3 months before..

sedar tak sedar.. rupanya dah genap 3 bulan saya bergelar Mrs. Erwan. huhu.. ada gak member2 yg masi tak tau sampai ke hari ni. ada gak yg dah mulai merajuk sbb tak dapat kat jemputan. ntah la, nape dlu segan sgt nak announce tarikh keramat tu kat orang lain. mgkn sbb saya rasa masi terlalu muda utk bergelar sorg isteri, pdhl ramai gak member2 yg dah kawen malah dah beranak-pinak pun skang ni. so, minta maaf bebanyak la kat kengkawan yg tak terima kabar berita tu yer.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan ngan lancar. dimulai dgn malam berinai pada 19 dec 08, tp duduk kat mini pelamin sorang2 jerk, since my husband stay in Beaufort, it’s quite far away from my kampung. kiranya, malam berinai, skali ngan merenjis di buat di umah masing2. malam tu, spt yg memang dah di jangka kan, saya terpksa la tido di atas lantai, bersama2 dgn bedak sejuk yg meliputi seluruh badan dan inai di jari kaki dan tgn. huhu.. betapa tak selesanya tido, mmg tak leh nyenyak. but, what to do, once in a lifetime, buat jer la…

keesokan paginya, kena bgn awal lak. mandi2 dan bersiap. masa tu mmg tak leh duduk diam, ada jer benda nak wat, rasa macam ada jer tak perfect. dah la mak andam tu sampai agak lewat sket. tp, takut gak nak marah2 dia, kang tak cantik plak make-up yg dia buat. so, masa tu mmg kena banyak bersabar. syukur jugak la, semua family member dah ada kat umah, kecuali kakak saya yg tinggal jauh kat kolumpo. kawan2 sekampung dan sepermainan sejak kecil pun, semua dtg membantu. makcik2 kampung pun dari semalam bertungkus lumus menyiapkan semua kerja2 dapur, ntah.. tak tau la camne nak balas balik jasa2 dorang. Tuhan jer la yg dapat membalas semuanya..

akad nikah di lafazkan sebanyak 3 kali, tak termasuk percubaan. haha.. 3 kali tu, nervous sgt kut, maklum la takde pengalaman. pakcik saya sendiri yg menikah kan saya. mentang2 la pakcik sendiri, dia pun mcm sngaja jer nak menambahkan rasa cemas kedua2 mempelai. kelakar gak bila ingat detik2 manis tu. selesai nikah dan doa, ada gak sesi bergambar, tp sekejap sgt. semua nak kejar masa.. maklum la, majlis akad nikah dan bersanding di buat pada hari yg sama.

selepas mengisi perut dan bersiap, majlis persandingan lak bermula, lebih kurang kul 2.00 pm. masa tu.. saya memang blur giler, tak tau apa adat istiadatnya. Alhamdulillah, semua pun supporting, hantar saya ke pelamin, tutup tirai pelamin dlu, kununnya tak nak bagi pengantin lelaki masuk selagi tak dapat pengerasnya. ceh.. macam adat orang cina la plak. istiadat kawen dah mixed ni.. yg bestnya, tanpa pengetahuan saya, dorg dah rancang semuanya mcmana nak blend kan 3 jenis muzik yg ada masa tu, kompang, gong dan hifi. semasa menyambut kedatangan pengantin lelaki, dorg start dgn paluan kompang dlu. bila pengantin lelaki dah berjaya masuk ke pelamin, lagu ‘Renjis2’ di alunkan dgn paluan kompang. kemudian, di ikuti dgn pukulan gong dan last skali lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ dari muzik karaoke. for me, it’s a very creative and well organized. thanks for everyone who involved iaitu anak2 muda kampung kiwoi, kampung saya la tu.

masa bersanding.. wahh.. ramai jemputan yg datang. officemates abang dari Sepitang pun sanggup datang. member2 dari BET pun tak ketinggalan. kawan2 lama.. tp, ada gak member2 yg tak dapat dtg disbbkan halangan yg tak dapat di elak. but, never mind.. we’ll meet some other time. tak sangka, rupa2nya duduk kat atas pelamin tu satu penyeksaan. dah la kena maintain senyum, kena control gak la sbb semua mata tertumpu kat tmpt kitorg. patut la ada sesetgh orang tak nak bersanding. masa tu baru la saya faham keadaanya.

majlis persandingan tamat dlm pukul 4.00 pm. badan pun dah rasa lesuh semacam jer.. so kitorg pun ambik masa skjp utk berehat, sbb slps ni ada lagi majlis seterusnya, iaitu acara memotong kek. acara tu start dalam pukul 5.30 pm. kalau ikut perancangan asal, memang nak buat malam sket, tp kesian lak tengok makcik2 kat dapur yg dah keletihan, takkan nak suruh dorg tunggu smpi malam kan. so, nak tak nak, terpksa la majlis tu di awalkan sket. dorg memang tak kesah pun, tp saya je yg rasa tak puas hati. bgi saya, majlis tu adalah utk meraihkan kemenangan semua orang, lebih2 lagi orang yg dah bergotong-royong sejak semalam. so, orang2 ni la yg penting utk melibatkan diri dlm semua program yg dah dirancang. di sebabkan keletihan, acara potong kek di buat sekejap jer. family dari Ranau pun nak kena balik malam tu jugak, so tak leh buat lama sangat. yg penting, semua orang dapat merasa kek coklat 3 tingkat tu. dan, akhir skali, adalah masa bersantai utk kami bersama2 ahli keluarga. masa tu, rasa puas hati sgt.. semua program berjalan dgn lancar… Alhamdulillah..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply