it’s been a while…

waaa.. lamanya tak update apa2 dalam blog ni. ntah nape hari ni tetiba jer rasa bersemangat nak post something kat sini. actually the last couple of weeks are not a very good week for me. hari tu saya sempat di masukkan ke dalam wad Hospital Likas, gara-gara kidney infection. tapi tak nak lah citer pasal kesah pahit tu, yang penting semuanya adalah pengalaman berharga sebagai pregnant mom…

so, hari ni nak citer yang best2 jer.. hari ni buat pertama kalinya saya buat review di klinik kerajaan, Klinik Inanam. mesti korang heran nape tetiba jer saya tukar ke klinik kerajaan kan? citer ringkasnya begini… hari tu saya sakit2 pinggang di bahagian belakang, so pegi la jumpa Dr. Sarva. doctor cakap saya kena urine infection, so dia bagi la 3 jenis ubat untuk di makan dan kenakan charge RM 130. balik umah, makan la ke semua ubat tu. lepas tiga hari, sakit dah kurang2 skit, tapi demam masih ada. kitorang try plak berubat cara kampung, sakit berkurang tapi masih demam. 3 minggu jugak saya bertahan, setiap hari demam, last2 saya buat keputusan nak jumpa doctor kat Klinik Kesihatan Luyang.

sampai kat sana, doctor bagi rawatan dan bagitau infection dah sampai ke ginjal. kira dah tahap kritikal la kut. so, doctor buat appointment untuk saya kat Hospital Likas. saya dan hubby pun bergegas la ke hospital tu. sampai sana, jumpa plak ngan Dr. Wong. tak sangka2 tetiba jer dia bagitau saya perlu stay dalam wad. huhu.. nampaknya hari tu terpaksa la saya membatalkan niat saya untuk ke ofis dan hubby pun terpaksa apply emergency leave.

ceh.. tadi kata tak nak citer, tapi dah ter-tulis pun dalam ni. hahaha.. anyway, dipendekkan citer, itu la sebabnya kitorang berpindah ke klinik kerajaan. sebabnya, hubby dah kecewa dengan service dari Dr. Sarva Clinic. bayar ubat jer mahal2, tapi tak berkesan pun. saya duduk dalam wad tu, 3 hari, walaupun keboringan yang teramat, tapi Alhamdulillah.. layanan yang saya terima amat memuaskan dan saya discharge dalam keadaan sihat walafiat. orang kata, better than ever.

so, hari ni first time la buat review kat klinik kerajaan. semua citer2 negatif yang saya dengar selama ni, rupa2nya palsu belaka. mungkin itu dulu, tapi skang sistem dorang dah banyak perubahan. tak tau la nape, tapi tadi saya rasa layanan dorang memang first class punya. macam princess jer saya ni dibuatnya. mungkin sebab tak ramai patients kut, tapi Alhamdulillah.. saya memang puas hati. no regret at all.. jadi boleh la saya buat kesimpulan, kalau betul la layanan dorang tak memuaskan, mungkin itu disebabkan keadaan terdesak yang tidak dapat di elak. dan, saya tak expect, everytime saya buat review kat sana, saya akan dapat layanan sebegitu mesra, sebab saya tau kadang2 keadaan akan jadi agak kucar-kacir. dorang tu pun manusia biasa macam kita kan, kadang2 tahap kesabaran dorang pun akan tercabar dengan karenah2 pesakit yang pelbagai ragam.

yang penting sekali, saya dah benar2 yakin, baby dalam perut ni membesar dengan sehat dan normal. nurse dah check air kencing, tekanan darah, hemoglobin, berat badan, keadaan fizikal saya dan saiz baby.. dan semuanya Alhamdulillah.. teda masalah. hari ni saya kena suntikan Tetanus, sedangkan masa kat private clinic dulu, jangan harap la nak dapat suntikan free. cuma kekurangannya, kat klinik kerajaan tak dapat la nak rekod perkembangan baby dalam DVD. anyway, it’s just a small matter.

o’ya.. minggu ni usia baby dah masuk 24 minggu. kepala dia dah turun ke bawah, so semakin kerap la saya rasa kaki dia menendang2 dalam perut ni. geli la plak.. hahaha.. setiap kali dia bergerak, saya rasa happy sangat sebab saya tau dia jugak happy di dalam tu. ok la, setakat ni jer untuk kali ni. nak rehat ni, penat sangat, kalau baring sekejap gerenti terlelap sampai ke pagi.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. umi athirah says:

    at last kau cerita juga dlm blog. hehehe… so, bila dah bertukar pegi klinik kerajaan lagi jimatlah kan… RM1.00 sahaja termasuk ubat2an. cuma kena tunggu lamalah… Dr Wong di Hospital Pakar Likas tu adalah doktor yang operate saya dulu. He is very nice doctor. Layanan nurse2 pun memang class lah! Oklah, take care… bye

Leave a Reply