my life is much better NOW

esok saya and hubby ambik cuti sebab nak hantar daniel gi review kat klinik, pastu nak gi urus pengeluaran KWSP (Akaun II) untuk bayar deposit rumah. pastu.. nak buat medical check-up untuk bagi kat Pej. Pendaftar UMS. pastu.. nak setelkan semua hutang piutang keta, insurance dll (helooo.. hari ni dah baper haribulan wei?!) pastu.. nak gi groceries shopping, adedeh… banyaknya urusan2 berbangkit. adakah ini dinamakan cuti? sila jawab dalam hati yer..
baru jer tadi perasan barang2 dapur dah habis. hahahaha.. nampaknya malam ni terpaksa la berdiet.. actually, ade gak benda yang boleh di masak, tapi takde selera la makan masakan yang ala2 kadar malam ni. lagipun my hubby belum sampai umah lagi, dia outstation kat Labuan hari ni, so cam takde mood jer makan sorang2. 
baby daniel plak dah tido nyenyak, selepas penat bermain laptop dengan uminya. nyenyaknya dia tidor.. jeles tengok! hahaha.. setiap kali dia tidor, memang terasa nak cium2 jer pipi dia, biar dia terjaga semula, tapi tak sampai hati la plak, kang kena syndrom baby tak cukup tidor kan? so, bila dia dah tidor, saya pun mati akal, tak tau nak buat apa..
hahaha.. dah lama tak rasa perasaan camni.. perasaan free semacam. biasanya tak cukup tangan, mesti ada jer benda nak kena buat. that’s why I said, my life is much better.. at least for NOW. napa yer? maybe sebab dah ade maid yang rajin dan baby daniel pun dah boleh di kawal dengan mudah. ermmm.. tapi bile dah free camni, takde mood gak nak buat freelance. actually, keje2 freelance bertimbun, tapi takde mood nak buat. adeh.. wahai sang mood… bila kah engkau hendak ke mari?
ok la, tak nak membebel panjang. nanti after review, saya update berat dan ukuran terkini my baby daniel yer. anyway, dia dah semakin berat skang, harap2 la tak overweight. sebab tu, last weekend me and husband cuba2 masukkan dia dalam baby walker, mana la tau dia dah boleh main bendalah tu kan? so, takde la asek nak kena dukung. so, pictures taken as below..

 
mesti ada yang terkejut, eh eh.. awalnya baby dia main baby walker. hehe… actually, sekejap jer tu, dalam 3 minit jer pastu, dia nangis nak minta gendong. hahaha.. kesian tengok dia dalam tu, pinggang tak baper kuat lagi, tapi kaki dah boleh tanggung berat badan dia, pastu dia masih tak pandai  adjust pergerakan kaki dia, main hentam kromo jer. hahaha… takpe2, ni lah namanya training.. kan? 
p/s: time2 mati akal macam ni, hati rasa tergaru2 nak main game2 yang ada dalam facebook tu. tapi, tak nak la… alah, jangan la.. tak nak la.. kang tak leh stop lak. tak nak!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply