The Karate Kid 2010

Transformer: Revenge of The Fallen (July 2009) adalah wayang terakhir yang ditonton sebelum lahirnya daniel. errmm… nak dekat setahun gak tak kuar gi tengok wayang kan? tak sangka kemarin dapat peluang keemasan untuk tengok citer The Karate Kid kat GSC 1Borneo. actually memang tak buat perancangan awal pun, tapi disebabkan my maid bermalam kat rumah kami, so kami pun ambik kesempatan untuk balik lambat. huhu.. sorry daniel, lewat 3 jam jer ekk..
citernya bermula apabila Dre Parker, 12 tahun terpaksa mengikut ibunya yang dipindahkan ke Cina atas urusan kerja. biasa la, bila berada di tempat baru yang jauh dari kampung halaman (Detroit), dia mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri. lebih-lebih lagi, dia sering di buli oleh sekumpulan budak samseng yang diketuai oleh Cheng. budak ni plak merupakan ahli kelas kung fu dan belajar di sekolah yang sama dengan Dre. ini membuatkan Dre hidup dalam ketakutan dan mahu balik ke negara asal.
hidupnya berubah selepas menghadiri lawatan ke Taman Larangan, setelah Mei Ying menyuruh dia menyentuh tombol-tombol keemasan yang terdapat di pintu taman tersebut. menurut Mei Ying, sesiapa yang menyentuh tombol tersebut, hidupnya akan beroleh tuah.
suatu hari, semasa dia sedang dibuli teruk oleh Cheng dan konco-konconya, Mr. Han (dibintangi oleh Jackie Chan) datang menghentikan pertengkaran tersebut. bermula dari detik itu la, Dre berminat untuk mempelajari seni kung fu dari Mr. Han. pada mulanya Mr. Han tidak berniat untuk menjadi sifu kepada Dre, dia hanya mau menolong Dre untuk berdamai dengan Cheng. tapi, setelah melihat sendiri bagaimana Cheng dan rakan-rakannya dilatih oleh guru kung fu yang memberi ajaran sesat iaitu menggunakan kung fu untuk membelasah musuh tanpa belas kasihan, Mr. Han berubah fikiran. dia membuat perjanjian dengan guru kung fu berkenaan untuk menemukan Dre dan Cheng di Kejuaraan Kung Fu yang akan datang, dengan syarat kehidupan Dre tidak diganggu sebelum tibanya hari perlawanan itu.
Dre dikejar oleh sekumpulan samseng yang suka membuli
aksi romantik Dre dan Mei Ying semasa menyaksikan pertunjukan wayang kulit
sesi latihan pertama, Dre datang dengan semangat yang berkobar-kobar. tapi, alangkah kecewanya dia apabila dia hanya diarahkan untuk buat 4 pergerakan ni secara berulang-ulang iaitu 1) buka jaket 2) pakai jaket 3) campak jaket ke lantai  4) sangkut jaket. setelah beberapa hari menjalani latihan yang sama, Dre semakin bosan. dia mula meluahkan rasa tidak puas hati kepada Mr. Han dan pada masa tu lah, Mr. Han mengajar seni kung fu yang sebenar. baru lah dia faham, rupanya semua pergerakan yang dia lakukan ke atas jaket tersebut adalah kung fu.
sesi latihan pertama yang sungguh membosankan. 
matlamat sebenar latihan tersebut ialah untuk mengubah tabiat buruk Dre yang suka membiarkan jaketnya di atas lantai. ini juga mengajar Dre agar tahu menghormati orang lain.
semakin hari, sesi latihan Dre semakin mencabar, sehinggakan dia dipaksa mendaki The Great Wall of China. dia juga berpeluang minum air dari Telaga Naga. menurut Mr. Han, sesiapa yang minum air dari telaga berkenaan, tiada siapa yang boleh menandingi kekuatannya. sehingga tibanya hari perlawanan, Mr. Han menghadiahkan Dre sepasang baju kung fu berwarna putih. Dre datang ke perlawanan tersebut dengan hati yang berdebar-debar.

Cheng, ketua samseng yang suka membuli
Dre melangkah naik dari peringkat terbawah sehingga lah ke separuh akhir. masa tu Dre kelihatan sangat ketakutan dan masih tidak yakin dengan kemampuannya. maklum lah, peserta-peserta yang lain sudah menjalani latihan bertahun-tahun lamanya, saiz badan Dre plak agak kecil dan kurus berbanding peserta-peserta lain. 
semasa di peringkat separuh akhir, untuk berdepan dengan Cheng, dia perlu mengalahkan sorang lagi peserta yang juga berasal dari kumpulan yang sama dengan Cheng. guru kung fu yang jahat menyuruh peserta tersebut mencederakan Dre seteruk mungkin, supaya Dre mudah dikalahkan oleh lawan seterusnya iaitu Cheng. seperti yang diarahkan, paha kanan Dre bengkak teruk akibat dibelasah oleh peserta tersebut. ini mengakibatkan peserta tu terkeluar dari perlawanan dan Dre dilarikan ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
ibu Dre dan Mei Ying turut datang ke bilik tersebut, tetapi Dre meminta supaya dorang keluar, mungkin sebab tak nak Mei Ying nampak keadaan dirinya yang kesakitan. doktor menasihatkan agar Dre menarik diri daripada meneruskan perlawanan, tapi Dre meminta supaya Mr. Han cepat-cepat sembuhkan kecederaan yang dia alami menggunakan ilmu rawatan tradisional. Mr. Han tidak setuju kerana baginya, Dre sudah buat yang terbaik dan Dre tidak perlu memenangi kejuaraan tersebut. Dre masih berkeras dengan keputusannya dan tidak mahu mengalah. akhirnya Mr. Han minta supaya Dre bagi alasan yang kukuh kenapa dia masih mahu meneruskan perlawanan. Dre menjawab, “.. because I’m still scared.” alasan inilah yang mampu membuatkan Mr. Han berubah fikiran.
Dre masuk semula ke gelanggang perlawanan setelah menjalani sesi rawatan tradisional yang ringkas. dengan kaki yang tempang, semangatnya tidak patah. guru kung fu yang jahat semakin risau apabila keputusan terkini adalah Dre, 2 dan Cheng, 1. ini bermakna, hanya tinggal 1 mata lagi untuk mengumumkan Dre sebagai pemenang. sebelum meneruskan perlawanan, guru kung fu yang jahat sempat mengarahkan Cheng untuk patahkan kaki Dre yang sudah cedera tanpa belas kasihan. seperti yang diarahkan, kaki Dre patah akibat tumbukan yang kuat dari Cheng. Dre jatuh ke lantai dan seolah-olah tidak mampu untuk bangun semula. markah sekarang adalah seri 2-2.
penonton bersorak bagaikan tak percaya bila Dre perlahan-lahan bangun dengan bantuan kaki kanannya sahaja. Mr. Han juga terkejut apabila Dre mula membuka langkah kung fu semacam ular yang tidak pernah diajar olehnya. menurut Mr. Han, sesiapa yang boleh menguasai kemahiran itu, orang tu boleh mempengaruhi pihak musuh melalui pandangan mata. pada masa tu, Cheng sudah separuh sedar akibat khayal dengan pandangan mata Dre. sebaik sahaja lonceng mula dibunyikan, Cheng dikejutkan dengan pekikan suara dari guru kung fu yang jahat dan dengan serta merta menyerang Dre tapi Dre sempat mengelak dan melayangkan satu tendangan ke kepala Cheng. Cheng rebah ke lantai, Dre plak masih dalam keadaan  tak percaya apabila diumumkan sebagai juara. yeaahhhh…
aksi kung fu semacam ular
so, kawan-kawan yang belum berkesempatan tengok movie ni, pergi la tengok. this is a MUST watching movie! Jaden Smith memang mewarisi bakat lakonan dari bapanya, Will Smith. lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan pelakon yang tak asing lagi, Jackie Chan. takde sebab untuk kamu tak tengok movie ni. hehe..
p/s: all images are credited to www.imdb.com

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply