daniel got flu.. huhu..

untuk pengetahuan korang, ni first time daniel got flu. sebelum ni dia memang tak pernah sakit. kalau demam selepas injection tu, pernah la tapi sekejap jer. ermm.. memang musim selsema ke skang ni? atau.. disebabkan kejadian dua hari lepas?
citernya begini.. petang jumaat lepas, me and my hubby mengalami the worst experience ever. huhu.. dah lah hujan, jalan banjir, kereta Tiara yang kami pinjam dari mentua tu plak buat hal. memang sebelum ni dia dah pernah menunjukkan simptom-simptom nak overheat, dan dah pernah hantar workshop pun, tapi ntah kenapa penyakit tu datang semula.biasa la, kereta lama, memang banyak penyakitnya kan? so, kami la yang menjadi mangsa. sekejap-sekejap, kami terpaksa berhenti di tepi jalan, sebab nak sejukkan enjin. orang belakang pun dah naik angin sebab tak puas hati ngan cara pemanduan my hubby, sedangkan actually kereta tu yang bermasalah.
bila tengok jam dah pukul 6.15 pm, saya pun called my maid kat umah. hajat hati nak bagitau yang kemungkinan besar kami lewat pulang, tapi my maid plak bagitau, petang tadi, selepas mandi, daniel muntah semasa sedang tidur dalam ayunan. so daniel dimandikan semula sebab badan dia kotor terkena muntah. bila dengar citer tu, saya dah rasa tak sedap hati, tapi untuk pendekkan citer, saya malas la nak tanya lebih-lebih.
sampai rumah, daniel dah mula bersin berkali-kali.
sebelum tidur, daniel nampak ok jer. tetiba dalam lebih kurang jam 12 tengah malam, dia menangis seolah-olah kesakitan. normally, dia nangis tu sebab cari puting yang dah terlepas dari mulut, tapi kali ni agak pelik, berkali-kali saya sumbat mulut dia dengan puting, dia tetap nangis and throw away the puting. aikk.. pelik gak, mengigau ke apa?
strategi kedua, my hubby angkat daniel dan bawa kuar dari bilik, baru la dia berhenti menangis. ermmm.. mengigau la kut. tetiba mood nak main dia datang, so terpaksa la layan karenah dia dalam lebih kurang sejam, tu pun, selepas bagi susu, baru dia nak terlelap semula.
tak sampai sejam, the same story happened again. daniel menangis meronta-ronta tak nak puting. kali ni saya plak yang angkat dia dan baru la saya perasan dari cara dia bernafas, macam ada benda tersumbat kat hidung. masa tu lah jugak saya tau daniel dah kena selsema. so, sepanjang malam tu lah tidur tak nyenyak.
keesokan harinya, kebetulan mentua nak datang rumah. dorang pun risau gak bila dapat tau daniel selsema. kami memang nak bawa daniel ke klinik secepat mungkin, tapi disebabkan si Tiara tu bermasalah, terpaksa la tunggu mentua sampai, sebab nak tumpang kereta dorang. sementara menunggu, hingus daniel semakin banyak dan menganggu pernafasan. nak tak nak, saya terpaksa sedut lelendir tu dengan menggunakan mulut saya sendiri. bueekk.. memang tak sedap!!
pukul 2.30 pm, kami dah sampai kat The Kids Clinic, recommended by kak rina. memandangkan kami takde buat appointment, kena lah tunggu sampai turn yang terakhir. Dr. Terry Huang bagi penjelasan yang panjang lebar mengenai selsema. adeh.. selama ni tak pernah plak dengar penjelasan sebegitu detail mengenai selsema.. well, memang la infomasi yang berguna untuk parents yang baru setahun jagung cam kami ni. hahaha..
so, doctor kasi 3 benda jer untuk kurangkan selsema daniel. as per her, takde ubat yang boleh meghilangkan selsema, ubat yang ada hanya la untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa selsema. let’s go through one by one okay..

penyedut hingus – alat bantuan untuk mengeluarkan hingus dari hidung daniel. daniel benci sangat ngan benda ni, tapi umi saaangat suka dan saaangat ketagih menggunakannya. hahahaha.. pantang nampak hingus daniel mengalir skit, cepat-cepat ambik alat ni. ya, kita kerjakan hidung daniel!! miahahaha.. caranya ialah dengan menyedut hingus daniel menggunakan mulut tapi melalui tiub yang disediakan. macam minum air kotak la. errmm.. sedap?!
iliadin (decongestant nasal drops for infants) – benda ni di pakai dengan cara menitikkan dua titik cecair ke dalam hidung daniel. memang saangat mencabar untuk menggunakannya sebab kalau nak pakai, kena pastikan posisi daniel dalam keadaan terlentang dan posisi semacam ini lah paling dibenci oleh si daniel. tapi, tak kira!! nak tak nak, kena tembak gak cecair tu tepat-tepat ke dalam hidung dia. tujuannya supaya penghasilan lelendir hingus dapat dikurangkan.
allavin plus expectorant – ubat ni adalah untuk mengurangkan batuk. diminum sebanyak 1.5ml, 3 kali sehari selepas makan/ menyusu. daniel takde la suka sangat ngan ubat ni, tapi boleh la.. asalkan target 1.5ml tu tercapai.
ubat demam tak diberi sebab daniel takde demam. lagipun ubat demam dari klinik masih banyak dalam fridge. as for today’s record, pagi tadi baru kasi dia makan ubat batuk. alat penyedut dan iliadin tu tak pakai lagi, sebab hingus daniel macam dah berkurangan. hopefully, esok dah ok la kut. tapi, walaupun daniel selsema, aktiviti bermain dan minum susu masih normal. Alhamdulillah… cuma, tidurnya saja yang terganggu bila dia dah mulai batuk-batuk dan muntah susu + kahak.
p/s: hari ni terpaksa ambik cuti emergency sebab nak jaga daniel. dan lagipun kereta dah masuk workshop awal pagi tadi. kalau boleh siap hari ni, esok kerja la saya cam biasa. kalau tak siap, macamana ek?!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. March 8, 2011

    […] korang tengah rajin dan berminat nak tau dengan lebih lanjut, boleh baca entrinya di sini dan di sini ya. tapi, saya tau korang tidak la serajin yang disangka kan, so saya akan tolong summarized kan […]

Leave a Reply