good night, sayang..

alhamdulillah.. sedar tak sedar, 3 hari lagi daniel dah genap 10 bulan. dalam jam skang, 10.20pm daniel dah nyenyak tidur. skang ni dah macam-macam benda daniel pandai buat.
walaupun sikap manja dan mengada-ngada daniel semakin lama semakin menjadi-jadi, tapi umi tak pernah rasa bosan melihat karenah daniel. mungkin tak lama lagi daniel dah boleh berjalan sendiri, sebab skang ni tengah training berdiri tanpa sokongan. kadang-kadang pandai minta puji plak tu.
aktiviti makan, daniel paling suka makan oat + prune. tapi, sebelah malam ada sedikit mencabar nak suapkan makanan ke mulut daniel. umi kena lebih kreatif daripada daniel, tapi kadang-kadang tu umi kalah gak lah, terpaksa layan permintaan daniel yang tak nak makan, nak susu jer.
minggu lepas umi terpaksa hantar daniel ke rumah auntie shiela, so sebelah petang bila umi datang ambik, auntie shiela cakap, daniel ada sedikit meragam, tak nak bagi auntie shiela gi jauh skit dari daniel, nak minta gendong je, kesian kat auntie tak sempat nak masak tengahari. pastu, pagi tadi pun terpaksa sekali lagi hantar daniel ke rumah auntie shiela, tapi dalam perjalanan ke rumah auntie, umi balik-balik pesan jangan kacau auntie buat kerja ya.. kali ni umi bawakan mainan untuk daniel supaya daniel boleh main sementara auntie buat kerja rumah. daniel memang anak yang dengar cakap, sebab tadi auntie bagitau umi, daniel good boy jer hari ni, tak meragam langsung. mmmmuuuaaaahhhh… sayang daniel!! macam ni lah anak umi!!
tadi daniel main sorang-sorang lagi, kesian umi tengok. daniel merangkak-rangkak sampai dekat rak kasut, pastu duduk kat tepi rak kasut. eh.. tinggi daniel dah sama ngan rak kasut 3 tingkat tu lah. huhu.. tak sangka begitu cepat masa berlalu. pakaian daniel pun dah banyak yang tak boleh dipakai sebab saiz kecil, so skang ni umi tengah ketagih shopping baju-baju daniel. suka la tu sebab dapat banyak baju baru!! 
walaupun skang ni daniel tengah tidur kat bilik, umi rasa rinduuuuu sangat kat daniel. pasni umi nak gi tidur gak tapi sebelum tu, nak cium pipi daniel puas-puas. good night sayang, mmmuuuaaaahhhh…..
love,
umi & abah

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. pidanazzura says:

    Wah wah.. mimang sgt comel Daniel dari hari ke sehari (actually, mmg comel pun! hehe) sy rasa ni 1st comment sy di blog ko wlupun sbnrnya sy follow setiap entri2 yang ada (skema bagai heh) neway, bila sy baca semua entri ko espeseli categories: Abraham Daniel ni, sy bole jadikan ko 'ibu yg betul2 madeeha' harus dipuji (serius) ^_^

  2. Ibumadeeha says:

    hehe.. yakah pida? bah, tengkiu la kalau macam tu. ><

Leave a Reply