nasi dagang Sabah

oh.. hari ni sungguh rasa terharu kerana setelah tiga tahun lebih meninggalkan Kuala Terengganu (KT), akhirnya hari ni saya berjumpa dengan Nasi Dagang. hohoho… jangan rasa heran, kerana sekarang saya berada di negeri Sabah yang mana makanan ini jarang-jarang dijumpai.
mengimbas kembali kenangan di KT, menu pagi kami sentiasa dimulakan dengan makanan-makanan berat seperti nasi dagang, nasi lemak atau nasi kerabu. errmmmm.. saya sangat suka. waktu petang plak, kami akan berkumpul ramai-ramai makan biskut Jacob. mereka-mereka yang sangat dirindui.. Kak Intan, Kak Hada, Kak Sarah, Mira, Redza, Syikin, Izhar, Ain dan Sha. huhu… rindunya..
aktiviti malam selalu makan Western Food kat bistro tepi pantai. western tapi murah tau!! masa ni, ramai sangat member-member yang join melepak, so tak larat la nak mention nama-nama dorang dalam ni.
ok la, berbalik pada cerita nasi dagang.. this is my favourite! nasi kerabu pun ok gak, lebih-lebih lagi kalau berlaukkan ayam atau daging bakar macam kat KT tu, beli kat kedai berasap yer. Terengganu juga terkenal dengan kepok lekor, tapi saya tak baper sangat la ngan benda ni, makan skit jer dah puas. kalau kat kemaman, cari la sata. errmmm.. memang sedap!!
waaa.. tetiba entri pasal makanan plak kali ni yer. anyway, kalau nak tau, nasi dagang tadi tu saya makan kat restoran Abah Angah, Alamesra. mesti nak gi lagi pasni, sebab masakannya semua ala-ala makanan semenanjung. walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi la kan..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

5 Responses

  1. nicole says:

    mana ada nasi dagang kat sabah ahh??

  2. nicole says:

    duk cian….ingat nak pegi sana makan :X

  3. nicole says:

    ahhh thank you….kalau ada terjumpa mana mana bagitau ya…i miss nasi dagang so much!!!

Leave a Reply