tak peduli.. nak complain gak!!

ni adalah berkenaan ngan attitude sorang staf kat office saya. actually dia ni kawan lama my hubby, so memang tak sanggup nak memburuk-burukkan dia, tapi apa boleh buat.. saya tetap nak share kat sini, sebagai pengajaran untuk kita semua.
well.. ni jugak adalah berkaitan dengan kerjaya saya sebagai programmer. sape yang tak pernah membangunkan sistem/ software atau tak pernah owned something yang boleh dikategorikan sebagai ‘copyrighted’, memang takkan seberapa faham perasaan-perasaan yang tercetus sebelum entri ini di post kat sini.
citernya begini..
masa mula-mula masuk kerja kat sini, saya dah diberikan portfolio untuk jaga sistem surat menyurat yang diberi nama Sistem A (bukan nama sebenar). sistem ni telah dibangunkan sepenuhnya oleh kawan lama my hubby ni, tapi memandangkan portfolionya dah berubah, so saya la yang ditugaskan untuk ambik alih sistem lama dia tu.
kalau nak citer pasal sistem tu.. ermmm.. memang boleh dikategorikan sebagai sistem yang sangat simple. sistem ni di buat atas kehendak bos yang mana bertujuan untuk mengagihkan surat-surat rasmi secara online, kemudian sender boleh memantau tindakan yang dilakukan ke atas surat berkenaan. ini jer la requirement yang ada semasa sistem ni mula dibangunkan oleh si dia.
tapi bila saya dah mengambil alih sistem tersebut, requirement baru semakin lama semakin bertambah, termasuklah e-filing. kalau sistem tu dibangun menggunakan script yang tersusun dengan struktur database yang teratur, takpe.. tapi.. malangnya, tengok kandungan direktori pun dah boleh tau sistem tu memang sistem copy and paste. maksud saya, sistem ni dia ambik dari sistem orang lain, pastu dia delete/ add apa yang patut semata-mata nak bagi sistem tu jalan as required. tapi baaanyaak bendasing lain yang dia tak buang dari sistem tu, so akibatnya, dalam sistem tu mengandungi 300 lebih PHP files, padahal sistem bukan la sebesar mana pun. databasenya pun ada 8 tables yang di create tapi tak dipakai langsung dalam sistem. pendek kata, sistem ni tak fully touched-up sebelum diguna pakai.
dari segi performance pun memang sangat mengecewakan. memang lah pengguna masih boleh terima/ hantar surat, tapi sungguh limited. maksudnya, sebelum sistem ni dibangunkan, si pembangun sistem tidak mengkaji sistem dengan lebih terperinci dan tidak berfikir panjang. tapi, ada hati nak promote kat orang lain untuk gunakan sistem ni. bila dah ramai orang yang pakai, lagi banyak lah permintaan yang perlu dipertimbangkan, betul tak? so akhirnya, setelah lebih kurang 4 bulan mengkaji sistem ni, saya ambik kata putus untuk buat re-development.
memang dah lama terfikir nak buat re-development, malah dah berkali-kali discuss benda ni dengan bos, tapi semangat tu cam takde sebab sistem orang lain, malas lah nak kacau. tetiba bos arahkan untuk buat 1 lagi sistem baru untuk diintegratekan dengan sistem ni. biasa la saya ni, kalau buat sistem, mesti nak perfect dari semua sudut. nak ade interface yang cantik, nak ade struktur database yang teratur, nak ade modul yang sistematik.. kalau semua ni tak lengkap, memang takde semangat nak buat programming. sebab tu lah dengan serta merta saya buat keputusan untuk re-develop the old system. tapi, time tu plak bos tengah bercuti, so saya hantar emel jer lah, just to officially inform yang saya dah nak start jalankan perancangan saya yang dah lama tertangguh tu. kandungan emel saya adalah seperti berikut:

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya bercadang untuk membangunkan semula Sistem A atas sebab-sebab berikut:

  1. Ada bugs yang berstatus unknown iaitu kadang-kadang pengguna tidak dapat membaca file PDF yang di scan, sebab sistem gagal menyimpan file tersebut di dalam direktori yang sepatutnya.
  2. Banyak script yang sudah obsolete (outdated) terutama di bahagian security control. Ini menyebabkan sistem boleh di hacked (sekiranya ada yang berniat jahat).
  3. Struktur database yang kurang sistematik menyebabkan proses pemantauan dan agihan tindakan sangat terhad.

Pada pendapat saya, sistem ini perlu dibangunkan semula secepat mungkin memandangkan permintaan daripada J/S/P/I/U untuk sistem ini semakin bertambah. Ia juga perlu dibuat sebelum boleh diintegrasikan dengan sistem “What to do” yang bakal dibangunkan. Dengan itu, tempoh masa pembangunan yang saya perlukan adalah selama sebulan iaitu mulai hari ini 07hb Jun 2010 hingga 07hb Julai 2010.

saya hantar emel ni untuk bos pertama dan kedua, dan cc kat si pembangun sistem, sebagai makluman supaya nanti dia tak terkejut beruk bila sistem tu dah berubah wajah.

tak lama pastu, mamat tu call dan tanya pasal emel saya tu. dia nak kepastian, betul ke saya nak bangunkan semula dalam tempoh sebulan jer? siap perli lagi, cepatnya?? memang dah ade nada-nada cam tak puas hati.

second call, dia dah start nak ‘meroyan’.

saya rasa, emel ko ni macam tak betul la. sepatutnya sebelum ko hantar emel ni, ko kena bincang dengan saya dulu. ni macam ko nak ‘tembak’ saya plak. nanti orang fikir saya ni tak pandai buat kerja

benda ni dah lama saya bincang dengan bos. saya tak terfikir pun nak bincang dengan ko sebab ko pun sibuk ngan portfolio baru ko. saya bukan berniat nak tembak ko, saya just nak inform yang saya dah nak start buat sistem tu. mana ada orang fikir cam tu, semua orang pun tau, time ko buat sistem ni, banyak sistem lain ko nak kena buat gak, sebab tu kelam kabut sket.

ko dah bincang dengan bos? bos ade tak skang?

bos takde.. sebab tu saya hantar emel jer (ceh, nak ngadu ngan bos lah tu! cengeng..)

yalah.. kalau ko hantar emel pun, guna lah ayat yang bagus sket. saya rasa sistem ni tak perlu dibangunkan semula, cuma perlu di ‘struktur’ kan semula.

struktur?? jadi ko rasa itu perkataan yang sesuai? kalau camtu, banyak nak kena ‘struktur’ ni.. (hohohoho.. saya pun tak tau dah nak cakap apa kat mamat ni. macam nak kena gi ambik tuition Bahasa Melayu plak ngan dia..)

yalah.. kalau ko, ko bangunkan sistem, pastu orang lain bangunkan semula? ko suka ker?

suka.. dan gembira sebab orang dah tolong upgrade sistem saya.

tidak.. ko tak tau lagi macamana perasaan sebenarnya. sebagai contoh: hari tu ada kes PPTM buat semula fail meja PPTM lama, bukan main marah lagi PPTM lama tu tau!

(err.. apa kaitan?) kita sekarang bercakap pasal sistem la. semua orang pun tau, mana ada sistem yang bertahan sampai berkurun lama. asal namanya sistem, mesti nak kena upgrade. ko orang IT, ko patut tau benda ni. ko patut open dalam bab-bab camni, tak payah lah ko nak sensitif sangat.. be professional.

ya, saya tau.. tapi ayat tu.. ayat dalam emel ko ni macam tak betul. kalau ikut hati, saya boleh marah-marah balas emel ko ni.

nak balas, balas la..

tapi saya tak nak la buat macam tu. ko sepatutnya bincang dulu dengan saya sebelum ko hantar emel macam ni.

ok la, saya minta maaf sebab tak inform ko dulu, sebab saya fikir, ko sepatutnya fokus pada portfolio baru ko yang lebih kritikal tu, dan lagipun benda ni memang saya dah discuss ngan bos. jadi, saya rasa, apa-apa update mengenai Sistem A pasni, tak payah lah saya cc kan kat ko lagi kan?

eh.. tidak.. saya lagi suka ko bagi cc kat saya.. (adeh mamat ni, nak cc kunun, but can’t handle the stress! huhu..)

ok la, bos dah call ni. saya nak bincang ngan dia plak pasni. (trick paling perfect untuk melarikan diri)

lebih kurang cam tu la perbualan kami masa tu. pastu, bos reply emel saya dan bersetuju untuk saya teruskan plan saya tu. bos kedua plak bincang pasal  framework dan macamana nak integrate kan sistem baru tu nanti dengan HRMS. tetiba, dapat plak emel dari si mamat seekor ni..

Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang sedia maklum, saya merupakan pembangun sistem awal untuk Sistem A ini, Oleh itu,  saya terasa bertanggungjawab untuk menjawab beberapa isu yang ditimbulkan oleh Pn.Laurah mengenai Sistem A ini.

  1. Ada bugs yang berstatus unknown iaitu kadang-kadang pengguna tidak dapat membaca file PDF yang di scan, sebab sistem gagal menyimpan file tersebut di dalam direktori yang sepatutnya.
    Adalah menjadi tanggugjawab pembangun sistem sekarang untuk membetulkan mana-mana bugs yang ada di sistem Sistem A ini.
  2. Banyak script yang sudah obsolete (outdated) terutama di bahagian security control. Ini menyebabkan sistem boleh di hacked (sekiranya ada yang berniat jahat).
    Disebabkan sistem ini dibangunkan pada tahun 2008 menggunakan framework PHPBB. Oleh itu framework security untuk sistem ini adalah sedikit ketinggalan dan sepatutnya menjadi tanggugjawab pembangun sistem sekarang untuk membaiki framework yang sedia ada.
  3. Struktur database yang kurang sistematik menyebabkan proses pemantauan dan agihan tindakan sangat terhad.
    Struktur Sistem A dibangunkan berdasarkan permintaan pada waktu tersebut (penggunaan !@?**!? sahaja), jadi tidak hairanlah jika struktur database ini tidak relevan lagi untuk menampung permintaan dari JSPIU lain yang mempunyai struktur kerja yang berlainan. Walaubagaimanapun, saya yakin dengan hanya menstruktur database di dalam sistem, Sistem A yang lama akan dapat menyelesaikan masalah ini.

Akhir kata, Saya amat mengalu-alukan pembaikan atau pembangunan semula mana-mana sistem di !@?**!? ini kerana ianya akan dapat meningkatkan kualiti dan keupayaan sistem agar dapat diterima bukan saja oleh warga !@?**!? mungkin juga kepada masyarakat luar amnya. Tetapi saya berharap mana-mana teguran kepada pembangun sistem yang lama biarlah berlapik agar kita dapat membina jambatan kerjasama yang lebih profesional di antara kita.

wahh.. itu la dia emel yang dihantar oleh sasterawan baru kita. hohoho… sorry la tuan, saya ni orang IT, tak seberapa expert dalam bab-bab ‘mengayat’ ni. anyway, kalau saya nak reply emel ni, boleh jer.. tapi,  malas la nak membesar-besarkan perkara remeh-temeh camni, lagipun emel saya  pun maybe simple jer cam kat bawah ni..

  1. memang pun saya nak bertanggungjawab
  2. justification. memang pun saya bertanggungjawab.. tak faham bahasa ke?
  3. err… another justification yang memakan diri sendiri.

dia sangka saya nak ‘tembak’ dia, sedangkan emel dia ni lah yang sebenarnya menembak diri dia sendiri. huhu.. kalau betul la saya berniat nak tembak dia, maybe lebih 10 point saya nak tulis dalam emel tu. tapi, tak kesah lah, kalau dia rasa tenang buat camtu, teruskan lah..

selepas kejadian ni, saya sempat muhasabah diri. apa perasaan saya kalau orang lain ubah sistem saya? eLeave.. Sukau Reservation (SuRe).. Backpackers Operating System (BOS).. eDiary.. ePetty-Cash.. kesimpulannya, memang tak kesah!! tak bagitau saya pun takpe, yang penting saya dah ada backup sistem asal, so that bila orang tu buat silap, dia masih boleh refer kat saya, tapi saya tak fikir pun orang tu akan buat silap, sebab kalau orang tu berani ubah sistem saya, orang tu sepatutnya lebih hebat dari saya. tapi.. mulai hari ni saya kena berhati-hati sebab tak semua orang berfikiran macam saya. ada gak orang yang rasa dunia ni macam nak kiamat bila ada orang berani ubah sistem dia, walaupun sistem tu tak letak nama dia “Copyright by …”. sungguh sedih orang ini..

p/s: Jim Rohn said, “stop complaining if you can’t do anything about it.” So, I think, I have the right to complain so that I can do something about it.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. needa says:

    setuju dengan pendapat puan..sistem ni makin lama makin obselete…xyah nk terguris lebey2 bila ada org sanggup nk upgrade sistem kite…kan?kan? hihihi

Leave a Reply