Is it ‘dada’ or ‘tata’?

huhu.. sepanjang hari ni takde access ke internet. punya la tensen!! jeles jer tengok member sebelah tersengih-sengih tengok facebook dorang. owh, sungguh mencabar keimanan!! sudah puas saya restart laptop, tukar port, repair ip address.. masih takde connection. yang peliknya, masuk local website ok jer.. email dari luar pun masih boleh download.. tapi bila nak surf internet luar, tak dapat!!

arghhh.. tensen!! betul2 confuse. kenapa boleh jadik macam ni? nak kata laptop ni dah kong, tak leh gak sebab semalam ok jer internet connection dia kat umah. nak jer saya gi jumpa staf kat bahagian infra tu, orang yang incharge bahagian network, mana la tau dorang dah block ip address saya kan? tapi, rasanya cam tak patut lak dorang buat gitu. lastly, saya mbik keputusan untuk bersabar. mungkin hari ni saya memang tak diberi kesempatan untuk buat kerja. duduk buat bodoh jer la.. tenangkan fikiran.. pandang desktop yang berwarna hitam, dihiasi dengan sekeping gambar muka daniel.. beserta motivation quote: when you’ve got something to prove, there’s nothing greater than a challenge..

pastu, browse gambar-gambar daniel.. boring giler la!! harap-harap esok ada la internet connection yer…

anyway, memandangkan saya ada banyak masa skang ni, biar la saya berceloteh panjang ya.

ok, regarding the motivation quote on my desktop.. best tak? hahahaha.. kalau korang rasa tak best, saya tetap rasa best sebab memang tu lah yang sedang saya alami skang. biasa la, bila berada di tempat baru ni, berjumpa la dengan orang-orang baru. dorang ni plak tak kenal sape kita, apa kemahiran yang kita ada, sejauh mana kebolehan kita. so, we need to prove something.. and in order to do that, there must be some challenges, right? simple.. still.. you can’t deny it!

kemarin, sepanjang hari packing barang-barang dalam umah, woww!! 10 kotak pun masih tak cukup.. so sampai hari ni pun masih tak siap. sebabnya.. sepanjang hari jugak nonton drama bersiri Chuck yang dah di download dan di simpan dalam laptop ni. dalam masa yang sama, kena plak layan karenah daniel. susu: dua jam sekali. tidor: selang 3 jam, bila dia dah tidor, kena la bergerak dalam mode slow-motion, sebab tak nak daniel terjaga awal. poop: 3 kali sehari, nak tukar pampers, take about 5 minutes sebab baby aktif sangat bergerak. tapi, paling suka time nak bagi baby makan. suke jer tengok mulut daniel mengunyah dengan penuh berselera.

dan kemarin jugak adalah hari pertama daniel sebut perkataan ‘dada’ or ‘tata’.. tak tau la yang mana satu. apapun, itu adalah perkataan pertama yang dia betul2 nampak cam struggling nak menyebutnya. suke sangat tengok muka dia bila sebut that word. good job, daniel!! keep improving.. hehe..

so, malam ni perjuangan untuk packing barang akan diteruskan lagi. hujung bulan ni dah nak kena angkut ke umah baru. saya dah apply cuti, hopefully approve la. tak sabarnya..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply