Knight and Day 2010

kali ni entri mengenai movie lagi yer. hohoho.. my hubby dah macam ketagih nak kuar tengok wayang sejak tengok The Karate Kid hari tu. saya layan jer lah ketagihannya itu, yang penting dia belanja.
actually, kami pun tak plan nak tengok wayang apa, tapi saja nak habiskan masa bersama tanpa daniel. memandangkan semua movie macam tak berapa best, kami pun pilih Knight and Day atas alasan, pelakonnya yang glamer iaitu Tom Cruise dan Cameron Diaz.
kali ni, saya malas la nak tulis mengenai sinopsis citer tu. bukan sebab tak best, tapi sebab movie tu ala-ala mission impossible cuma ada sedikit babak-babak kelakar diselitkan. Tom Cruise memegang watak sebagai Roy Miller adalah agent perisik yang dituduh berpaling tadah dari kumpulannya, manakala Cameron Diaz sebagai June adalah salah sorang subject yang perlu dilindungi oleh Roy. 
ada gak la part boring dalam citer ni bila June asek-asek nak kena bagi drugs supaya dia boleh pengsan. bila dia dah pengsan tu, aksi lawan-lawan pun ter-skip. jalan citer pun agak pelik dan semacam takde kena mengena ngan tajuk movie. tapi, untuk peminat-peminat Tom Cruise, movie ni masih boleh dikategorikan sebagai Tidak Menghampakan, so boleh la gi tengok ramai-ramai, sekurang-kurangnya terubat gak la kerinduan korang kat mamat macho tu. anyway, walaupun dia dah tua, dia semakin hensem tau!! hahahaha…
p/s: all images are credited to www.imdb.com

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply