hari yang indah..

hari ni adalah hari yang indah buat saya. nak tau kenapa? sebabnya.. setelah lebih dua tahun bekerja di Sabah, hari ni adalah hari Sabtu pertama saya tak perlu datang ofis. hahaha… ada sesape yang menyampah ke baca kenyataan saya ni? sorry la ek.. bagi lah saya peluang untuk meluahkan perasaan happy yang teramat sangat dalam blog saya ni. kasihani la saya… kih kih kih…

anyway, disebabkan hari ni adalah hari Sabtu yang sangat indah, berikut adalah aktiviti2 yang sempat di rakam dalam sejarah..


sepanjang pagi – bermain dengan baby daniel

plan kitorang pagi ni simple jer.. nak gi amik cheque and book reading incentive kat company lama. pastu, nak gi Signature (Karamunsing), beli adaptor untuk ayunan elektrik daniel. semalam tetiba jer adaptor tu tak berfungsi, biasa la adaptor, memang tak tahan lama.
sempat posing sebelum bergerak ke bandar

alamak, tak ingat lak nak ambik gambar kat ofis tadi. bergilir2 orang nak angkat daniel.. dia pun relax jer, tak banyak meragam. suke la tu sebab ramai peminat. hehe.. tengahari lunch kat KFC.
my two heroes, baru selesai makan KFC. burrpp… daniel pun nampak kekenyangan

lepas lunch, saya ajak hubby singgah Watson jap, nak beli body lotion and bedak muka atau, dengan kata lain, barang2 kewanitaan. hahaha..
muka daniel yang kebosanan menunggu uminya yang sedang shopping barang2 wanita

sampai rumah dalam jam 2.30 pm, daniel dah tido nyenyak. saya dan hubby pun tumpang tido sekali, tapi tak lama, daniel terjaga. it’s a play time again!! hahaha… begitu lah al-kesahnya hari indah saya with my two heroes.

p/s: harap maaf, kebanyakan aktiviti di dalam rumah tidak dapat di share di sini kerana suasananya yang tidak mengizinkan. hahahaha…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply