the story of my maid

ok, ok.. seperti yang dijanjikan, mesti ramai yang dah tertunggu2 kan? miahahahaha.. perasannya dia!! ok lah, seperti yang telah di mention kan semalam, hari ni adalah hari untuk daniel gi klinik. huhu.. malangnya, keputusan agak kurang memuaskan. berat hanya naik 200 gram dan ukuran badan hanya naik 2cm. semuanya bermula dengan angka 2. adakah ini kebetulan atau suratan? hohoho..
anyway, memang frust sangat bila dapat tau berat dia cuma 6.9kg, sebab selalunya dia akan naik at least 1kg sebulan. napa ek? nurse ade gak tanya, apsal? baby kurang menyusu ke? bila fikir2 balik, tak perasan plak dia semakin kurang menyusu, malah kalau cek2 entry dalam blog ni, rasanya sebulan yang lepas saya asek komplen daniel kuat sangat menyusu. actually, kadang2 memang dia ada meragam sket la, nangis2 kunun nak menyusu, tapi bila dah buatkan susu, dia minum 2 auns je, pastu nak ajak main, buat muka kekenyangan la kunun. dia senyum2 je sambil gigit2 puting botol susu tu. ermmm.. rasanya perangai baru dia ni baru je bermula.
nurse cakap, maybe nak tumbuh gigi. eh eh… camtu ker? ermmm.. tak sure la plak. yang pastinya, sejak kebelakangan ni, dia agak cengeng dan asek nak menghisap dan menggigit jer. sensitif lak tu.. pantang di tinggalkan sorang2 or dengar suara kuat sket, dah nak start menangis. maybe betul la kut ramalan nurse tu. yang herannya, gusi daniel nampak maintain jer, tak bengkak pun. kalau betul la dia nak tumbuh gigi, ok la tu, meragam sket2 jer.. gusi pun tak payah la nak bengkak sangat2. hopefully la kan…
orait, rasanya entry dah lari tajuk dah ni.. so, back to the topic..
gambar ilustrasi semata2.. itu bukan maid saya. 

tetiba plak terasa nak bercerita sket pasal maid saya kat rumah ni. nama panggilan ~ Ria, bangsa ~ Timor, agama ~ Islam, umur ~ 30 tahun, status ~ berkahwin dan mempunyai sorang anak lelaki berumur 3 tahun. anak dia menetap dengan mentuanya di Indon, pengalaman sebagai pembantu rumah ~ lebih kurang 4 tahun. orangnya memang la rajin dan sangat berbudi bahasa.

actually, pagi tadi, dia datang mengadu, kununnya bapa dia kat Indon tengah sakit skang ni, tapi takde la tenat sangat. dia cuma risau sebab bapa dia asek sebut nama dia. fyi, mak dia dah meninggal dunia selepas melahirkan anak yang keempat. dia cakap, dia memang nak sangat balik Indon tapi husband dia tak bagi sebab kewangan belum mencukupi. saya sebenarnya tak faham apa niat di sebalik luahan dia tu, samada dia hanya ingin berkongsi cerita atau, dia perlukan pertolongan daripada kami, contohnya dari segi kewangan.
untuk menghilangkan perasaan ragu2 tu, saya pun berterus terang jer lah, kalau dari segi kewangan, kami memang tak dapat bantu buat masa ni, sebab kami kena setelkan deposit rumah dulu. dia cepat2 mencelah, dia cakap, dia bukan nak pinjam duit, just nak inform jer. skang ni dorang belum buat keputusan lagi samada nak balik Indon atau tidak. so, saya nasihatkan dia, kalau dorang tak mampu nak balik, call jer lah bapa dia tu. bercakap melalui telefon jer dan terangkan situasi yang sebenar, Insya Allah bapa dia mesti faham.
so, seperti yang telah dirancang, pagi tadi saya dan hubby kuar ke bandar untuk setelkan urusan2 rasmi. tak sangka boleh terserempak ngan mentua kat jalan Segama. dorang ajak lunch sama2, tapi sebelum tu temankan mak mentua shopping kain ela kat area2 situ gak. hahaha.. kerana lama sangat jadi peneman, saya pun terpengaruh gak beli kain. dengan alasan, saya kan dah jadi orang kerajaan, so kena la ada stok baju kurung yang banyak. miaahahahaha…
after lunch, kitorang berpisah dan hubby ajak gi beli IDD Calling Card untuk si Ria. malangnya, card tu dah habis di jual dan kitorang hanya dapat belikan 2 keping kad iTalk untuk dia. tak tau la skang ni dia dah pakai ke belum, harap2 la dia pandai guna bendalah tu. bukan main happy lagi bila dia dapat kad tu dari saya, tapi dia cam ragu2 nak pakai, sebab takde pengalaman. my hubby yang bagi penerangan, hopefully dia faham la.
kekadang terdetik dalam fikiran saya, baik sangat kah saya ni sebagai sorang majikan? orang selalu cakap, jangan terlampau baik ngan pembantu rumah, kang dorang “besar kepala”. tapi.. saya ni memang takde pengalaman jadi majikan kepada sesape dan dah tentu lah tak tau macamana nak berlagak sebagai sorang majikan kan? apa yang saya nampak skang ni, maid saya tu memang sorang yang sangat rajin. semua kerja dia pandai buat sendiri, tak payah nak diterangkan satu persatu. bila sampai rumah, daniel pun nampak happy, bersih.. rumah pun bersih.. kain baju semua dah kemas. pendek kata, semuanya perfect la!!
sebab tu lah, takde sebab untuk saya menjadi sorang majikan yang tak baik untuk dia. dia pun selalu bagitau saya, dia sangat suka bekerja dengan kami. walaupun setiap pagi dia terpaksa bangun awal, naik bas untuk datang ke rumah kami, tapi hati dia sangat gembira. dalam rumah plak, dia sangat selesa bekerja. dia rasa bersyukur sangat dapat majikan macam kami. hahaha.. dalam hati, eseh, bangga la tu, tapi kontrol la kan?
anyway, saya harap dia akan setia menjadi maid kami walau di mana pun kami berada suatu hari nanti. actually, saya teringin sangat hubungan saya dengan maid saya ni macam keluarga sendiri. tapi, mungkin masih terlalu awal kan? saya rasa, at least 3 months probation tu perlu ada. hopefully, dia la maid yang kami cari2 selama ni, tak nak dah la tukar2 orang. huhu…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply