek nak menyusu tak henti2 sampai nak gi toilet pun nak kena berlari sebab kesuntukan masa, apatah lagi kalau nak kuar kerja. huhu..

  3. gage says:

    askum kak,

    saya ada jual susu snow step 1 and 2.murah compared to market prices..nk tahu lbh lanjut blh email saya..fadhlinafilza@gmail.com..

Leave a Reply