if I was a house wife…

it’s been 7 days I didn’t post anything here. hopefully it’s because I’m so caught up with a lot of things to do last week. become a wife and having a full-time job is such a very challenging life for me. yalah.. sebelum ni, hidup membujang, tak pernah pun kesah tentang makan minum sendiri. skang ni bila dah ada suami, stp hari nak kena fikir, hari ni nak masak apa ye?? nasib baik la abang saya tu tak cerewet sangat bab2 makan ni. apa yang ada, itu la yg dia makan dgn penuh berselera. thanks, abang.. you are the greatest husband in the world! hehe..
semalam, ntah nape tetiba je rasa nak makan ketam. actually, memang dah lama kepingin nak makan ketam, tapi asek tahan2 je, sebab ada orang kata, pompuan pregnant tak digalakkan makan ketam. kononnya, ada banyak sebab la, nanti kuar alergik la.. nanti kang baby lahir kuat menggigit la.. tapi ada gak orang kata, tu semua omongan kosong. so, setelah puas berfikir, akhirnya semalam ambik keputusan muktamad, nak gak makan ketam.

saya ngan hubby kuar umah dalam kul 3.00 pm. ada kawan ofis tu kata kat jalan berungis tuaran, banyak orang jual ketam kat tepi2 jalan. so, kitorang pun gi la sana. tapi, cari2 tak jumpa pun, last2 singgah pasar tuaran. kat sana pun takde. huhu… kesimpulannya, sampai ke hari ni tak termakan pun ketam tu. anyway, takde la rasa frust sangat. next time bole try cari lagi.

hari ni, saya sengaja ambik emergency leave. rasa lenguh sangat badan, tak larat nak gi kerja. so, sepanjang hari duduk umah, tengok movie sex and the city, pastu masak dan tunggu hubby balik lunch. baru jer tadi siap masak kek batik. waaa.. kalau la saya tak payah keja full-time, best nya jadi suri rumah!! hahaha..

anyway, this is the real world. I can’t afford to quit my job. honestly I’m still trying to get use to it, become a wife and having a full-time job. then, 6 months from now, I’ll become a mom, it must be more challenging for me. I’ll do my best, I will..

ok la, kepada sesapa yg terasa nak makan kek batik, ini la resipinya yer…

Bahan-bahan ( loyang 7/8″ ):

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
Cara-cara:
  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko, milo, air & gula. dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut.
  3. masukkan butter, kacau sampai butter cair.
  4. kecilkan api, masukkan telur. kacau sampai agak2 pekat. padamkan api.
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi. kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi cokelat. (sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket jer)
  6. masukkan ke dlm loyang. tekan2 sket bg padat. simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

and, these are some tips for a wife, I’ve got it from my beloved sister:

  1. 2 rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tdk hamil.
  2. wanita yg melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

so, moral of the story, become a wife is not that bad. hehe…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply