di kala hujan jatuh ke bumi…

musim tengkujuh dah bermula. nasib baik la tak kena demam selsema, kalau tak, kesian kat baby, ‘kejangkitan’..
hari ni adalah kali ketiga saya mula driving semula, sejak pregnant bulan ke-4 hari tu. berdebar2 gak. hahaha.. dah la hujan turun tak henti2. petang semalam my maid dah pulang ke rumah dia, so hari ni terpaksa abah yang jaga baby, memandangkan umi dia kerja setengah hari. takpe2.. tinggal 2 minggu jer lagi macam ni, pastu setiap Sabtu dah boleh rehat2 kat umah.

perasaan bila dah ade maid? waaa… best giler lah! semalam, lepas dinner, macam malas plak nak basuh pinggan sebab dah seminggu tak buat kerja tu. hahaha.. ni baru seminggu, kalau dah setahun, tak tau la camne, mungkin berat badan pun bole naik kut. harap2 la tak jadi gitu ek..

driving hari ni, agak mencabar gak, sebab selalunya drive dari rumah, straight ke ofis jer, tapi tengahari tadi, hubby minta tolong belikan KFC, kesian.. baru setengahari jadi babysitter, dah mula mengidam macam2.. so, walaupun hujan, saya nekad gak nak singgah Giant untuk beli KFC. dah lah parking lot pun penuh, terpaksa parking atas tanah yang berlumpur. tengah2 beratur panjang, adik SMS, bagitau dia dah sampai pekan Inanam. alamak.. nak kena gi amik dia plak lepas ni. pekan Inanam tu dah lah jammed almost 24 hours. dugaan..

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. jangan heran yer.. saya ni memang, walaupun dah hampir 3 tahun pegang driving license, perasaan takut tu sentiasa ada. nak kata fobia, takde plak pengalaman ngeri yang pernah di alami. mungkin keturunan kut, hehe…

hari ni buat kek coklat, esok balik kampung, boleh la tapau sket. orait.. sebelum berakhir al-kesah hari ni, kat bawah ni nak share sket gambar saya and member2 kat 1Borneo. bukan ape, bile tengok gambar ni, baru la saya sedar yang saya ni ‘maintain’ rupanya. memang dah banyak kali dengar orang cakap, tapi tak baper sure sebab susah nak nampak badan sendiri, kan? bile dah tengok gambar ni, eh eh.. maintain rupenye aku ek.. hahahaha..

tengok la tu, baby daniel dah tidor nyenyak, umi dia masih syok nak ber-posing. sampai umah kul 10.45 pm, ehehe.. habis kena ‘cuci’ oleh my hubby. alah.. bukan selalu, lagipun member2 semua ni dari jauh, turun KK, sekali sekala boleh la gi outing, kan?

Abraham Daniel is now 4 months old. Things he can do: holds head steadily, can bear weight on legs, coos when I talk to him, turns towards loud sounds, can bring hands together, does mini-pushups, recognizes his parents’ face and voice. I have stopped breastfeeding since 3 weeks ago and started to mix his milk with cereal.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. nor_Syahada says:

    Laura maintain, makin cun! jeles sha. 😉

  2. Laurah Misaha says:

    hehe.. senang jer nak maintain, sha pun bole buat. anyway, thanks…

Leave a Reply