tragedi malang penuh pengajaran..

tragedi berlaku pada 24 May 2010, pukul 7.55 am, di simpang tiga jalan nak masuk masjid UMS. kalau tengok dari gambar jalanraya di sebelah ni, kami datang dari jalan sebelah kiri anda, iaitu jalan lurus dari roundabout UMS. tiba-tiba sebuah motorsikal keluar dari simpang kat depan tu (jalan berbukit skit) dengan laju merempuh keta kami yang time tu sedang membelok ke kanan.
boom!! bunyi keta di rempuh, kemek.. memang tersangat la malang. entah macamana motorsikal tu dengan selamba jer langgar keta kami sedangkan my hubby memang dah pastikan jalan depan dan simpang tu dah clear, kemudian bagi signal ke kanan sebelum membelok.
so, ini lah keadaan keta kami yang telah kemek. nasib baik student yang bawa motor tu tak cedera. tapi memang nampak sangat dia dalam keadaan ‘kekejutan’ yang teramat sangat. dia cakap kat hubby dia memang laju sebab kelam kabut nak gi punch card, dia kerja part-time as pembantu makmal. tapi, yang bikin geram, my hubby pun cool jer, tak marah2 or cari kesalahan sesape. dia just discuss camna nak repair keta and motor tu. last-last dorang decided nak claim insurans, tapi sebelum tu nak kena buat police report.
memandangkan kami dah takde kenderaan, terpaksa la minta pertolongan daripada ofismate yang baik hati. dalam masa yang sama, dorang jugak jadi saksi kejadian. memang semua orang berpendapatan budak tu yang salah, tapi ntah kenapa my hubby tu jer yang nampak tenang dalam situasi camtu. so saya assumed, maybe dia pun masih dalam keadaan ‘kekejutan’.

saksi kejadian, termasuk la my big bos
tak sangka proses membuat repot memakan masa lebih setengah hari. thanks to Kak Rina, Adi dan Azwan Alleh for your kindness. korang gak la harapan nusa dan bangsa. malangnya polis trafik yang bertugas tu berpendapat kami yang salah dan dengan selamba jer kuarkan saman kat my hubby, sebelum datang ke tempat kejadian. 
kami ada gak la cuba mempertahankan diri, tapi time kami sedang bercakap, time tu jugak la dia sedang mengisi borang saman. ishh!! memang sakit hati tul! tak tau nape time tu kami tak terfikir nak gunakan backup dari Bahagian Keselamatan UMS, sedangkan sebelum tu kami dah buat repot kat sana, dan menurut Pegawai Keselamatan UMS, memang student tu yang salah. dia yang sepatutnya berhenti sebelum keluar dari simpang.
lebih dua jam berpanas menunggu polis trafik datang ke tempat kejadian. huhu.. betul-betul mencabar keimanan. bila dia dah sampai, baru lah dia sebok-sebok nak marah kat student tu. dia kata student tu sepatutnya ‘bertimbang-rasa’ kat pemandu lain yang nak masuk ke simpang. tapi, walaubagaimanapun saman tetap kena kat kami sebab kununnya kami tidak memberi peluang kepada pemandu yang berada di lorong kanan. adeh.. ape punya polis!! kalau ada duit lebih, boleh jer bawa kes tu ke mahkamah. dan kalau la kami yang menang, for sure nak suruh polis tu letak jawatan. cess!!
apapun.. semua ni pasti ada hikmahnya. walaupun pahit, semua ni kena lalui juga, sebab saya tau pasti ada orang yang hidupnya lebih malang jika dibandingkan dengan tragedi kami ni. rasa dikhianati? memang ada gak la skit.. tapi berserah jer la pada Tuhan kerana Dia yang lebih tahu. kalau betul la kami telah dikhianati, pasti orang yang mengkhianati tu akan menerima balasan yang setimpal.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. p i d a says:

    Baru terbaca ini entri. Sakit hati tul saya baca ni! Kin panas tu polis, eeiii… geram pulak saya ! Tapi x pala. cerita tahun lepas kan hikhikhik. Hikmahnya, ada suda tu persona elegance kan ekekeke.. Dan kamu selamat time tu :’)

  2. ibumadeeha says:

    ya.. tepat sekali! kalau bukan kerana tragedi malang ni, setiap pagi kami adalah saat-saat yang kelam kabut. mana lagi mo hantar danieL p rumah pengasuh dia, pastu 2 kali lagi mengadap jammed. sebelah petang, lain lagi ceritanya. huhu… syukur dah ter-beli persona.

Leave a Reply