my abraham daniel

the day he was born: it was 10th sept 2009, exactly at 10.35pm. pengalaman bersalin? memang mencabar gak la, mujur ada support dari suami tersayang. the actual due date is on 03rd october 2009. so, bayangkan la.. hampir sebulan ter-awal bersalin. memang tak prepare langsung, nasib baik pakaian semua dah pack dua minggu sebelum tu. ceritanya bermula begini..
seawal pagi, 5.00 am, kebetulan kitorang memang tak terbangun sahur pagi tu. tetiba saya rasa nak terkencing, tapi masa berjalan nak ke toilet tu, rasa macam ade jer benda mengalir kat kaki. bila on jer lampu toilet, baru la nampak cecair merah mengalir dan menitis2 kat lantai. adeh.. ketuban dah pecah rupanya. perasaan time tu? excited dan berdebar2. husband lak, cepat2 bangun dari katil, sedangkan takde sesapa yang kejutkan dia. haha.. macam tau2 jer.

sebelum bertolak ke Hospital Likas, atas nasihat kakak, saya makan breakfast sket. sampai hospital dalam pukul 6.15am, terus masuk bilik penilaian. macam2 soalan yang dorang tanya, saya rasa ragu2 lak, betul ke yang mengalir tadi tu air ketuban. because why? dari bendalah merah tu mengalir sampai la ke detik itu, saya tak rasa sakit skit pun, bila doctor cek, memang belum ada bukaan. huhu.. alamat kena tunggu lama la ni.

lebih kurang pukul 11.00am, baru la di hantar masuk ke wad Kenanga II. time tu mamy dan titi (adik) dari Ranau pun tak sampai lagi. suami lak balik Inanam kejap, nak pass kerja kat orang office sebelum dia ambik Paternity Leave. bosan menunggu atas katil, saya bergerak ke kantin, beli something yang boleh di makan. balik dari kantin, dah mula rasa sakit skit2.

masa melawat start pukul 12.30 tgahari. time tu mamy dan adik dah sampai, husband pun dah balik dari Inanam. walaupun takde selera nak makan, terpaksa gak la sebab takut nanti takde tenaga nak meneran. huhu.. bosannya menunggu. doctor dah bagitau, kalau sampai pukul 10.30pm masih belum bersalin, nak kena suntik dengan antibiotik. kalau sampai esok pagi pun masih belum bersalin, nak kena induced lak. dalam hati tak henti2 berdoa semoga baby cepat2 kuar, tak nak la kena suntik or kena induced.

pukul 7.00pm, masa melawat dah tamat dan doctor sahkan bukaan dah mencapai 4 cm. sepatutnya dah boleh masuk labor room, tapi masalahnya labor room dah penuh. alahai.. kena tunggu turn la plak. takpe2, sabar jer lah.. sakit tu memang sakit, setiap kali ada kontraksi, tarik nafas panjang2, kurang skit la sakit. nurse kata, kalau sakit tu dah tak tertahan, tekan jer loceng emergency. tapi, masalahnya, saya tak tau apakah yang dimaksudkan ‘sakit tak tertahan’ itu. hahaha… rasa takut gak kalau2 terberanak dalam wad bersalin, takde sape nak sambut baby.

dulu masa kursus Father Friendly, nurse pernah bagitau, kalau anak first, biasanya bukaan 1cm nak kena tunggu 1 jam. so, pukul 7.00pm dah 4 cm, saya bajet2 dalam pukul 12.00 tengah malam la kut boleh bersalin. huhu.. kena tunggu lama lagi la. tapi dalam pukul 9.30 lebih tu, saya dah mula rasa ‘sakit yang tak tertahan’ tu. ragu2 gak nak tekan loceng emergency, sebab kalau ikut pengiraan, bukaan baru 6-7 cm kut, kang tak pasal2 kena marah nurse. aahhh.. tak peduli, nak tekan gak.

lepas tekan jer, nurse datang dan terus hantar masuk labor room. syukur.. dah ada bilik kosong. time tu memang dah sakit sangat2, bidan kata bukaan dah sampai 9cm, tapi kena tunggu 10cm gak, sebab ni kes anak pertama. kalau teran awal2, nanti kepala bengkak dan akan koyak teruk. sabar jer la.. time tu, kalau semangat tak kuat, nak tarik nafas pun memang dah tak terlarat. husband di sisi tak putus2 bagi semangat. mulai meneran dalam pukul 10.20pm dan selamat bersalin pukul 10.35pm. alhamdulillah….

baby abraham daniel.. lahir2 jer terus batuk2 skit, kemudian menangis. adui.. comelnye. hanya seberat 2.25kg, maklum lah tak cukup minggu. anyway, tak kesah la, yang penting semuanya dah selamat dan baby lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. alhamdulillah…

Video courtesy from my colleagues ‘Borneo Eco Tours’

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. Mrs Hairina says:

    Congrates laura…. dh abis pantang kan? camne? best?.. same la kes kt mase bersalin tu.. tp ko xyah masuk ubat…natural way.. i loikee… hehe

  2. Laurah Misaha says:

    Thanks Mchye.. aik, dari mana tau blog ni. kih kih kih.. tak sabar nak tengok baby cepat2 besar mcm anak Mchye.

  1. April 17, 2012

    […] Memandangkan ramai kawan-kawan dah mulai bercerita pengalaman bersalin dorang dalam blog, saya pun teringat la jugak pengalaman sendiri. So, sesape yang terlebih rajin tu, bole baca kat sini. […]

Leave a Reply