dearest my baby…

minggu ni umur baby dah masuk minggu ke-31. antara perubahan fizikal/situasi yang umi mula alami:
  1. jerawat kat muka umi semakin bertambah. nasib baik kecik2 jer, bole la jugak cover ngan bedak.
  2. baby semakin aktif bergerak. kadang2 kawan2 umi yang pandang dari jauh pun bole perasan perut umi bergerak2.
  3. tendangan baby semakin menyakitkan, mungkin sebab tulang baby dah semakin kuat. tapi, takpe.. umi lagi suka.
  4. baby suka sangat stretch-kan badan dia kat sebelah kanan perut umi. napa gitu? kelakar la.. sebelah kiri tak besh ke?
  5. 2 minggu lepas, selera makan umi bertambah, tapi skang dah kurang2 sket, sebab perut dah tak bole menampung makanan yang terlalu banyak. so umi kena la makan sket2, tapi sekejap je, dah mula lapar balik.
  6. umi semakin cerewet dan kuat komplen. hari tu, tak pasal2 umi marah kat pak guard yang keje kat Giant tu. ermmm.. ni pembawaan baby ke? baby jangan la cerewet sangat yer… cian orang2 sekeliling umi ni kena marah. hahaha…
  7. cincin kawen umi dah tak leh dipakai buat sementara waktu, sebab jari-jemari umi semakin menembam.
  8. umi mesti nak kena tido sebelum kul 9pm. kadang2 kul 8pm, umi dan abah dah nyenyak dibuai mimpi. tak tau la nape abah tu pun mengada2 nak ikut tido awal, padahal bukan nya abah yang pregnant. hohoho… masa start nak tido tu la yang paling mencabar skali bagi umi, sebab umi nak kena adjust betul2 perut umi ngan tilam dan bantal. biasanya umi akan tido mengiring ke kiri atau ke kanan, pastu nak kena letak bantal kat sebelah kiri dan kanan dan di celah kangkang. kalau tak, baby asek nak menendang je.. sempit sangat ke perut umi ni? cian dia.. sebab tido terlalu awal, umi akan terjaga selepas kul 3am. time tu, baby pun dah nyenyak tido, umi lak nak kena paksa mata utk tido semula. kadang2 sampai kul 4.30am baru bole lelap.
  9. hampir setiap malam umi mimpi baby tau. hehe.. baby tak sabar ker.. umi yang tak sabar ni??
anyway, apapun perubahan atau cabaran yang umi alami, umi tak kesah, yang penting baby sehat dan selesa dalam perut umi ni.

love,
umi & abah

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply