I managed to make him sleep.. finally..

yes! berjaya gak akhirnya melatih daniel tidur malam tanpa buaian lagu2 atau buaian elektrik. hari pertama menjadi, tak nak la kecoh2 kang esok tak jadi plak. tapi hari ni dah masuk minggu kedua. memula tu memang mencabar gak nak praktis taktik Cry It Out (CIO) tu, rasa risau jer dengar tangisan daniel time2 nak tidur, my hubby lagi la, asek2 nak give-up jer. lama kelamaan tangisan tu dah semakin pendek dan akhirnya dia dah boleh tidur tanpa tangisan. 
lepas bagi dia makan malam, sebelum jam 7.30pm, bagi dia main kejap, pastu jam 8.00pm bawa la dia masuk ke bilik… atau dengan kata lain, memang dah lama tak berkesempatan tengok berita TV3. anyway, masuk bilik jer, dia macam dah tau dah, itu adalah masa untuk tidur.. tapi sebelum tidur, nak kena tahan la tengok aksi dia tergolek ke kiri dan ke kanan, habis 360 darjah dia jelajahi tilam tu. katil dah packing memandangkan daniel dah dua kali jatuh dari tilam, so rasa tak selamat je bawa dia tidur atas katil.
tengah malam plak, dia akan bangun sekali jer, nak susu.. around 2.30am – 4.00am. memang bersyukur sangat dapat anak macam daniel, tak banyak karenah, senang giler la nak jaga. mentua pun dah banyak kali merayu kat kitorang, kununnya nak bawa daniel tinggal ngan dorang cos terlalu senang untuk dijaga.. tapi.. tak nak la.. susah ker tak susah, saya tetap nak jaga anak saya sendiri. hehe..
anyway, saya pun baru jer dapat anak buah baru pada 07th April hari tu. baby boy, anak kakak saya yang skang ni menetap kat Putrajaya. actually due sebenar ialah 30th April, tapi memandangkan kakak saya terkena kencing manis dan air ketuban pun semakin berkurangan, maka terpaksa la dia kena induce untuk bersalin awal. alhamdulillah.. semuanya dah selamat. hari ni baru jer dorang dibenarkan keluar dari wad, sebab doctor masih nak pantau berat badan baby. maklum lah, berat semasa lahir hanya 1.8kg. apapun, saya doakan yang terbaik untuk kakak saya sekeluarga.
Irzzan Syahir, sebijik macam muka papa dia
kerja? nothing much to update. currently sedang berjinak2 dengan penggunaan PHP Framework. walaupun tak suka dan rasa sangat berat hati nak pakai framework, tapi… kena buat la juga. kalau ada kesempatan, nak gak buat framework sendiri. hohoho..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply