buaya yang tak makan manusia?..

pernah tak korang dengar citer tentang buaya yang tak makan orang? buaya darat? hehe.. yang tu paling suka makan orang tu! hohoho.. saje jer bagi tajuk yang tak berkaitan. actually, kali ni nak update tentang lawatan kami kat Taman Buaya, Tuaran pada 6 Jun lepas. kami tak plan pun nak gi sana, tapi sebab mentua dah ajak, so jalan jer lah.. mentua saya ni pun sejak kebelakangan ni, suka sangat melawat kat tempat kami. mentang-mentang lah rumah kami tu luas sket berbanding rumah lama, pastu dah ada bilik khas untuk tetamu, semakin menjadi-jadi la hobi jalan-jalan dorang tu. alasannya, rindu kat daniel. biasa la.. daniel kan cucu dan cicit pertama, sebab tu jadi kesayangan atuk dan nenek.

ini lah dia.. buaya yang hanya mampu ternganga untuk makan angin. hohoho…
aksi stunt, berdiri di belakang buaya
lagi aksi stunt, berbaring di atas badan buaya.
jangan nak memandai-mandai meniru aksi ini di rumah, sebab rumah korang takde buaya.
aksi romantik, mencium mulut buaya, muaaahhhh!!
selepas tengok persembahan memandikan buaya, kami pun masuk ke dewan untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional plak. ehh.. yang bukan dipersembahkan oleh sang buaya yer..
huhuh.. tembamnya orang tu!!

daniel sudah penat, kasi susu dulu la..

buaya yang entah berapa lama terkurung. 
lihat pada pandangan matanya, penuh dendam yang membara.
buaya ni dipenjara sebegini atas sabit kesalahan memakan seorang manusia kat Sungai Kinabatangan.
aaa.. yang ni baru la buaya-buaya yang bebas di taman.
yang ni pun masih bebas, jangan ko makan orang dah lah, kang masuk penjara plak!!
burung unta?! errr.. apesal ada lak burung ni kat sini? spesis buaya gak ker?
ooo.. maybe yang ni burung unta yang masih hidup, perlu digemukkan lagi untuk santapan sang buaya. hehe..
buaya pura-pura tidur sebab mulutnya tak ternganga. cam tu ker?
air yang tenang, jangan disangka tiada buaya…
daniel.. takutnye buaya..
adeh.. pegang daniel erat-erat. takut jatuh lak kat bawah tu.

buaya kat bawah, sedang menunggu mangsa.

hoho.. berdiri tegaknya orang tu, macam nak nyanyi lagu kebangsaan jer.

tapi, yang ni lagi la berdiri tegak macam askar!! semua dalam keadaan ketakutan.

ni lah dia mentua saya, tak sanggup berpisah dengan daniel. asek nak berkepit jer.

pasangan abang ipar dan isterinya, they are having fun too!

buaya yang di muzium kan sebab dah banyak berjasa menjadi penarik beca. hoho..

muka daniel ketakutan.. ingatkan buaya betul!!

adedeh.. umi dan abah memang takde chance nak bergambar dengan daniel jer sebab
bapa tak nak lepaskan cucunya.

wah!! hebatnya buaya ini!!

apa kata kita naik ramai-ramai!!

ok lah, dah nak balik dah..

babai buaya-buaya sekalian…
jangan tertipu oleh sang kancil lagi yer..

Leave a Reply