agenda-agenda yang tertunggak

wow!! lamanya tak update blog! rindu sangat kat blog ni, tapi apakan daya, masa tak mengizinkan.anyway, tanpa membuang masa lagi, kita teruskan ke agenda seterusnya. ** hahaha.. ni kes tak nak membebel panjang2 la ni.

well, of course la saya tak sempat nak update blog sebab busy sangat dengan kerja dan rutin harian. so, memandangkan banyak sangat cerita2 yang dah tertunda, saya akan campakkan semuanya dalam page ni. selamat membaca!!
#1     Kokoi’s wedding (27th Feb)
kokoi is actually my schoolmate kat SMAKK dulu. memang meriah majlisnya yang diadakan kat area Sembulan. kitorang sampai agak lewat kerana terpaksa menunggu kereta siap di servis. nasib baik bila dah sampai ke majlis tu, ade gak member meringankan tangan untuk bermain dengan daniel, so me and hubby yang kebetulan dah terlalu kelaparan, berkesempatan untuk mengisi perut dulu. tapi tak sangka plak, baby daniel dah berposing dengan pengantin tanpa kitorang. huhuhu..  ade gak la mini reunion sket2, gathering dengan member2 lama kat SMAKK dulu.

#2     my first demo/ presentation (5th Mar)

dah namanya pun first presentation, macam2 persediaan nak kena buat. maklum la, orang baru, kena la tunjuk perfect sket. actually, memang banyak yang saya tak puas hati berkenaan demo tersebut, tapi tak nak komen panjang la. semuanya dah berlalu dan sekarang adalah masa untuk mencari penyelesaian. 
#3     daniel’s clinic review (11th Mar)
first time pegi review tak ambik cuti, tapi skip kerja setengah hari. hahaha.. dah mula belajar langgar peraturan yer.. anyway, yang kelakarnya, time tengah menunggu giliran, tetiba plak black-out. kesian baby daniel, berpanas kat dalam klinik tu. bila dah berpeluh, kulit dia pun mula la bertukar menjadi putih melepak. nurse2 pun macam nak histeria tengok kecomelan dia. hahaha… daniel dah genap 6 bulan dengan berat 7.3 kg dan tinggi 66 cm. next review will be on 10th May, once in two months.

#4     my sister in laws’ wedding (14th Mar)
errmm.. memang satu tarikh yang famous cos banyak gak dapat jemputan kawen on this day. malangnya, kena la prioritize kan pada keluarga sendiri kan. orite, tak nak celoteh panjang. enjoy the pictures…

#5     sambutan Maulidur Rasul 1431H (15th Mar)
wah, skema sangat agenda kali ni. sambutan ni dirayakan kat UMS dengan pakaian seragam yang telah diperuntukkan. errr..jangan heran yer, saya ni masih dalam fasa ‘kejutan budaya’ bekerja sebagai government servant. hahaha..

orite, sekian dulu untuk kali ni. harap maaf kerana cerita dalam bentuk point kerana penulis blog ini sedang mengejar masanya yang terlalu pantas berlalu. anyway, thanks for reading. bulan ni memang betul2 busy. esok dan lusa kena attend kursus kat UMS plak. then, next month busy angkat2 barang untuk masuk rumah baru. hopefully, by May 2010, we are officially stay in our new house. hehe.. memang tak sabar… 

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply