Kontraksi vs. Gastrik.. LOL

kejadian ni berlaku pada hari kedua dalam bulan Ramadhan. tak pasti jam baper, tapi maybe dalam kul 5.30 am kut. perut rasa pedih sangat, sakitnya plak datang dan pergi. eh.. nak terberanak ke ni? awalnye.. baby baru masuk 34 minggu. errmm.. nak kejut kan hubby ke tak? cian dia.. tak sampai hati lak nak ganggu. so, selagi bole tahan, tahan jer la.. setiap kali sakit tu datang, saya just practice apa yang dah di pelajari dalam kelas Father Friendly.

pukul 5.55 am, hubby terjaga dari tido. time tu la, cepat2 saya bagitau dia perut saya sakit, macam nak terberanak. hubby kelam kabut bangun dan terus masuk toilet (nak bersiap kut…) tetiba, sakit datang lagi, rasa nak termuntah lak. saya cepat2 masuk toilet dan termuntah2.

ermmm.. maybe saya kena gastrik kut. tengok hubby dah nampak tenang sket. dia pun buatkan air susu untuk pulihkan gastrik. lepas minum susu, terus berlari ke toilet, muntah2 lagi. 3 kali minum susu, 3 kali gak masuk toilet. muntah balik air susu tadi tapi warna dah bertukar kehijau2an. hubby kata, kalau warna muntah tu hijau, memang sah gastrik sebab dia memang dah biase kena gastrik time bujang2 dulu.

lepas 4 kali muntah, perut dah rasa ok sket. nak letak ubat angin, tapi tak tau nak letak kat ne, sebab dah tak tau perut kat ne. hahaha… hubby ajak gi hospital, tapi saya cam ragu2, sebab takut lak di paksa beranak bila sampai sana nanti. so, sambil baring2 atas katil, terlelap sekejap.

tak lama pastu, sakit datang lagi. saya cepat2 masuk toilet dan mandi. kali ni, memang dah nekad nak gi hospital. on the way nak gi hospital, dalam keta pun muntah lagi. huhu..

sampai Hospital Likas, terus daftar kat bilik penilaian. doctor Oliver yang merawat saya. ok gak doctor ni, friendly, suka sebut perkataan “sorry..”, padahal kalau nak ambik darah tu, memang la rasa sakit skit, dia tak payah la rasa bersalah. memula tu dorang semua fikir saya memang dah nak bersalin. alah.. bukan kontraksi la. kalau kontraksi, takkan la sampai muntah2 kan?

pukul 12 lebih, baru la selesai semua rawatan. nasib baik takde high blood, kalau tak memang nak kena tahan dalam wad (di paksa beranak). doctor cuma bagi ubat gastrik dan air garam. hubby buka posa dalam jam 6.30 pm, baru la ada selera nak makan skit.

so, moral of the story, jangan la cuba2 menahan lapar untuk ibu2 yang tengah pregnant. anyway, saya rasa, ada hikmah gak kejadian tu berlaku ke atas saya.

  1. buat pertama kali saya merasa rawatan di bilik penilaian tu dan melihat suasana orang2 yang dah nak bersalin.
  2. hahaha.. lebih kurang cam tu ke kontraksi? so, lain kali dah bole prepare la kan?
  3. dah tau dah macamana reaksi hubby kalau tau saya dah nak bersalin. rasanya dia memang dah bersedia..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply