cerita di sebalik tabir.. rumah baru..

mesti ada yang tertunggu-tunggu entri pasal rumah baru saya kan. hehe… tak habis-habis ngan perasaan syok sendiri!! anyway, mesti ada gak yang dah tau kami officially masuk ke rumah baru tu awal bulan lepas, or to be exact, 9th May 2010. mesti ada gak yang berbisik dalam hati.. waaa.. bestnye dia dah dapat beli rumah baru!!
huhu.. sebenarnya kawan-kawan.. ia tidak la semudah yang anda sangkakan.
bukan la sengaja nak memalukan sesape tapi just nak share supaya kita boleh ambik pengajaran daripada cerita ni. orang kata, sharing is caring??
ok la, tak perlu melalut panjang..
proses pembelian bermula dengan proses pencarian. macamana kami boleh tertarik nak beli rumah tu? entrinya ada di sini yer. so proses pembelian bermula dari September 2009. see… itu la pentingnya letak cerita-cerita penting dalam blog. hehe..
Living Room

hujung September tu jugak kami dah prepare semua documentation yang diperlukan, dah agree dengan harga rumah iaitu RM 150K. pada awalnya, tuan rumah nak jual RM 155K, tapi memandangkan kami yang beli, iaitu bakal biras sendiri, dia jual RM 150K jer. harga ni lah yang kami persetujui dan dibincangkan bersama dengan agent dari Public Bank. tapi setelah puas membuat research tentang home loan, kami akhirnya decide nak buat loan kat HSBC. kami juga dah sedia maklum bahawa tujuan rumah tersebut dijual adalah kerana tuan rumah tu nak beli rumah double storey. so pihak penjual membuat proses menjual rumah dan membeli rumah baru secara serentak. kami assumed takde problem berbangkit la kut sebab memang dah sedia maklum, tuan rumah ni anak orang kaya.

kemudian, surat perjanjian jual beli ditandatangani pada hujung October 2009. sepatutnya dah takde apa-apa yang pending dari pihak kami dan pihak penjual kan? Dalam January 2010, my hubby kata permohonan loan kami dah diluluskan. wahh.. gembiranya!! dah tak sabar-sabar nak masuk rumah baru. tapi, permohonan loan dari pihak penjual pulak yang ada masalah sket. tak tau la pasal apa, kami tak terfikir plak nak ambik tau lebih-lebih kan? so, kami bagi peluang kat dia untuk selesaikan proses pembelian rumah dia tu sampi March 2010. sementara tu, kami masih terus menyewa di rumah lama.
tak tau la apa cerita yang timbul semasa proses nak keluarkan loan dari bank. apa yang saya dengar dari my hubby, dorang minta supaya loan dari pihak penjual diutamakan terlebih dahulu supaya bila dah kuar loan tu, dorang masih ada masa untuk renovate rumah baru dorang sebelum March 2010. bagi kami, tak kesah la kut yang penting kami dapat masuk rumah baru kami on that month.
Living Room to Dining Area

tapi tunggu punya tunggu, sampai April 2010 pun kami masih terus menetap di rumah sewa. menurut pihak penjual, pihak developer belum bagi kunci rumah baru kat dorang. dalam masa yang sama, proses pengeluaran loan kami pun terpaksa ditunda sebab agent dari HSBC tu mendahulukan loan dari pihak penjual dahulu. yang konfiusnya, agent ni pun tak dapat bagi alasan yang kukuh kenapa dia tak dapat selesaikan kedua-dua loan tu serentak. kalau betul la loan dorang dah kuar, kenapa dorang masih tak dapat kunci rumah baru dorang?

rupa-rupanya.. pihak penjual ni yang belum jelaskan semua bayaran yang sepatutnya. kununnya, dorang nak tunggu loan rumah kami tu kuar dulu, baru la dorang ada duit lebih untuk bayar rumah baru dorang. tapi dalam masa yang sama, dorang cakap, dorang tak nak masuk rumah baru tu sebelum proses renovation selesai. 
what?! gila ke aper?! that’s mean, kalau loan kami dah kuar, baru la dorang dapat kunci rumah baru dorang dan baru la dorang boleh buat renovation. so, bila kami nak masuk rumah baru kami? sedangkan, kalau ikut perjanjian, rumah tu dah secara rasminya menjadi hak milik kami sebaik sahaja loan kami masuk ke account dorang. 
Kitchen

well.. kami bukan la nak menambahkan beban kewangan yang dorang hadapi, tapi dorang pun kena la consider gak ngan keadaan kami. kami dah bagi peluang supaya loan dorang diutamakan dahulu dari bulan January hari tu. takkan la sampai bulan May 2010 pun dorang masih tak boleh fikir macamana nak selesaikan problem dorang tu?! nak tak nak, my hubby terpaksa berkeras supaya dorang kuar dari rumah tu sebaik sahaja loan kami dikuarkan iaitu hujung April 2010.

awal May, dorang masih gagal memenuhi kehendak kami, atas alasan, dorang baru dapat kunci, so rumah baru masih berhabuk, grill tingkap dan pintu pun tak pasang lagi, memang tak sesuai untuk menjadi tempat kediaman manusia. kami pun tak sampai hati la nak bertindak kasar sebab kami dah anggap dorang tu macam keluarga sendiri. so, my hubby bagi peluang seminggu jer lagi untuk dorang stay dalam rumah kami  tapi, mengikut perbincangan asal, dorang bersetuju untuk bantu kami bayar 50% daripada sewa kami di rumah sewa selama dorang masih stay dalam rumah baru kami. nasib baik, tuan rumah sewa kami tu pun masih bagi pertimbangan untuk kami terus menyewa di situ walaupun hanya seminggu. mujur la belum ada penyewa baru kan?

sebab tu lah, secara rasminya, kami masuk ke rumah baru kami pada 9th May 2010. janji tinggal janji, sesen pun dorang tak bantu untuk bayar sewa rumah kami selama seminggu tu. kununnya.. harga sebenar rumah tu adalah RM 155K, tapi dorang dah bagi diskaun RM 5K kat kami. 

adeh.. ni lah sikap manusia, dulu cakap lain, skang cakap lain. macamana la dorang nak hidup bahagia kalau asek nak jadikan orang lain mangsa keadaan? dorang tak sedar kah, atas sikap dorang yang camtu la, proses pembelian rumah baru dorang tu menjadi rumit. kununnya salah agent HSBC, salah lawyer.. padahal semua tu berpunca dari diri sendiri. kalau dah tau tak mampu beli rumah besar, beli la rumah yang sesuai dengan kemampuan. kalau dah tau tak cukup duit, buat la renovation bila duit dah cukup.
anyway, saya bukan nak menunding jari kat sesape. semua ni pengajaran, kami pun bukannya expert sangat dalam bab-bab membeli rumah, malah ni lah pengalaman pertama. walaupun prosesnya mengambil masa lebih kurang 9 bulan, tapi tak kesah la, banyak pengalaman berharga yang telah dilalui. so, lain kali bila nak beli double storey, senang sket sebab dah tau selok-beloknya.
yup.. tu lah perancangan kami skang ni. apartment ni sebenarnya hanya langkah permulaan. orang kata, beli rumah ikut kemampuan, camtu gak dalam membeli barang-barang dalam rumah. that’s why, kami tak beli perabot-perabot mewah, rumah kecil, beli lah perabot yang comel-comel kan? nanti, bila masa dah sesuai, Insya-Allah, kami nak beli rumah double storey plak dan jadikan apartment ni sebagai aset.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. May 22, 2012

    […] tu, urusan pembelian pun bermula. actually, ini adalah pengalaman kedua kami beli rumah, tapi rumah pertama dulu apartment jer la kan. walaupun dah dua kali buat benda sama, tapi pengalaman yang kami lalui […]

Leave a Reply